Aller au contenu principal

CMA CGM


CMA CGM


CMA CGM S.A. ialah sebuah syarikat perkapalan kontena dari Perancis yang merupakan syarikat perkapalan yang terbesar di Eropah dan ketiga terbesar di dunia. Ia beroperasi di 76 laluan perkapalan utama di antara 216 pelabuhan di 126 negara.

Sejarah

Sejarah CMA CGM bermula pada tahun 1851 apabila syarikat Messageries Maritimes (MM) ditubuhkan. Satu lagi syarikat komponen, Compagnie Générale Maritime (CGM), ditubuhkan pada tahun 1855 dan dinamakan semula Compagnie Générale Transatlantique pada tahun 1861. Kedua-dua syarikat bergabung menjadi Compagnie Générale Maritime (CGM) pada tahun 1973 sebagai sebuah entiti yang diuruskan kerajaan Perancis.

Jacques Saadé mengasaskan Compagnie Maritime d'Affrètement (CMA) pada tahun 1978 yang menyediakan khidmat perkapalan sekitar laut Mediterranean. Pada tahun 1996, CGM telah diswastakan dan dijual kepada CMA, yang kemudiannya membentuk CMA CGM.. Pada tahun 1998, CMA CGM membeli Australian National Lines (ANL).

Syarikat ini semakin berkembang dan telah memesan 58 lagi kapal kontena yang bakal diterima dalam masa empat tahun.

Pada 5 January 2006, CMA CGM membeli pesaing senegaranya, Delmas yang berpangkalan di Le Harve dari kumpulan Bolloré, dengan harga 600 juta Euro. Hasil pengambilalihan ini menjadikannya syarikat perkapalan ketiga terbesar di dunia di belakang A.P. Moller-Maersk Group (Denmark), dan Mediterranean Shipping Company S.A. (Switzerland).


Pautan luar dan rujukan

  • CMA-CGM - General Company Information and Services

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: CMA CGM by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité