Aller au contenu principal

Kementerian Pertahanan (United Kingdom)


Kementerian Pertahanan (United Kingdom)


Kementerian Pertahanan (MOD atau MoD) adalah jabatan kerajaan British yang bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar pertahanan yang ditetapkan oleh Kerajaan United Kingdom dan merupakan ibupejabat Angkatan Tentera British.

MOD menyatakan bahawa objektif utamanya ialah mempertahankan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara dan kepentingannya serta mengukuhkan keamanan dan kestabilan antarabangsa. Dengan keruntuhan Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin, pihak MOD tidak meramalkan apa-apa ancaman ketenteraan konvensional jangka pendek; sebaliknya, ia telah mengenal pasti senjata pemusnah besar-besaran, keganasan antarabangsa, dan negara yang gagal dan kecewa sebagai ancaman besar pada kepentingan Britain. MOD juga menguruskan operasi harian angkatan tentera, perancangan luar jangka dan pemerolehan pertahanan.

Para pegawai kanan tentera

Ketua Turus Pertahanan

Ketua Turus Pertahanan (CDS) adalah ketua profesional Angkatan Tentera British dan merupakan penasihat kanan tentera kepada Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Perdana Menteri.

CDS di bantu oleh Timbalan Ketua Turus Pertahanan (VCDS) yang mewakili dan bertanggungjawab bagi urusan harian angkatan bersenjata MOD melalui Staf Pusat, bekerja rapat dengan Setiausaha Tetap. Mereka disertai oleh ketua-ketua profesional dari tiga cabang tentera British (Royal Navy, Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) dan Panglima Markas Strategik. Kesemua anggota berada di gred OF-9 dalam sistem pangkat NATO.

Bersama-sama Ketua-Ketua Turus membentuk Jawatankuasa Ketua Turus dengan tanggungjawab memberikan nasihat tentang hal-hal operasi ketenteraan dan persiapan serta pelaksanaan operasi tentera.

Ketua-Ketua Turus adalah seperti berikut.

  • Ketua Turus Pertahanan – Laksamana Sir Tony Radakin
  • Naib Ketua Turus Pertahanan – Jeneral Sir Gwyn Jenkins
  • First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut – Laksamana Sir Ben Key (Panglima Tentera Laut Diraja British)
  • Ketua Turus Am – Jeneral Sir Patrick Sanders (Panglima Tentera Darat British)
  • Ketua Turus Udara – Ketua Marsyal Udara Sir Richard Knighton (Panglima Tentera Udara Diraja British)
  • Panglima Markas Strategik – Jeneral Sir James Hockenhull

pegawai tentera kanan lain

Ketua Turus Pertahanan dibantu oleh beberapa Timbalan Ketua Turus Pertahanan dan pegawai kanan lain di gred pangkat OF-8.

  • Panglima Pertahanan Awam – Laksamana Madya Philip Hally
  • Timbalan Ketua Turus Pertahanan (Operasi dan Strategi Tentera) – Leftenan Jeneral Roland Walker
  • Timbalan Ketua Turus Pertahanan (Keupayaan dan Kewangan Tentera) – Leftenan Jeneral Robert Magowan RM
  • Panglima Operasi Bersama - Leftenan Jeneral Charles Stickland, berpangkalan di Markas Northwood
  • Penasihat Kanan Pertahanan Timur Tengah - Marsyal Udara Martin Sampson
  • Ketua Perisikan Pertahanan – Adrian Bird
  • Ketua Pengarah Lembaga Keselamatan Pertahanan – Marsyal Udara Stephen Shell

Di samping itu, terdapat beberapa orang Asisten Ketua Turus Pertahanan, termasuk Setiausaha Khidmat Pertahanan dalam Kediaman Diraja United Kingdom, yang juga merupakan Asisten Ketua Turus Pertahanan (Anggota).

Lihat juga

  • Ulasan Pertahanan
  • Perjanjian Lancaster House
  • Unit Penstabilan
  • Belanjawan United Kingdom

Rujukan

Bibliografi

  • Chester, D. N and Willson, F. M. G. The Organisation of British Central Government 1914–1964: Chapters VI and X (2nd edition). London: George Allen & Unwin, 1968.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • www.mod.uk Archived Website
  • Defence Relationship Management Diarkibkan 2012-04-18 di Wayback Machine
  • Defencemanagement.com Diarkibkan 2012-06-23 di Wayback Machine

Templat:The British Army


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kementerian Pertahanan (United Kingdom) by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



ghbass

Quelques articles à proximité