Aller au contenu principal

Universiti Waseda


Universiti Waseda


Universiti Waseda (早稲田大学 Waseda Daigaku; atau disingkat 早大 Soudai) ialah salah satu daripada dua universiti swasta paling berprestij di Jepun (satu lagi ialah Universiti Keio) sementara dua universiti negeri paling berprestij ialah Universiti Tokyo dan Universiti Kyoto. Waseda terletak di daerah Shinjuku di Tokyo. Waseda terkenal dengan cogan kata liberalnya yang disimbolkan dengan mottonya "Independence of Learning" atau "Kebebasan Belajar".

Waseda diasaskan oleh seorang samurai terpelajar bernama Okuma Shigenobu pada 1882, dan menjadi universiti penuh pada 1902. Hampir sebahagian besar dari kampusnya musnah oleh serangan bom semasa Perang Dunia II namun dibangun dan dibuka semula pada 1949.

Program sastera Waseda amat terkenal, dan lulusannya termasuk Haruki Murakami dan Tawara Machi.

Waseda juga dikenali kerana melahirkan ramai tokoh politik Jepun. Enam Perdana Menteri Jepun pasca-perang ialah lulusan Waseda: Tanzan Ishibashi (1956 - 1957), Noboru Takeshita (1987 - 1989), Toshiki Kaifu (1989 - 1991), Keizo Obuchi (1998-2000), Yoshiro Mori (2000-2001), dan Yasuo Fukuda (2007-2008).

Alumninya juga termasuk pelbagai pemimpin syarikat besar seperti Masaru Ibuka (pengasas Sony), Kenichi Ohmae (pengasas dan bekas rakan kongsi kanan McKinsey & Company, Lee Kun-hee (pengerusi Samsung), Fukui Takeo (CEO Honda) dan lain-lain.

Alumni terkenal

Perdana Menteri

  • Ishibashi Tanzan (1956 - 1957)
  • Takeshita Noboru (1987 - 1989)
  • Kaifu Toshiki (1989 - 1991)
  • Obuchi Keizo (1998-2000)
  • Mori Yoshiro (2000-2001)
  • Fukuda Yasuo (2007 - 2015)

Ahli politik

  • Makiko Tanaka
  • Masahide Ota
  • Mikio Aoki (berhenti belajar)
  • Suzuki Mosaburo
  • Taku Yamasaki
  • Kono Yohei
  • Watanabe Kozo
  • Nukaga Fukushiro
  • Watanabe Yoshimi
  • Tsujimoto Kiyomi
  • Takebe Tsutomu
  • Tokai Kisaburo
  • Yamamoto Yuki
  • Kishida Fumio
  • Seko Hiroshige

Diplomat

  • Chiune Sugihara (berhenti belajar)
  • Katsuhiko Oku (pemain ragbi dan diplomat, dilantik sebagai duta setelah meninggal)

Akademik

  • Asakawa Kanichi (ahli sejarah dan profesor di Universiti Yale)
  • Tien-Min Li (ahli sejarah politik China)
  • Nishi Yoshio (profesor teknik elektrik di Universiti Stanford, penerima IEEE Robert N.Noyce medal)
  • Tsunoda Ryusaku (1877-1964) (pensyarah Pengajian Jepun di Universiti Columbia)
  • Tungku Abdul Aziz Tungku Abdul Hamid (ahli akademik Malaysia)
  • Yoshimura Sakuji (Egiptologi) (Presiden Universiti Cyber)

Ahli perniagaan

  • Hiroshi Yamauchi (berhenti belajar)
  • Masaru Ibuka
  • Michael Kogan
  • Nobuyuki Idei
  • Yoshiaki Tsutsumi

Penulis

  • Edogawa Rampo
  • Haruki Murakami
  • Kitahara Hakushu (berhenti belajar)
  • Kunikida Doppo
  • Masuji Ibuse (berhenti belajar)
  • Shuji Terayama
  • Taneda Santoka (berhenti belajar)
  • Tawara Machi
  • Yokomitsu Riichi (berhenti belajar)
  • Wataya Risa

Ahli sukan

  • Takuma Sato (berhenti belajar) (pelumba Formula 1)
  • Mitsuyo Maeda (Judoka / Jiu Jitsu Brazil)

Selebriti

  • Sharon Au (pelakon, pelawak dan penyampai Singapura)
  • Naohito Fujiki (pelakon)
  • Yasuharu Hasebe (pengarah)
  • Mitsuhiro Hidaka (penyanyi)
  • Ryoko Hirosue* (pelakon)
  • Shohei Imamura (pengarah, pemenang dua anugerah Palme d'Or di Festival Filem Cannes)
  • Jyongri (penyanyi)
  • Demon Kogure (penyanyi, pengulas sumo)
  • Yoshio Kojima (pelawak)
  • Tetsuya Komuro* (pemuzik)
  • Hirokazu Koreeda (pengarah)
  • Tatsumi Kumashiro (pengarah)
  • LaSalle Ishii* (pelawak)
  • Matsumoto Kōshirō IX (pelakon Kabuki)
  • Keisuke Minami (pelakon pentas, model)
  • Tetsuya Murakami (penyanyi, ahli The Gospellers)
  • Shigeru Muroi* (penyanyi)
  • Yuichi Nakamaru (pelakon, penyanyi (anggota KAT-TUN), tamat belajar Mac 2013)
  • Kazumasa Oda (pemuzik, bekas ahli Off Course)
  • Kyosen Ōhashi (penyampai dan penulis)
  • Saeko (pelakon)
  • Masato Sakai* (pelakon)
  • Yuji Sakai (penyanyi, ahli The Gospellers)
  • Sunplaza Nakano* (pemuzik)
  • Tamori* (pelawak dan penyampai)
  • Yuya Tegoshi (pelakon, penyanyi (anggota NEWS), sedang belajar)
  • Shinya Ueda (pelawak, ahli Cream Stew)
  • Yutaka Yasuoka (pemuzik, ahli The Gospellers)
  • Sayuri Yoshinaga (pelakon)
  • Aliyyu (Nugi) Nugroho Adi (warga Indonesia)
  • Yabu Kota (plakon, penyanyi (ahli HEY! SAY! JUMP), tamat belajar 2020)

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Universiti Waseda by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité