Aller au contenu principal

Meridian perdana (Greenwich)


Meridian perdana (Greenwich)


Meridian perdana, berpusat di Balai Cerap Diraja, Greenwich, di London, telah ditubuhkan oleh Sir George Airy pada tahun 1851. Menjelang 1884, lebih dua pertiga daripada semua kapal dan tanan menggunakannya sebagai rujukan meridian pada carta dan peta mereka. Pada bulan Oktober tahun itu, atas perintah Presiden A.S. Chester A. Arthur, 41 orang perwakilan dari 25 buah negara bertemu di Washington, D.C., Amerika Syarikat, untuk Persidangan Meridian Antarabangsa. Persidangan ini memilih meridian yang melalui Greenwich sebagai meridian perdana rasmi kerana popularitinya. Walau bagaimanapun, Perancis berkecuali dari mengundi, dan peta Perancis terus menggunakan meridian Paris untuk beberapa dekad. Pada abad ke-18, ahli perkamusan London Malachy Postlethwayt menerbitkan peta Afrika menunjukkan "Meridian London" merentasi Khatulistiwa beberapa darjah barat meridian Paris dan Accra, Ghana.

Meridian hari ini

Sehingga 2017 meridian Greenwich melalui:

  •  United Kingdom,
  •  Perancis,
  •  Sepanyol,
  •  Algeria,
  •  Mali,
  •  Burkina Faso,
  •  Togo,
  •  Ghana,
  •  Niger,
  • Tanah Permaisuri Maud di Antartika.

Lihat juga

  • Waktu Min Greenwich
  • Meridian Rujukan IERS
  • United Kingdom Ordnance Survey Zero Meridian

Catatan

Rujukan

  • Howse, Derek (1997). Greenwich Time and the Longitude. Phillip Wilson. ISBN 0-85667-468-0. ASIN 0948065265.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

  • "Where the Earth's surface begins—and ends", Popular Mechanics, December 1930

International Conference Held at Washington for the Purpose of Fixing a Prime Meridian, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg

  • A pictorial catalogue of meridian markers
Collection James Bond 007

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Meridian perdana (Greenwich) by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



ghbass

Quelques articles à proximité

Non trouvé