Aller au contenu principal

Disneyland Paris


Disneyland Paris


Disneyland Paris ialah sebuah resort percutian dan rekreasi di Marne-la-Vallée, sebuah pekan baru di pinggir timur Paris, Perancis. Kompleks ini terletak 32 kilometer (20 bt) dari pusat bandaraya Paris dan terletak dalam wilayah komun Chessy, Seine-et-Marne.

Disneyland Paris terdiri daripada dua taman tema, sebuah daerah peruncitan, kedai makan dan hiburan, dan tujuh hotel milik Disney. Beroperasi sejak 12 April 1992, inilah taman peranginan Disney kedua yang dibuka di luar Amerika Syarikat (selepas Tokyo Disney Resort) dan juga taman Disney pertama yang dimiliki dan dikendali oleh Disney.

Disneyland Paris dimiliki dan dikendali oleh sebuah syarikat Perancis iaitu Euro Disney S.C.A., sebuah syarikat awam yang 39.78 peratus sahamnya dipegang oleh The Walt Disney Company, 10 peratus oleh Putera Alwaleed dari Arab Saudi dan 50.22 peratus lagi oleh pemegang saham lain.

Kompleks ini menjadi titik tengah kontroversi ketika dalam proses rundingan dan pembinaan pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, apabila menghadapi tentangan daripada ramai tokoh Perancis dan tunjuk perasaan oleh kesatuan sekerja Perancis dan lain-lain lagi. Dibuka dengan nama Euro Disney Resort, taman ini menghadapi rintangan besar sebaik sahaja dibuka kerana bilangan pengunjung, penginap hotel dan hasil pendapatan gagal memenuhi sasaran. Oleh yang demikian sebahagiannya, kompleks ini dinamakan semula Disneyland Paris pada tahun 1995. Pada Julai 1995, barulah syarikatnya menikmati keuntungan suku tahunan pertama.

Sebuah taman tema kedua, iaitu Walt Disney Studios Park, dibuka kepada awam pada 16 Mac 2002.

Pada Ogos 2008, Disneyland Paris menjadi tarikan pelancong yang teramai pengunjungnya di Eropah.

Kompleks

Disneyland Paris encompasses 4,800 ekar (19 km2) and contains 2 theme parks, 7 resort hotels, 6 associated hotels, a golf course, railway station and a new town: Val d'Europe.

Taman tema

Disneyland Park didirikan berasaskan formula yang dirintiskan oleh Disneyland di California, kemudian digunakan untuk membina Magic Kingdom di Florida dan Tokyo Disneyland di Jepun. Dengan mengisi tanah seluas 566,560 m² (140 ekar), inilah taman Disney terbesar yang berasaskan taman asal di California.

Pada 16 Mac 2002, Walt Disney Studios Park membuka pintunya kepada orang awam. Pada keluasan 270,000 m², taman ini merupakan kesinambungan kepada konsep awal yang tidak pernah direalisasikan, iaitu Disney-MGM Studios Europe.

Rekreasi lain

Daerah hiburan Disney Village merangkumi beraneka kedai makan, kedai arak, kedai runcit, Buffalo Bill's Wild West Dinner Show, dan lain-lain lagi, dan kekal dibuka selepas taman-taman ditutup.

Golf Disneyland mempunyai dua padang iaitu 9 lubang dan 18 lubang.

Hotel

Dalam kompleks ini ada tujuh buah hotel Disneyland Paris. Disneyland Hotel terletak di atas pintu masuk Disneyland Park dan dipasarkan sebagai hotel paling berprestij di atas hartanah itu. Sejasad air yang dikenali sebagai Tasik Disney dikelilingi oleh Disney's Hotel New York, Disney's Newport Bay Club dan Disney's Sequoia Lodge. Disney's Hotel Cheyenne dan Disney's Hotel Santa Fe turut terletak berhampiran Lake Disney, dan Disney's Davy Crockett Ranch terletak dalam kawasan hutan di luar sempadan resort.

Disneyland Paris juga merangkumi enam Hotel Bersekutu yang tidak diurus oleh Euro Disney S.C.A. tetapi menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke taman-taman itu: iaitu Marriott's Village d'lle-de-France, Radisson BLU Hotel, Vienna International Magic Circus Hotel (dahulunya Holiday Inn Magic Circus Hotel), Vienna International Dream Castle Hotel, MyTravel's Explorers Hotel dan sebuah Kyriad Hotel.

Pengangkutan

Stesen keretapi Marne-la-Vallée - Chessy, yang berhubungan dengan rangkaian subbandar RER dan rangkaian tren berkelajuan tinggi TGV terletak di antara taman tema dan Disney Village.

Rujukan

Pautan luar

  • Disneyland Paris (official site)
    • Euro Disney S.C.A., operating company of Disneyland Paris (official site)
    • Official "Video of the Resort" Diarkibkan 2011-11-12 di Wayback Machine
    • Official Blog of the 15th Anniversary of Disneyland Paris


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Disneyland Paris by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité