
Légion d'honneur (bahasa Melayu: "Legion Terhormat"), atau nama penuhnya Darjah Negara Legion Terhormat (Perancis: Ordre national de la Légion d'honneurcode: fr is deprecated ), ialah darjah kebesaran Perancis yang dizahirkan oleh Napoleon Bonaparte pada 19 Mei 1802. Darjah tersebut merupakan anugerah tertinggi Perancis dan ia dibahagikan kepada lima kelas yang berbeza: Chevalier ("Kesatria), Officier ("Panglima"), Commandeur ("Komander"), Grand Officier ("Panglima Besar") and Grand Croix ("Salib Besar").
Cogan kata darjah tersebut ialah "Honneur et Patriecode: fr is deprecated " ("Kehormatan dan Tanah Air") dan berpusat di Palais de la Légion d'Honneur berhampiran tebing kiri Sungai Seine di Paris.
Darjah tersebut mempunyai lima kelas semasa pemerintahan Raja Louis XVIII, yang mengembalikan darjah itu pada tahun 1815. Semenjak pembaharuan, beberapa perbezaan telah wujud:
Lencana darjah Légion ialah silang lima penjuru "Asterisk Malta" (untuk lebih gambaran – sila lihat Salib Malta) yang disadur air emas (perak untuk pangkat chevalier) berenamel putih, berserta enamel daun laurel dan kalungan bunga oak dicelah penjuru. Bahagian depan cakera tengah bersadur air emas yang memaparkan kepala Marianne, dikelilingi oleh perkataan République Française pada bulatan enamel biru. Bahagian belakang cakera tengah juga disadur air emas, berserta satu set silang tiga warna, dikelilingi cogan kata Légion Honneur et Patrie ("Kehormatan dan Tanah Air) dan tarikh penzahirannya diukir pada bulatan enamel biru. Lencana darjah itu digantung bersama enamel daun laurel dan kalungan bunga oak.
Bintang darjah (atau "plak") dipakai oleh Grand-Croix (saduran emas, dada kiri) dan Grand Officier (saduran perak, dada kanan); ia sama seperti lencana darjah, tetapi tanpa enamel, dan berserta kalungan bunga yang digantikan sekelompok pancaran cahaya dicelah setiap bucu. Cakera tengah memaparkan kepala Marianne, dikelilingi oleh perkataan legenda République Française (Republik Perancis) dan cogan kata Honneur et Patrie ("Kehormatan dan Tanah Air").
Reben bagi pingat ini berwarna merah kosong.
Lencana darjah atau bintang darjah jarang dipakai, melainkan pada majlis penganugerahan pingat atau pakaian tentera atau pakaian rasmi. Sebaliknya, seseorang biasanya memakai reben atau roset pada baju.
Owlapps.net - since 2012 - Les chouettes applications du hibou