Aller au contenu principal

Arkib Negara (United Kingdom)


Arkib Negara (United Kingdom)


Arkib Negara (TNA) adalah sebuah jabatan kerajaan bukan kementerian di United Kingdom, di mana ia terletak di bawah Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan. TNA merupakan arkib rasmi bagi kerajaan UK serta untuk England dan Wales, di mana jabatan ini ialah "penjaga bagi beberapa dokumen paling ikonik negara sejak lebih seribu tahun lalu". Terdapat arkib negara berasingan untuk Scotland (Rekod Negara Scotland) dan Ireland Utara (Pejabat Rekod Awam Ireland Utara).

TNA dahulunya merupakan empat organisasi berasingan: Pejabat Rekod Awam (PRO), Suruhanjaya Manuskrip Sejarah, Pejabat Penerangan Sektor Awam (OPSI) dan Pejabat Alat Tulis Baginda Ratu (HMSO). Pejabat Rekod Awam masih lagi ada sebagai sebuah entiti sah kerana undang-undang yang membolehkan belum dipinda, dan dokumen-dokumen yang dipegang oleh institusi itu masih lagi dipetik oleh ramai cendekiawan sebagai sebahagian daripada PRO. Sejak tahun 2008, TNA juga menghoskan Pangkalan Data Undang-undang Statut UK yang kini dikenali sebagai legislation.gov.uk.

Lokasi

Arkib Negara berpangkalan di Kew, boro Richmond upon Thames yang berada di barat daya London. Bangunannya telah dibuka pada 1977 sebagai tempat tambahan untuk rekod-rekod awam, yang pernah diadakan di bangunan di Chancery Lane. Tapak tersebut asalnya merupakan hospital Perang Dunia Pertama, di mana ia kemudiannya digunakan oleh beberapa jabatan kerajaan. Ia terletak berhampiran dengan stesen kereta api London Underground Kew Gardens.

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Arkib Negara (United Kingdom) by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité