Aller au contenu principal

World Trade Center


World Trade Center


World Trade Center (Bahasa Inggeris untuk Pusat Dagangan Dunia) merupakan sebuah kompleks yang terdiri daripada tujuh buah bangunan termasuk menara berkembar pencakar langit setinggi 110 tingkat di bandar raya New York, Amerika Syarikat.

Pusat milik Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey ini telah musnah akibat serangan pengganas pada 11 September 2001. Kompleks ini meliputi sebuah kawasan pejabat seluas 13.4 juta kaki persegi, iaitu hampir empat peratus ruang pejabat di seluruh lower Manhattan. Ia juga terletak berhampiran dengan New York Stock Exchange.

Pada Februari 1993, suatu bom telah diletupkan oleh pengganas tetapi ia hanya merosakkan sebahagian kecil bangunan diaras bawah. Namun serangan nekad pengganas pada 2001 telah menghancurkan bangunan tersebut. Selama beberapa dekad, bangunan ini telah menjadi mercu tanda AS terutamanya bandar raya New York. Malah, sewaktu pembukaannya ia telah mengambil alih tempat Bangunan Empire State sebagai bangunan tertinggi di dunia. Selain itu, kompleks ini telah mencetuskan minat terhadap pembinaan Pusat Dagangan Dunia diseluruh dunia.

Sejarah

Pembinaannya bermula pada 5 Ogos, 1966 dan keluli digunakan pada Ogos 1968. Arkitek bangunan ini ialah Minoru Yamasaki, seorang rakyat Amerika berketurunan Jepun yang terkenal dengan bangunan modennya yang artistik.

Pada Disember 1970, beberapa penyewa telah berpindah ke Menara Satu atau World Trade Center One (WTC1). Apabila WTC1 siap dibina pada tahun 1972, ia telah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi didunia dengan ketinggian 1,368 kaki (417 m). Tetapi setahun kemudiannya ia telah ditewaskan oleh Sears Towers di Chicago. Manakala World Trade Center Two (WTC2) telah dimasukki pada Januari 1972. WTC2 pula telah menjadi bangunan kedua tertinggi didunia dengan ketinggian 1,360 kaki. Menara berkembar ini dibuka secara rasminya pada 4 April, 1973.

Walaupun WTC merupakan Pusat Dagangan Dunia yang pertama didunia, ia pada mulanya gagal menarik minat syarikat-syarikat yang terbabit dengan perdagangan antarabangsa. Pada awal 1970-an sebahagian besar kompleks ini dihuni oleh agensi-agensi kerajaan. Hanya pada 1980an barulah beberapa syarikat swasta terutamanya firma kewangan yang terikat dengan Wall Street mula membuka pejabat mereka disana.

Sebagai salah satu mercutanda Amerika Syarikat, WTC sering menjadi sasaran pengganas. Pada 26 Februari, 1993 jam 12:17 tengah hari, sebuah trak Ryder yang sarat dengan bahan peledak telah diletupkan digaraj aras bawah Menara Utara. Serangan ini telah mengorbankan enam orang dan mencederakan lebih seribu orang.


Bangunan World Trade Center

Kompleks WTC terdiri dari 7 bangunan:

  • 1 World Trade Center (Menara Utara)
  • 2 World Trade Center (Menara Selatan)
  • 3 World Trade Center (Marriott Hotel)
  • 4 World Trade Center (Plaza Selatan)
  • 5 World Trade Center (Plaza Utara)
  • 6 World Trade Center (Bangunan Kastam AS)
  • 7 World Trade Center

Pautan luar

  • (Inggeris) Tentang WTC

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: World Trade Center by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité

Non trouvé