Aller au contenu principal

Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa


Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa


Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa (Perancis: Bureau international des poids et mesurescode: fr is deprecated , dirujuk dengan parapismnya BIPM) merupakan antara tiga badan yang bertanggunjawab menyeragamkan Sistem Unit Antarabangsa selain daripada Persidangan Am Timbang dan Ukur (Perancis: Conférence générale des poids et mesurescode: fr is deprecated , CGPM) dan Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (Perancis: Comité international des poids et mesurescode: fr is deprecated , CIPM).

Sejarah

Biro ini telah ditubuhkan pada 20 Mei 1875, berikutan penandatanganan Persidangan Meter, sebuah perjanjian antara 51 negara (setakat Ogos 2008). Ia beribupejabat di Pavillon de Breteuil di Sèvres, Perancis, sebuah tapak berkeluasan 4.35 hektar (asalnya 2.52ha) yang diberikan kepada Biro oleh Pemerintah Perancis pada tahun 1876, di mana ia menikmati status luar wilayah yang dijelaskan dalam suatu dekri pemerintah Perancis No 70-820 bertarikh 9 September 1970.

Fungsi

Di bawah pihak berkuasa Persidangan Metrik, BIPM membantu untuk memastikan keseragaman berat dan ukuran SI di serata dunia. Ia berbuat demikian melalui satu siri jawatankuasa perundingan, yang ahlinya merupakan makmal metrologi negara persidangan ahli negara dan melalui kerja makmal sendiri.

Biro ini menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan pengukuran. Ia mengambil bahagian dan menganjurkan perbandingan antarabangsa piawaian pengukuran kebangsaan dan menjalankan penentukuran untuk negara anggota.

Biro ini turut mempunyai peranan yang penting dalam mengekalkan masa yang tepat di seluruh dunia. Ia menggabungkan, menganalisis, dan mepmuratakan piawaian masa atom rasmi negara-negara anggota di seluruh dunia untuk mencipta satu Waktu Universal Selaras (UTC) yang seragam dan rasmi.

BIPM juga penjaga prototaip antarabangsa kilogram.

Pengarah BIPM

Sejak penubuhannya, pengarah-pengarah yang mengetuai BIPM adalah seperti berikut:

  • 1875–1877 Gilbert Govi (Itali)
  • 1877–1879 J. Pernet (Switzerland)
  • 1879–1889 Ole Jacob Broch (Norway)
  • 1889–1915 J.-René Benoît (Perancis)
  • 1915–1936 Charles Édouard Guillaume (Switzerland)
  • 1936–1951 Albert Pérard (Perancis)
  • 1951–1961 Charles Volet (Switzerland)
  • 1962–1977 Jean Terrien (Perancis)
  • 1978–1988 Pierre Giacomo (Perancis)
  • 1988–2003 Terry J. Quinn, CBE FRS (United Kingdom)
  • 2004–2010 Andrew J. Wallard (United Kingdom)
  • 2011–2012 Michael Kühne (Jerman)
  • 2013– Martin J.T. Milton (United Kingdom).

Lihat juga

  • Persidangan Am Timbang dan Ukur (CGPM)
  • Jawatankuasa Timbang dan Ukur Antarabangsa (CIPM).
  • Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO)

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité