Aller au contenu principal

Hans Place


Hans Place


Hans Place, London SW1, England, adalah sebuah dataran kebun tempat kediaman perdana terletak betul-betl di selatan Harrods di Knightsbridge. Ia telah dinamakan bersempena Sir Hans Sloane, Baronet Pertama, PRS (16 April 1660 - 11 Januari 1753), yang adalah seorang doktor dan pengumpul, terkenal kerana memusakakan koleksinya ke negara British yang menjadi asas Muzium British. Presiden Royal Society dan Royal College of Physicians London, dia juga mencipta minuman coklat dan memberikan namanya kepada Sloane Square.

Hans Place bermula dari 1770-an, apabila arkitek Henry Holland memajak 89 ekar (360,000 m2) dari Earl Cadogan dan membiayai pembinaan rumahnya dengan meletakkan sebuah dataran yang dia sub-sewakan dalam tapak bangunan. (Bentuk segi lapan dataran dikatakan telah diilhamkan daripada Place Vendôme di Paris). Peta Horwood dari 1799 dan 1813 mengesahkan bahawa dengan pengecualian Nombor 55-56, kesemuanya lot tanah dibangunkan ketika peta pertama diterbbitkan, dan bahawa dua rumah yang terakhir telah disiapkan ketika yang kedua diterbitkan.

Rumah-rumah ini telah disewakan pada pajakan 99 tahun, dan selain dari pemodenan yang dianggapkan dari masa ke masa, kelihatannya tetap tidak berubah sewaktu tempoh ini. Ordnance Survey 1862, contohnya, menunjukkan bahawa tidak ada rumah yang telah dipanjangkan ke kebun, dan panduan tahunan merekodkan sewaan baik dengan tiada lubang ketara di mana kerja-kerja utama mungkin telah dijalankan.

Jane Austen tinggal di 23 Hans Place apabila dia tinggal di London sewaktu awal abad ke-19.

Kebanyakan rumah abad ke-18 di Hans Place telah dibina semula dengan banyak oleh Cadogan Estates apabila pajakan baru telah diaturkan pada lewat abad ke-19; (menggunakan suatu gaya yang sangat dekat berkaitan dengan daerah itu hingga Osbert Lancaster memberikannya gelaran “Pont Street Dutch”).

22 Hans Place menubuhkan ibu pejabat perwakilan Perjanjian Ireland 1921. Para wakilnya adalah Arthur Griffith, Robert Barton, dan Michael Collins; Setiausaha pada perwakilan adalah Robert Erskine Childers yang juga adalah sepupu Robert Barton dan bapa Presiden Keempat Ireland Erskine Hamilton Childers. Secara masyhur, ia adalah di 22 Hans Place yang, pada pukul 11.15 malam pada 5hb Disember 1921, para wakil membuatkan keputusan bersejarah untuk mencadangkan perjanjian ke Dáil Éireann; perbincangan akhirnya ditutup dengan menandatangani Perjanjian Inggeris-Ireland pada 2.20 pagi pada 6hb Disember 1921.

Sewaktu Perang Dunia II, Hans Place menerima kemusnahan letupan bom dan perbaikian agak banyak diperlukan untuk banyak bangunan, dan di mana bangunan tidak dapat diperbaikikan pembangunan baru mengambil tempat, khususnya di bahagian Pavilion Road.

Hans Place adalah babak suatu pembunuhan pada 1983, apabila pelakon Peter Arne telah dipukul bertalu-talu sampai mati di pangsapurinya, kelihatannya oleh seorang kutu rayau Itali yang membunuh diri tidak lama kemudian.

Hans Place kini mewakili salah satu tempat kediaman yang paling mahu dicarikan di Knightsbridge. Pada eksekutif antarabangsa, dan yang sangat kaya, khususnya tertarik ke Hans Place kerana ia adalah dataran kebun dengan jarak terdekat dengan Harrods, dan tempat beli-belah terbaik di Sloane Street, Knightsbridge, dan Belgravia.

Hans Place menikmati sesetengah kawalan jalan taraf tertinggi di London menjadi terletak berhampiran dengan dua kemudahan polis mengkhidmati berhampiran kedutaan, hotel mewah, dan tempat beli-belah di Knightsbridge dan kesemuanya pengaturan kawalan swasta dikekal oleh, dan untuk, Harrods dan pada pelanggannya.

Di sudut tenggara di 17 Hans Place adalah pejabat guru besar Hill House School di mana HRH Putera Charles dan Lily Allen telah menjadi murid.

Pautan luar

  • http://historical-debates.oireachtas.ie/D/DT/D.P.A.140001.html
  • http://www.british-history.ac.uk/report.asp?compid=28692

Templat:LB Kensington and Chelsea


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Hans Place by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



ghbass

Quelques articles à proximité