Aller au contenu principal

Vélodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines


Vélodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines


Velodrom Nasional Saint-Quentin-en-Yvelines (Perancis: Vélodrome National de Saint-Quentin-en-Yvelines), juga dikenali sebagai Velodrom Nasional (Perancis: Vélodrome National), merupakan sebuah velodrom yang terletak di Montigny-le-Bretonneux di Yvelines. Velodrom ini dibuka pada 13 Januari 2014. Velodrom ini juga menempatkan ibu pejabat Persekutuan Berbasikal Perancis serta merupakan pusat latihan pasukan berbasikal Perancis. Selain velodrom utama, kompleks ini juga mempunyai sebuah arena BMX. Velodrom Nasional telah menganjurkan pelbagai pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Velodrom ini akan menganjurkan acara lumba basikal semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2024.

Sejarah

Semasa Paris membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012, bandar Montigny-le-Bretonneux telah dipilih sebagai lokasi velodrom besat yang akan dibina di kawasan Ile-de-France untuk menganjurkan temasya tersebut. Walaupun bidaan tersebut telah gagal dan hak penganjuran akhirnya diberikan kepada London, projek ini telah dikekalkan.

Majlis pelancaran projek ini telah berlangsung pada 19 Oktober 2009 di Dewan Bandaraya Saint-Quentin-en-Yvelines. Majlis ini telah dihadiri oleh Rama Yade, Setiausaha Negara Sukan Perancis, Michel Laugier, Datuk Bandar Montigny-le-Bretonneux, Robert Cadalbert, Presiden Saint-Quentin-en-Yvelines, David Lappartient, Presiden Persekutuan Berbasikal Perancis dan pegawai tempatan lain.

Projek pembinaan Velodrom Nasional diuruskan oleh Chabanne & Partners, Synthèse Ingénierie dan agensi Ter Paysagistes-Urbanistes. Arkitek Jerman Ralph Schuermann, yang juga merupakan arkitek bagi Velodrom Laoshan yang menganjurkan acara berbasikal semasa Sukan Olimpik 2008, merupakan pereka bentuk balapan Velodrom Nasional. Keluarga Schuermann terkenal sebagai salah satu pereka bentuk velodrom dan balapan olahraga yang terbaik di dunia.

Bajet asal bagi projek ini ialah €74 juta, namun akhirnya bajetnya telah mencapai €101 juta. Pembinaan Velodrom ini dikendalikan oleh Vélopolis di bawah sebuah kontrak perkongsian awam-persendirian.

Kemudahan

Velodrom ini mempunyai pejabat, kedai, restoran, hotel, perumahan untuk pelajar, penyelidik dan pekerja dan sebagainya. Tapaknya berluas 15 hektar dan boleh dicapai melalui stesen Saint-Quentin-en-Yvelines - Montigny - le Bretonneux atau lebuh raya A12.

Velodrom

Velodrom ini boleh menampung sebanyak 6,043 penonton dengan 5,000 tempat duduknya. Satu ruang di tengah-tengah balapan boleh menampung 2,700 orang. Balapannya, yang dihasilkan daripada kayu pain Siberia, berpanjang 250 m dan berlebar 8 m dengan jejarinya sebanyak 23 meter dan bercerun 43 °, merupakan balapan pertama di dunia yang mempunyai lebar tersebut.

Arena BMX

Di sebelah velodrom, sebuah arena BMX tertutup telah dibina. Arena ini mempunyai dua tanjakan permulaan yang bersebelahan (masing-masing berketinggian 4m dan 8 m) dan tiga laluan lurus.

Trek ini tidak akan digunakan untuk Sukan Olimpik 2024 keranan bumbungnya telah menghalang kerja-kerja penyiaran. Sebuah balapan yang sementara akan dibina di sekitarnya bagi temasya tersebut.

Pertandingan

  • Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2015
  • Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2022
  • Kejohanan Eropah Berbasikal Trek UEC 2016
  • Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2018-19
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Rujukan

Pautan luar

  • Laman web rasmi
Giuseppe Zanotti Luxury Sneakers

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Vélodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



INVESTIGATION

Quelques articles à proximité