Aller au contenu principal

Istana kota Caernarfon


Istana kota Caernarfon


Istana kota Caernarfon terletak di Wales Utara, British. Ia mula dibina pada tahun 1283 dengan arahan Edward I dari England, dan kerja pembinaan berterusan selama lima puluh tahun, sungguhpun ia tidak pernah disiapkan seperti yang diimpikan oleh Edward. Kehebatan istana kota Caernarfon melambangkan keinginan Raja Edward I untuk menjadikannya sebagai tapak kuasa kerajaan Inggeris di Wales.

Istana kota Caernarfon dibina dalam bentuk dua laman bertembok ("bailey"), yang bercantum untuk berbentuk nombor lapan yang tidak sekata, dan memasukkan tembok pertahanan bandar yang besar yang mengelilingi bandar Caernarfon. Bersambung dengan sembilan bahagian tembok pertahanan yang mengelilingi istana kota Caernarfon terdapat siri menara poligon, yang membezakan istana ini berbanding istana kota Edward di Wales yang lain. Di laman timur, atau Ward Dalam ("Upper Ward"), Menara Hitam terdiri dari dua tingkat bilik sepuluh sisi dan Pintu Pagar Ratu yang tidak disiapkan, dengan bilik pagar dibina tinggi. Kedua-dua Menara Timurlaut dan Menara Granary berbentuk segi lapan dan memiliki turet bertempur, tetapi satu hanya dua tingkat, sementara menara yang satu lagi memiliki empat tingkat.

Di laman luar, Menara Perigi memiliki perigi sedalam 15 meter (50 kaki) di bilik bawah tanah dan Menara Ratu (pada kurun ke-14 dikenali sebagai Menara Panji-panji), kini memuatkan muzium Fusilier Welch DiRaja. Tetapi menara yang paling hebat adalah Menara Helang, yang terletak di pinggir barat istana kota. Menara empat tingkat dengan sepuluh sisi dengan tiga turet dipuncaknya memiliki tiga tingkat bilik dengan satu bilik bawah tanah. Terdapat Pintu Raja bagi laluan ke bandar dari istana kota dan Menara Chamberlain di selatan. Apartmen tingkat bawah digunakan sebagai Bilik Bersalin Putera Charles ketika Perasmiannya sebagai Putera Wales pada tahun 1969. Kesemua menara bersambung dengan laluan dinding dalaman.

Sejarah

Pada tahun 1294 istana kota Caernarfon yang sedang dibina mengalami kerosakan apabila penduduk Wales memberontak terhadap pemerintahan British. Dinding bandar ditembusi dan parit tidak memberikan perlindungan yang mencukupi pada istana kota tersebut. Edward segera memerintah ia diperbaiki dan memperkukuhkan pertahanan istana kota. Tembok pertahanan utara dibina, dan siri halangan kedua dipasang, termasuk jambatan gantung, lima laluan berpintu, dan enam portcullis, bagi perlindungan lanjut halaman dalaman. Patung Raja Edward II, Putera Wales Inggeris pertama didirikan pada tahun 1321 meraikan kerja pembinaannya dan boleh dilihat di atas Pintu Raja.

Pada masa yang sama kerja pertahanan baru dilakukan, Dewan Llywelyn dengan bingkai balak dihantar dari Conwy ke Caernarfon, dan dipasang dalam istana kota Caernarfon. Program pembinaan yang meluas ini mula behenti pada 1330. Membentuk pusat pentadbiran Wales Utara, bandar dan istana kota Caernarfon dikekalkan dan digarison sehingga awal kurun ke-16. Sungguhpun kepentingan istana kota Caernarfon berkurangan sejak itu dan mula terbiar, ia kembali digarison kembali semasa Perang Saudara Inggeris. Terselamat dari perintah dibinasakan pada kurun ke-17, Caernarfon kembali dipulihkan pada pertengahan kurun ke-19, apabila istana kota ini dibaiki secara besar-besaran.

Kubu tua yang luas ini melalui masa hampir utuh sepenuhnya, sungguhpun kebanyakan bangunan di halaman dalam lenyap kecuali asasnya, Caernarfon kekal kelihatan hebat dan berkuasa, menaungi bandar dan tersergam di tebing sungai Seiont.

Rujukan

Notes
Bibliography

Bacaan lanjut

Pautan luar

  • Cadw owner of Caernarfon Castle
  • Sources on Caernarfon Castle
  • Istana kota Caernarfon di Google Earth


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Istana kota Caernarfon by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité

Non trouvé