Aller au contenu principal

Irma Grese


Irma Grese


Irma Ida Ilse Grese (lahir 7 Oktober 1923, Wrechen, Mecklenburg-Strelitz, Jerman) merupakan petugas di kem tumpuan Nazi di Ravensbrück dan Aushcwitz, serta warden di bahagian perempuan di Bergen-Belsen.

Beliau telah didapati bersalah terhadap jenayah kemanusiaan ketika Perbicaraan Belsen dan dijatuhi hukuman mati. Beliau merupakan wanita termuda muda dihukum mati di bawah undang-undang Inggeris pada abad ke-20. Beliau berumur 22 tahun 67 hari pada tarikh pelaksanaan hukuman tersebut.

Latar Belakang

Irma Grese merupakan anak kepada Alfred Grese dan Berta Grese. Ayahnya merupakan pekerja ladang tenusu dan ahli parti Nazi semenjak 1937 manakala ibunya telah membunuh diri pada tahun 1936. Irma Grese mempunyai 4 orang adik-beradik. Beliau telah berhenti sekolah pada tahun 1938 ketika berumur 15 tahun, mempunyai pencapaian akedemik yang lemah dan menjadi mangsa buli di sekolah oleh rakan sekelasnya. Irma Grese juga leka dengan Kesatuan Perempuan Jerman (Bund Deutscher Mädel), iaitu organisasi belia Nazi bagi perempuan, walaupun bapanya tidak merestuinya.

Pelbagai Kerjaya

Selain daripada bekerja sambilan, beliau juga bekerja sebagai pembantu jururawat di sanatorium SS selama dua tahun namun tidak berjaya dalam cubaan untuk mencari menjadi jururawat. Irma Grese kemudian bekerja sebagai pembantu ladang tenusu. Berikut merupakan testimoni oleh Irma Grese sendiri, yang direkodkan ketika siasatan secara langsung berhubung dengan latar belakang hidupnya;


Kerjaya di Kem Tumpuan

Setelah menamatkan latihan dalam bulan Mac 1943, Irma Grese telah dipindahkan ke Auschwitz sebagai pengawal perempuan dan menjelang hujung tahun 1943, beliau menjadi Penyelia Senior, iaitu pangkat kedua tertinggi bagi wanita di kem tersebut dan bertanggungjawab ke atas lebih kurang 300,000 tahanan perempuan Yahudi. Dalam bulan Januari 1945, Irma Grese kembali seketika ke Ravensbrück sebelum menamatkan kerjanya di Bergen-Belsen sebagai Pengurus Servis Kerja dari bulan Mac hingga April, lalu ditangkap oleh tentera British pada 17 April 1945 bersama dengan staff-staff SS lain yang tidak meninggalkan tempat tersebut.

Jenayah Perang

Irma Grese merupakan antara 44 individu tertuduh melakukan jenayah perang dalam Perbicaraan Belsen. Beliau telah dibicarakan sepanjang tempoh pertama perbicaraan (17 September sehingga 17 November, 1945) dan diwakili oleh Major L. Cranfield.


Perbicaraan tersebut telah dilansungkan di bawah undang-undang tentera British di Lüneberg dan tuduhan telah diperoleh dari Konvensyen Geneva 1929 berkenaan dengan layanan terhadap tahanan.


Antara tuduhan dan jenayah yang disabitkan ke atas Irma Grese:

  • Layanan buruk terhadap tahanan.
  • Melepaskan anjing terlatih yang menyerang tahanan wanita.
  • Menyebat tahanan secara sadis.
  • Membunuh dan menembak.
  • Pemilihan tahanan untuk dihantar ke kamar gas.
  • Berbagai-bagai bentuk penderaan.

Beliau juga dilaporkan mempunyai tabiat memakai but, memegang penyebat dan juga membawa sepucuk pistol. Saksi telah memberikan keterangan bahawa beliau menggunakan cara fizikal dan emosi untuk mendera tahanan wanita di kem tumpuan dan suka menembak tahanan. Saksi juga turut mendakwa bahawa Irma Grese menumbuk wanita-wanita tersebut sehingga mati selain menyebat tahanan lain dengan menggunakan penyebat yang telah ditebat dengan pita selo.

Hukuman

Selepas 53 hari tempoh perbicaraan, sebelas orang didapati bersalah atas jenayah kemanusiaan di Auschwitz dan juga di Bergen-Belsen. Kesemua mereka telah diperintahkan untuk dihukum gantung. Tiga orang merupakan wanita, termasuklah Irma Grese manakala selebihnya lelaki. Ketika keputusan juri dibacakan di mahkamah, hanya Irma Grese sahaja yang tetap ingkar dengan keputusan mahkamah. Rayuan seterusnya oleh Irma Grese telah ditolak.


Pada hari Khamis, 13 Disember 1945 di Penjara Hamelin, Irma Grese telah dibawa ke tempat penggantungan. Wanita-wanita telah digantung dahulu secara berasingan diikuti dengan para lelaki secara berpasangan. Sarjan-Mejar O’neil membantu pelaksana hukuman, iaitu Albert Pierrepoint;



Eric Brown, iaitu juruterbang bagi tentera laut British terkenal, fasih di dalam bahasa Jerman dan telah menemubual segelintir daripada penjenayah Nazi ketika Perbicaraan Nuremberg. Beliau telah menjelaskan Irma Grese sebagai „manusia paling teruk yang pernah saya jumpa“.

Adaptasi Drama

Irma Grese telah diketengahkan sebagai watak sampingan di dalam Out of Ashes di samping The Last Hangman yang mana kedua-dua filem ini menampilkan butir-butir pelaksanaan hukuman matinya dalam perbicaraan jenayah perang di Belsen. Watak Irma Grese juga tampil dalam Auschwitz: The Nazis and the ‘Final Solution’.

Angel: A Nightmare in Two Acts merupakan drama yang ditulis oleh JO Davidsmeyer berdasarkan kehidupan dan kematian Irma Grese dan mangsa holocaust yang terselamat, iaitu Olga Lengyel. Mula dipentaskan pada tahun 1987, drama tersebut telah banyak kali dipentaskan di kolej-kolej. Dalam bulan September 2006, drama tersebut juga telah membuat pementasan sulung professional di New City Stage Company di Philadelphia, Pennsylvania. Drama tersebut telah diterbitkan pada tahun 1995 oleh Wildside Press di dalam antologi Reader’s Theatre: What it is and how to stage it, yang diedit oleh Marvin Kaye.

Lihat Juga

  • Josef Mengele
  • Klaus Barbie

Pautan Luar

  • The Belsen Trial Diarkibkan 2014-05-04 di Wayback Machine, Law-Reports of Trials of War Criminals, The United Nations War Crimes Commission, Volume II, London, HMSO, 1947, capaian 22 December 2006. (Bahasa Inggeris)
  • Biografi dalam bahasa Jerman
  • SS-Frauen amGalgen Diarkibkan 2010-01-11 di Wayback Machine (Jerman), max.mmvi.de, capaian pada 22 December 2006.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Irma Grese by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


SS-Totenkopfverbände


SS-Totenkopfverbände


SS-Totenkopfverbände (SS-TV), diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai Unit Tengkorak Maut, adalah sebuah organisasi SS yang bertanggungjawab bagi mentadbir kem tahanan Nazi untuk Reich Ketiga. Walaupun lambang Totenkopf (tengkorak) merupakan lencana kebesaran bagi keseluruhan topi SS, SS-TV juga memakai insignia Tengkorak Maut pada kolar kanan bagi membezakan ia dari formasi Nazi Schutzstaffel (SS) yang lain.

SS-TV yang asalnya ditubuhkan pada tahun 1933 merupakan sebuah unit bebas didalam SS dengan mempunyai pangkat sendiri dan struktur pemerintahan. Ia mengurus kem-kem diseluruh Jerman dan kemudian, Eropah taklukan Jerman. kem-kem di Jerman termasuk Dachau, Bergen-Belsen dan Buchenwald; kem-kem tempat lain di Eropah termasuk Auschwitz di Poland taklukan Jerman dan Mauthausen di Austria serta banyak lagi kem tahanan yang lain dan kem maut. Fungsi utama kem penghapusan ialah pembunuhan beramai-ramai dan Treblinka, Bełżec dan Sobibór telah dibina untuk Aktion Reinhard. Mereka bertanggungjawab dalam memudahkan apa yang pihak Nazi panggil Penyelesaian Terakhir, dikenali semasa perang sebagai HaShoah atau Holokus. Ia telah dilakukan oleh SS dengan kerjasama Pejabat Keselamatan Utama Reich, dan Pejabat Besar Ekonomi dan Pentadbiran SS atau WVHA.

Pada permulaan Perang Dunia II salah satu unit tempur pertama Waffen-SS, Divisyen SS Totenkopf, telah dibentuk dari anggota SS-TV. Ia kelak mendapat reputasi yang ganas dan fanatik, terlibat dalam jenayah perang seperti Pembunuhan Le Paradis tahun 1940 sewaktu kejatuhan Perancis. Di Barisan Timur pembunuhan beramai-ramai orang awam Poland dan Soviet dalam Operasi Barbarossa merupakan kerja pasukan petugas khas yang dikenali sebagai SS-Einsatzgruppen, yang telah diatur oleh Heinrich Himmler dan Reinhard Heydrich.

Nota

Rujukan

  • Evans, Richard J. (2005). The Third Reich in Power. New York: Penguin. ISBN 978-0-14-303790-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Padfield, Peter (2001) [1990]. Himmler: Reichsführer-SS. London: Cassel & Co. ISBN 0-304-35839-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stein, George H. (1984). The Waffen SS: Hitler's Elite Guard at War, 1939-1945. Cornell University Press, ISBN 0-8014-9275-0.
  • Sydnor, Jr., Charles W. (1990). Soldiers of Destruction: the SS Death's Head Division, 1933-1945. Princeton University Press, ISBN 0-691-00853-1.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: SS-Totenkopfverbände by Wikipedia (Historical)


The Diary of a Young Girl


The Diary of a Young Girl


The Diary of a Young Girl ("Diari Seorang Anak Gadis Muda") atau juga dikenali sebagai The Diary of Anne Frank ("Diari Anne Frank") ialah buku berbahasa Belanda menghimpunkan catatan seharian Anne Frank semasa beliau bersembunyi selama dua tahun bersama keluarganya sewaktu pendudukan Nazi Belanda. Keluarga itu ditangkap pada tahun 1944, dan Anne Frank meninggal akibat tifus di kem tahanan Bergen-Belsen pada tahun 1945. Buku harian itu diambil oleh Miep Gies yang memberikannya kepada bapa Anne, Otto, satu-satunya ahli keluarga yang terselamat, setelah perang berakhir. Buku harian itu telah diterbitkan dalam lebih daripada 60 bahasa.

Pertama kali diterbitkan di bawah tajuk Het Achterhuis. Dagboekbrieven 14 Juni 1942 - 1 Augustus 1944 ("Lampiran: Catatan Diari 14 Jun 1942 - 1 Ogos 1944") oleh Contact Publishing di Amsterdam pada 1947, diari menerima perhatian yang kritis dan popular pada penampilan terjemahan bahasa Inggerisnya Anne Frank: The Diary of a Young Girl oleh Doubleday & Company (Amerika Syarikat) dan Vallentine Mitchell (United Kingdom) pada tahun 1952. Popularitinya mengilhamkan sandiwara 1955 The Diary of Anne Frank oleh penulis skrip Frances Goodrich dan Albert Hackett, yang mereka menyesuaikan untuk skrin untuk versi filem 1959 . Buku ini termasuk dalam beberapa senarai buku-buku teratas abad ke-20.

Hak cipta versi bahasa Belanda diari ini yang terbit pada tahun 1947 dibuka umum tamat tempoh 70 tahun selepas kematian beliau (seiring peraturan umum dalam undang-undang hak cipta Kesatuan Eropah.) pada 1 Januari 2016; versi asal Belanda telah disediakan secara dalam talian sejak itu.

Senarai terjemahan

Dalam bahasa Inggeris

  • Anne Frank: The Diary of a Young Girl, Diterjemahkan oleh B.M. Mooyaart dengan prakata oleh Eleanor Roosevelt. Bantam, 1993. ISBN 0553296981.
  • The Diary of a Young Girl: The Definitive Edition, Diterjemahkan Susan Massotty dengan suntingan oleh Otto H. Frank & Mirjam Pressler. Doubleday, 1991.
  • The Diary of Anne Frank: The Revised Critical Edition. Diterjemahkan Institut Dokumentasi Perang Negara Belanda. New York: Doubleday, 2003 [1989]. ISBN 978-0385508476.

Dalam bahasa Melayu

Edisi baku Malaysia
  • Diari Seorang Gadis. Diterjemahkan oleh Puspawati Rosman. Inisiatif Buku Darul Ehsan. 2020. ISBN 9789670037004.
Edisi baku Indonesia
  • Catatan Harian Anne Frank. Diterjemahkan oleh Anastasia Destiningrum & Eni Purwaningsih. Jogjakarta: Jalasutra. 2003. ISBN 978-979-024-398-9.
  • Dear Kitty. Diterjemahkan oleh Dina Begum. Penerbit Atria. 2016. ISBN 978-979-024-398-9.

Rujukan

Pautan luar

  • About the Diary of Anne Frank
  • Perisaijitu
  • Anne's manuscripts
  • Online exhibition of Anne Frank's manuscripts
  • Anne Frank Quotes Diarkibkan 2019-01-06 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: The Diary of a Young Girl by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


15 April


15 April


15 April merupakan hari ke-105 (hari ke-106 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 260 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

  • Hari Cukai di Amerika Syarikat
  • Hari Bapa Damien di Hawaii
  • Hari Jadi Pemimpin Agung di Korea Utara.

Peristiwa

  • 1071 - Bari, wilayah Bizantium terakhir di Itali selatan, diserahkan kepada Robert Guiscard.
  • 1277 – Pertempuran Elbistan: Sultan Mamluk dan pihak Baibar menyerang Kesultanan Seljuk dan menewaskan tentera Mongol.
  • 1450 - Perang Seratus Tahun: Tentara Perancis berhasil mengusir tentara Inggris dari Prancis utara.
  • 1638 - Keshogunan Tokugawa berhasil merebut kembali Istana Hara sekaligus mengakhiri Pemberontakan Shimabara.
  • 1755 - Kamus A Dictionary of the English Language oleh Samuel Johnson (gambar) diterbitkan buat pertama kali.
  • 1779 - Charles Messier menemukan galaksi-galaksi Messier 58, Messier 59 dan Messier 60.
  • 1783 - Perang Revolusi Amerika berakhir dengan disahkannya Perjanjian Damai.
  • 1865 - Abraham Lincoln meninggal setelah ditembak pada hari sebelumnya oleh John Wilkes Booth semasa meyaksikan suatu pementasan.
  • 1892 - General Electric Company didirikan di New York.
  • 1896 - Upacara penutupan Sukan Olimpik modern pertama digelar di Athena, Yunani.
  • 1912 - Kapal penumpang RMS Titanic tenggelam (gambar), 2 jam 40 minit selepas berlanggar dengan aisberg, mengorbankan lebih 1,500 orang.
  • 1923 - Insulin pertama kali digunakan secara umum untuk mengobati penyakit diabetes.
  • 1927 - Banjir Besar Mississippi 1927, banjir terparah yang pernah melanda Amerika Serikat, dimulai.
  • 1936 - Hari pertama pemberontakan Arab di Palestin.
  • 1936 - Aer Lingus didirikan oleh pemerintah Ireland sebagai syarikat penerbangan nasional Republik Ireland.
  • 1940 - Perang Dunia Kedua: Tentara Sekutu melancarkan serangan terhadap kota Narvik, Norwegia, yang diduduki oleh Jerman Nazi.
  • 1941 - Perang Dunia Kedua: Luftwaffe Jerman membedil Belfast, mengorbankan lebih dari seribu jiwa.
  • 1945 - Kem tahanan Bergen-Belsen dibebaskan oleh tentara Btitish.
  • 1947 - Jackie Robinson, orang Amerika Afrika yang pertama untuk memecahkan halangan warna kulit besbol, bermain kali pertama dalam Major League Baseball.
  • 1952 - Pesawat pengebom strategik jarak jauh berkuasa jet subsonik A.S. B-52 Stratofortress menjalankan penerbangan sulungnya.
  • 1955 - Ray Kroc membeli sebuah restoran waralaba di Des Plaines, Illinois yang kemudian ditetapkan sebagai permulaan terdirinya syarikat McDonald's.
  • 1969 - Korea Utara menembak jatuh pesawat Angkatan Udara Amerika Serikat di Laut Jepun, mengorbankan kesemua 31 orang penumpangnya.
  • 1970 - Perang Saudara Kemboja: 800 mayat warga Vietnam ditemukan terapung di Sungai Mekong.
  • 1986 - Angkatan Tentera Amerika Syarikat mengebom Libya, atas alasan mengehadkan keupayaan negara itu menyokong keganasan antarabangsa.
  • 1989 - Dalam perlawanan antara Liverpool and Nottingham Forest di Sheffield, 96 orang penyokong Liverpool F.C. maut dalam tragedi Hillsborough, tragedi terdahsyat dalam sejarah bola sepak di stadium British.
  • 1989 - Tunjuk perasaan besar dimulakan di Dataran Tiananmen pusat ibu kota Beijing, Republik Rakyat China setelah kematian Hu Yaobang, Setiausaha Agung Parti Komunis.
  • 1995 - Di suatu menyuarat menteri GATT di Marrakech, Maghribi, wakil 124 negara dan Komuniti Eropah menandatangani perjanjian bagi menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia.
  • 2010 - Abu gunung berapi daripada letusan Eyjafjallajökull (gambar) di Iceland menggendalakan lalu lintas udara di utara dan barat Eropah.
  • 2013 - Dua letupan berhampiran garisan penamat Maraton Boston membunuh 3 orang dan mencederakan lebih 250 yang lain.

Kelahiran

  • 1452 – Leonardo da Vinci, seniman Itali (meninggal 1519)
  • 1469 – Guru Nanak Dev, agamawan India dan pendiri Sikhisme (meninggal 1539)
  • 1642 – Suleiman II, sultan Uthmaniyah (meninggal 1691)
  • 1707 – Leonhard Euler, matematikawan Swiss (meninggal 1783)
  • 1741 – Charles Willson Peale, pelukis naturalis Amerika Syarikat (meninggal 1827)
  • 1772 – Étienne Geoffroy Saint-Hilaire, naturalis Prancis (meninggal 1844)
  • 1817 – Benjamin Jowett, ahli teologi dan penerjemah Inggris (meninggal 1893)
  • 1840 – Willem Hendrik de Greve, ahli geolog Belanda (meninggal 1872)
  • 1843 – Henry James, penulis Amerika Syarikat (meninggal 1916)
  • 1858 – Émile Durkheim, ahli sosiologi Perancis (meninggal 1917)
  • 1874 – George Harrison Shull, pakar genetik Amerika Syarikat (meninggal 1954)
  • 1874 – Johannes Stark, ahli fizik Jerman penerima Nobel (meninggal 1957)
  • 1894 – Nikita Khrushchev, ahli politik Kesatuan Soviet, Perdana Menteri Kesatuan Soviet (w. 1971)
  • 1896 – Nikolay Semyonov, ahli kimia Rusia penerima Hadiah Nobel (meninggal 1986)
  • 1906 – Suvadhana, permaisuri bonda Kerajaan Thailand (meninggal 1985)
  • 1907 – Nikolaas Tinbergen, ahli etologi Belanda penerima Nobel (meninggal 1988)
  • 1910 – Miguel Najdorf, pecatur Argentina (meninggal 1997)
  • 1912 – Kim Il-sung, politisi Korea, Presiden Abadi Korea Utara (meninggal 1994)
  • 1920 – Richard von Weizsäcker, ahli politik dan Presiden Jerman
  • 1930 - Sakaran Dandai, ahli politik
  • 1942 - Rais Yatim, ahli politik Malaysia
  • 1959 - Emma Thompson, pelakon Inggeris
  • 1960 – Philippe dari Belgium, putera mahkota Belgium
  • 1961 – Carol W. Greider, ahli biologi Amerika Syarikat penerima Nobel
  • 1963 – Beata Szydło, Perdana Menteri Poland
  • 1965 – Lilies Handayani, pemanah Indonesia
  • 1972 – Kim Suk Hoon, pelakon Korea Selatan
  • 1980 – Raúl López, pemain bola sepak Sepanyol
  • 1980 – Victor Núñez, pemain sepak bola Costa Rica
  • 1980 – Rocky Juarez, petinju Amerika Syarikat
  • 1981 – Andrés D'Alessandro, pemain bola sepak Argentina
  • 1982 – Albert Riera, pemain bola sepak Spanyol
  • 1982 – Seth Rogen, aktor Kanada
  • 1986 – Tom Heaton, pemain bola sepak Inggris
  • 1986 – Sylvain Marveaux, pemain bola sepak Perancis
  • 1987 – Iyaz, penyanyi asal Kepulauan Virgin
  • 1990 - Emma Watson, pelakon Inggeris
  • 1991 – Daiki Arioka, penyanyi Jepun (Hey! Say! JUMP)
  • 1991 – Javier Fernández, peluncur Spanyol
  • 1992 – Richard Sandrak, binaragawan dan aktor beladiri Amerika Syarikat
  • 1992 – John Guidetti, pemain bola sepak Swedia
  • 1992 – Kayelden Brown, pemain bola sepak Inggris
  • 1992 – Christ Laurent, pelakon Indonesia
  • 1995 - Nur Farrisya Binti Kamarudin, pelakon Malaysia
  • 2004 - Ratu Sofya, pelakon wanita Indonesia

Kematian

  • 1764 – Madame de Pompadour, isteri Raja Louis XV dari Perancis (lahir 1721)
  • 1765 – Mikhail Lomonosov, penulis dan ilmuwan Rusia (lahir 1711)
  • 1865 - Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16
  • 1872 – A.J. Andresen, tokoh tentera Belanda (lahir 1808)
  • 1912 – Eduard Herman s'Jacob, ahli politik Belanda (lahir 1827)
  • 1912 – Korban mangsa tenggelamnya RMS Titanic:
  1. William McMaster Murdoch, pelaut dan kelasi Scotland (lahir 1873)
  2. John Jacob Astor IV, pengusaha, pembangun perumahan dan penulis Amerika Syarikat (lahir 1864)
  3. Isidor Straus, pemilik syairkat runcit Macy's dan mantan anggota Kongres New York (lahir 1845)
  4. Ida Straus, isteri Isidor dan sosialit (lahir 1849)
  5. Thomas Andrews, pengusaha dan pembangun kapal Ireland (lahir 1873)
  • 1915 – Rupert Brooke, penyair Inggris (lahir 1887)
  • 1927 – Gaston Leroux, penulis Perancis (lahir 1868)
  • 1942 – Robert Musil, novelis Austria (lahir 1880)
  • 1948 - Manuel Roxas, Presiden Filipina ke-5
  • 1978 – Frank Tallman, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1919)
  • 1980 – Jean-Paul Sartre, penulis dan filsuf Perancis penerima Hadiah Nobel (lahir 1905)
  • 1989 – Hu Yaobang, ahli politik China (lahir 1915)
  • 1998 – Pol Pot, diktator Kemboja (lahir 1925)
  • 1999 – Harvey Postlethwaite, juruteknik Inggeris dan pereka kereta lumba (lahir 1944)
  • 2001 – Lukman Hakim Nain, sutradara dan jurusinematografi Indonesia (lahir 1931)
  • 2007 – Wahiduddin Ziauddin Ahmed, sutradara India (lahir 1915)
  • 2012 – Yasushi Mieno, pengusaha dan pekerja Bank Jepun (lahir 1924)
  • 2014 - Shasya Yunisha, pelakon Indonesia (lahir 1989)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: 15 April by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)