Aller au contenu principal

Stesen Ikebukuro


Stesen Ikebukuro


Stesen Ikebukuro (Jepun: 池袋駅, Hepburn: Ikebukuro-eki) ialah sebuah stesen keretapi di bahagian daerah Ikebukuro di bandar Tokyo, Jepun. Stesen ini digunakan rata-rata sebanyak 2.71 juta penumpang pada setiap hari kerja (2007), dan merupakan stesen kedua tersibuk di dunia selepas Stesen Shinjuku. Stesen Ikebukuro juga merupakan stesen tersibuk dalam jaringan keretapi Tobu, Seibu dan Tokyo Metro. Stesen ini terutamanya melayani para penumpang dari Wilayah Saitama serta kawasan bandar di sebelah barat laut pusat.

Dibuka pada 1 April 1903 oleh Syarikat Keretapi Kebangsaan Jepun (JNR), stesen ini dan kawasan sekitarnya berkembang pesat selepas pembukaan Laluan Tōjō pada 1914, dan Laluan Musashino (kini Laluan Ikebukuro Seibu) pada 1915.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen Ikebukuro by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité