Medan Belgrave


Medan Belgrave


Medan Belgrave adalah salah satu dataran termewah dan terbesar abad ke-19 di London, England. Bersempadan dengan Knightsbridge, ia adalah hiasan tengah Belgravia, dan direka letak oleh kontrakor hartanah Thomas Cubitt untuk Earl Grosvenor ke-2, kemudian Marquess Westminster pertama, pada 1820-an. Kebanyakan rumah telah dihuni pada 1840. Dataran ini mengambil namanya dari salah satu dari gelaran subsidiari Duke Westminster, Viscount Belgrave. Kampung Belgrave, Cheshire terletak 2 batu (3 km) dari ibu kaunti keluarga Grosvenor iaitu Eaton Hall.

Skema asalnya terdiri dari empat rumah teres, setiapnya diperbuat dari sebelas rumah stuko putih yang mewah, selain dari rumah teres tenggara, yang mempunyai dua belas; rumah agam terasing di tiga sudut; dan sebuah kebun pusat persendirian. Pernomboran adalah mengikut arah jam dari utara: NW terrace No. 1 hingga 11; rumah agam sudut barat No. 12; SW terrace 12-23; rumah agam sudut selatan No. 24; SE terrace No. 25-36; rumah agam sudut timur No. 37; NE terrace No. 38-48. Terdapat juga sebuah rumah terpisah di sudut utara, No. 49, yang dibina oleh Cubitt untuk Sidney Herbert pada 1851. Rumah teres di situ direka bentuk oleh George Basevi dan dispekulatif sebagai yang paling besar lagi indah di London. Rumah agam terbesar, Seaford House di sudut timur, direka oleh Philip Hardwick, dan yang di sudut barat direka oleh Robert Smirke. Dataran ini mengandungi patung Christopher Columbus, Simon Bolivar, Jose de San Martin, Henry si Pelayar, dan Marquess Westminster pertama, George Basevi, dan arca bertajuk Homage to Leonardo, the Vitruvian Man, oleh pengarca Itali Enzo Plazzotta.

Penyewa kini

  • Institut Kebudayaan Romania, 1 Medan Belgrave
  • Rumah Canning – Majlis Brazil Luso dan Hispanik, 2 Medan Belgrave
  • Kedutaan Syria, 8 Medan Belgrave
  • Kedutaan Portugal, 11 Medan Belgrave
  • Kedutaan Ghana, 13 Medan Belgrave
  • Persatuan Industri Kimia, 14-15 Medan Belgrave
  • Persatuan Perniagaan dan Tanah Desa, 16 Medan Belgrave
  • Kolej Diraja Penyakit Jiwa, 17 Medan Belgrave
  • Kediaman rasmi Duta Austria, 18 Medan Belgrave
  • Kedutaan Brunei, 19 Medan Belgrave
  • Kedutaan Jerman, (21)-23 Medan Belgrave
  • Kedutaan Sepanyol – Atase Kebudayaan, 24 Medan Belgrave
  • Kedutaan Diraja Norway, 25 Medan Belgrave
  • Kedutaan Serbia, 28 Medan Belgrave
  • Kedutaan Bahrain, 30 Medan Belgrave
  • Institut Kebudayaan Itali, 39 Medan Belgrave
  • Kedutaan Trinidad dan Tobago, 42 Medan Belgrave
  • Kedutaan Turki, 43 Medan Belgrave
  • Kedutaan Besar Malaysia, 45 Medan Belgrave

Rujukan

Nota

  • The Buildings on England, London 6: Westminster, by Simon Bradley and Nikolaus Pevsner, (2003), pages 739-41. ISBN 0300095953
  • Georgian London, by John Summerson. 1988 edition. ISBN 0-7126-2095-8.
  • Titanic Triumph and Tragedy by John P. Eaton and Charles A. Haas
  • Titanic An Illustrated History, text by Don Lynch, paintings by Ken Marschall

Pautan luar

  • LondonTown.com information
  • An Embassy in Belgrave Square Diarkibkan 2009-12-26 di Wayback Machine, German Embassy
  • Website about Philip Hardwick, the architect of Seaford House Diarkibkan 2006-08-06 di Wayback Machine
  • Website of the Serbian Embassy located at Belgrave Square

Templat:LB Kensington and Chelsea

Collection James Bond 007


Medan Belgrave


Langue des articles



Quelques articles à proximité