Aller au contenu principal

Woolsack


Woolsack


Woolsack merupakan tempat duduknya Yang di-Pertua Dewan Pertuanan di dalam Dewan Pertuanan iaitu Dewan Atasan di Parlimen United Kingdom. Dari Zaman Pertengahan hingga tahun 2006, pegawai pesidang di Dewan Pertuanan merupakan Lord Chancellor dan Woolsack sering disebut dalam rujukan kepada pejabat Lord Chancellor. Pada bulan Julai 2006, fungsi-fungsi Lord Speaker dipisahkan daripada Lord Chancellor.

Woolsack adalah kerusi bantal yang berisi dengan wul atau kerusi diselebungi dengan kain merah; ia tidak mempunyai sokongan belakang mahupun untuk tangan. Lawang diletakkan pada bahagian belakang Woolsack.

Diperkenalkan pada kurun ke-14, kerusi ini pada asalnya menggunakan wul Inggeris disebabkan kepentingan industri pengeluarkan wul kepada ekonomi negara Inggeris. Apabila Woolsack dibuat semula selepas dirosakkan dalam Perang Dunia Kedua, wul daripada beberapa negara Komenwel dugunakan untuk melambangkan kesatuan Komanwel.

Yang di-Pertua Dewan Pertuanan boleh berucap daripada Woolsack apabila berbahas dalam kapasitinya sebagai Yang di-Pertua Dewan tetapi harus, sekiranya dia hendak berdebat, memberi ucapannya daripada sebelah kiri Woolsack, atau daripada kerusi-kerusi lazim di Dewan Pertuanan.

Sekiranya Timbalan Yang di-Pertua menjadi pesidang dalam pada ketiadaan Yang di-Pertua, maka dialah yang menggunakan Woolsack. Akan tetapi, apabila Dewan bersidang sebagai "Jawatankuasa Kesemua", Woolsack tidak digunakan, dan pegawai pesidang iaitu Ketua atau Timbalan Ketua, menggunakan Kerusi di depan meja Dewan.

Di depan Woolsack terdapatnya kerusi bantal yang lebih besar dikenali sebagai Woolsack Hakim-Hakim. Semasa Pembukaan Parlimen Negara, woolsack ini lazimnya digunakan oleh Pertuanan Undang-Undang akan tetapi penubuhan Mahkamah Agung United Kingdom telah menamatkan fungsi-fungsi kehakiman Dewan Pertuanan,ia tidak jelas apa yang akan berlaku kepada Woolsack Hakim-Hakim ini. Terdapatnya kemungkinan ia akan digunakan oleh hakim-hakim Mahkamah Agung akan mendudukinya. Kerusi ini tidaklah hanya boleh digunakan oleh para hakim sahaja dan boleh digunakan oleh mana-mana ahli Dewan Pertuanan pada masa perbahasan biasa.

Rujukan

  • Woolsack di laman Parlimen UK.
  • Dalam Dewan Pertuanan Lihat juga imej beresolusi tinggi. Woolsack-woolsack merupakan objek besar, bawahan dan berbentuk segiempat di hadapan takhta yang dikelilingi tali.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Woolsack by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



INVESTIGATION

Quelques articles à proximité