Aller au contenu principal

Penembakan Charlie Hebdo


Penembakan Charlie Hebdo


Pada 7 Januari 2015, kira-kira jam 11:30 CET (10:30 UTC), dua orang bertopeng dan bersenjata api senapang AK-47, sepucuk senapang patah, dan sepucuk pelancar RPG merempuh ke dalam pejabat-pejabat majalah satira Perancis Charlie Hebdo di Paris. Pesalah-pesalah melepaskan sehingga 50 das tembakan dengan senjata automatik sambil melaungkan "Allahu Akbar". 12 orang terbunuh, termasuklah ketua editor Stéphane "Charb" Charbonnier, tujuh orang lain kakitangan Charlie Hebdo, dan dua orang anggota Polis Negara serta mencederakan 11 orang lain. Akhbar terbabit telah meraih perhatian dunia kerana seringkali menggambarkan Nabi Muhammad.

Beberapa orang telah ditahan oleh polis sempena kejadian ini dalam usaha memburu dua suspek utama. Seorang suspek ketiga mula-mula dicam oleh polis lalu menyerah diri. Pesalah-pesalah berkenaan diperikan oleh polis sebagai "bersenjata dan berbahaya", sementara tahap ancaman di wilayah Île-de-France dan Picardy dinaikkan ke status tertinggi. Pada 9 Januari, pesalah-pesalah dikesan oleh polis di sebuah taman perindustrian di Dammartin-en-Goële di mana mereka mengambil seorang tebusan. Juga disahkan hubung kait antara kejadian Charlie Hebdo dengan satu lagi kejadian penembakan di Montrouge oleh seorang suspek keempat, yang mana pesalah ini juga mengambil tebusan di sebuah pasar raya Yahudi berdekatan Porte de Vincennes. Serbuan polis dijalankan serentak di Dammartin dan di Porte de Vincennes, di mana terbunuhnya tiga orang pengganas dan sesetengah tebusan pula cedera atau terkorban. Presiden Perancis François Hollande mengesahkan bahawa empat orang tebusan terbunuh dalam serbuan di pasar raya Vincennes tersebut.

20 orang termasuklah ketiga-tiga suspek terbunuh di empat lokasi dari 7 hingga 9 Januari; sekurang-kurangnya 14 orang lain cedera, ada yang parah. Serangan ini adalah antara insiden pengganas yang paling dahsyat di Perancis semenjak pengeboman kereta api Vitry-Le-François 1961 oleh Pertubuhan Tentera Rahsia (OAS).

Kakitangan Charlie Hebdo yang terselamat mengumumkan bahawa penerbitan akan diteruskan dengan edisi minggu berikutnya dikeluarkan seperti biasa dalam sejuta salinan daripada 60,000 yang kebiasaannya.

Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Penembakan Charlie Hebdo by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité

Non trouvé