Aller au contenu principal

Paris Expo Porte de Versailles


Paris Expo Porte de Versailles


Paris Expo Porte de Versailles merupakan sebuah pusat pameran dan konvensyen di Paris, France. Pusat ini terletak di Daerah 15 di stesen Métro Porte de Versailles antara Lebuh Hias Périphérique dan Lebuh Hias Marshals. Pusat ini merupakan pusat pameran yang terbesar di Perancis.

Paris Expo Porte de Versailles mempunyai ruang pameran yang berluas 228,211m2, 8 pavilion, 2 auditorium dan 32 bilik mesyuarat. Pusat pameran ini telah menganjurkan lebih daripada 120 ekspo perdagangan setiap tahun serta pelbagai acara, perlancaran produk dan konvensyen. Paris Expo juga akan menganjurkan acara bola tampar, angkat berat dan pingpong semasa Sukan Olimpik 2024 serta boccia dan pingpong paralimpik pada Sukan Paralimpik 2024.

Sejarah

Pembinaan pertama untuk pusat pameran ini bermula dari 1923 untuk mengadakan Foire de Paris (Pameran Paris), yang sebelum itu diadakan di Champ de Mars. Bangunan ini dibina di bekas tapak Tembok Thiers.

Pada tahun 1922, beberapa projek telah dikemukakan untuk membina sebuah pusat pameran. Arkitek Louis dan Pierre Guidetti telah bercadang untuk mendirikan sebuah bangunan logam yang besar, namun idea tersebut tidak direalisasikan. AKhirnya, cadangan arkitek Paul Viard dan Marcel Dastugue untuk membina 20 dewan di Lebuh Hias Lefebvre dan Lebuh Ernest-Renan telah dipilih. Namun, hanya empat dewan sahaja yang tinggal pada hari ini apabila jalan lingkaran telah memusnahkan dewan yang lain. Foire de Paris telah berpindah ke sana sejak 1926.

Pada tahun 1937, sebuah pintu masuk monumental dengan empat menara, yang masih kekal sehingga kini, telah dibina oleh Louis-Hippolyte Boileau dan Léon Azéma sebagai sebahagian daripada Pameran Sedunia. Permulaan Perang Dunia Kedua bermaksud tiada pameran diadakan dan tapak itu telah diduduki oleh tentera. Zaman 1950-an pula menyaksikan kemunculan pameran baharu seperti pameran basikal, kenderaan barangan berat, kulit dan pertandingan pertanian (yang telah dimasukkan ke dalam Pameran Pertanian Antarabangsa Paris sejak 1964).

Pada tahun 1962, Paris Motor Show, yang sebelum itu diadakan di Grand Palais, mula diadakan di pusat ini. Mulai 1976, pameran itu akan diadakan pada setiap tahun, berselang-seli dengan Frankfurt Motor Show. Pada Jun 1968, parti Gaullist telah mengadakan mesyuaratnya di sana dengan ucapan oleh André Malraux.

Pada tahun 1970, sebuah bangunan baru, Dewan 7 yang berluas 72,000 m2 telah dibuka. Tahun 1980-an pula menyaksikan penganjuran Nautic Paris Boat Show yang pertama di tapak ini. Pada tahun 1992, Salon du livre, yang sebelum ini telah diadakan selama sepuluh tahun di Grand Palais, mula diadakan di Paris Expo Porte de Versailles.

Dari 1996 hingga 2006, separuh daripada bangunan yang sedia ada telah dibina semula dan dimodenkan. Tiga amfiteater dan beberapa bilik mesyuarat juga telah dibina. Pada September 2008, Datuk Bandar Paris telah mengumumkan sebuah projek untuk mewujudkan bangunan pejabat tinggi (180 m) yang bernama Tour Triangle di yang berhampiran dengan pusat ini. Pada Jun 2019, artis Ella dan Pitr telah merasmikan lukisan dinding terbesar di Eropah di atas bumbung Pavilion 3 Paris Expo Porte de Versailles.

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi (dalam bahasa Perancis)



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Paris Expo Porte de Versailles by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



PEUGEOT 205

Quelques articles à proximité