Aller au contenu principal

Che Guevara


Che Guevara


Ernesto Guevara (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) . Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.

Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh Alberto Korda (di atas) telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20"

Warisan keluarga dan kehidupan awal

Ernesto Guevara de la Serna yang dilahirkan di Rosario, Argentina, ialah anak sulung antara lima adik-beradik di dalam sebuah keluarga berketurunan campuran Sepanyol, Basque, dan Ireland. Tarikh lahirnya direkodkan dalam sijil kelahiran sebagai 14 Jun 1928, walaupun sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau sebenarnya lahir pada 14 Mei tahun tersebut.

Salah satu moyang Guevara, Patrick Lynch, dilahirkan di Galway, Ireland pada tahun 1715, dan kemudian berpindah ke Bilbao, Sepanyol dan dari situ, menjelajah ke Argentina. Francisco Lynch (moyang Guevara) dilahirkan pada tahun 1817, dan Ana Lynch (neneknya) pada tahun 1861. Anaknya, Ernesto Guevara Lynch (bapa Guevara) pula dilahirkan pada tahun 1900. Guevara Lynch mengahwini Celia de la Serna y Llosa pada tahun 1927, dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Berasal daripada sebuah keluarga kelas atas yang cenderung berhaluan kiri, Guevara telah dibimbing supaya mempunyai personaliti yang dinamik serta perspektif yang radikal sejak dari kecil lagi. Walaupun menghidapi penyakit lelah yang menjejaskan kehidupannya, beliau telah berjaya sebagai seorang olahragawan. Guevara juga pernah menjadi pemain ragbi di sebalik kecacatannya dan mendapat gelaran "Fuser" — singkatan untuk gabungan kata, "El Furibundo" (bahasa Inggeris: raging) dan "Serna", nama keluarga ibunya — kerana gaya bermainnya yang agresif.

Guevara belajar permainan catur daripada bapanya dan mula melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan tempatan sejak berumur 12 tahun. Semasa keremajaannya, beliau minat akan puisi, terutamanya oleh Pablo Neruda. Guevara, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang Amerika Latin dalam golongannya, turut menulis puisi pada sepanjang hayatnya. Beliau sangat gemar membaca, dengan minat yang berbeza-beza antara pengembaraan klasik oleh Jack London dan Jules Verne sehingga rencana-rencana mengenai keseksualan oleh Sigmund Freud serta falsafah masyarakat oleh Bertrand Russell. Pada akhir keremajaannya, Guevara membentuk minat mendalam dalam seni foto dan menghabiskan banyak masa untuk mengambil gambar orang, tempat, dan semasa pengembaraannya yang kemudian, tapak arkeologi.

Pada tahun 1948, Guevara menyertai Universiti Buenos Aires untuk mempelajari bidang perubatan dan selepas beberapa gangguan, menghabiskan pembelajarannya pada bulan Mac 1953. Walaupun demikian, beliau tidak menjalankan latihan klinikalnya yang diperlukan untuk menjalankan praktik kedoktoran. Oleh itu, beliau merupakan seorang "médico" yang bukannya "doctor en medicina."

Sebagai pelajar, Guevara menghabiskan banyak masa untuk mengembara mengelilingi Amerika Latin. Pada tahun 1951, Alberto Granado, rakannya yang seorang ahli biokimia, mencadangkan agar Guevara bercuti setahun daripada kursus perubatannya supaya mengembara di Amerika Selatan, sebagaimana yang telah dibincangkan selama bertahun-tahun. Guevara dan Granado yang berusia 29 tahun ketika itu berlepas dari bandar asal mereka di Alta Gracia dengan menunggang motosikal Norton 500 cc 1939 yang dinamai mereka sebagai La Poderosa II (bahasa Inggeris: "the Mighty One, the Second"). Mereka merancang untuk menghabiskan beberapa minggu membuat kerja sukarela di perkampungan pesakit kusta San Pablo di Peru yang terletak di kawasan pinggir Sungai Amazon. Guevara mengisahkan pengembaraannya dalam karya  Diari-dairi Motosikal yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1996 dan dijadikan sebuah filem dengan nama yang sama pada tahun 2004.

Menyaksikan kemiskinan, penindasan dan ketiadaan hak mengundi di seluruh Amerika Latin serta dipengaruhi oleh buku-buku Marxisme, Guevara memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi ketaksamaan wilayah itu ialah melalui pemberontakan bersenjata. Perjalanan dan pembacaannya telah menyebabkan Guevara berpendirian bahawa Amerika Latin bukannya sekumpulan negara yang berasingan tetapi sebuah entiti tunggal yang memerlukan suatu strategi kebenuaan untuk pembebasannya. Tanggapannya terhadap sebuah Ibero-Amerika bersatu tanpa sempadan yang berkongsi kebudayaan 'mestizo' merupakan suatu tema berulangan yang ketara pada tempoh-tempoh kegiatan pemberontakannya yang kemudian. Sebaik sahaja Guevara pulang ke Argentina, beliau mempercepatkan penyiapan kursus perubatannya supaya dapat menyambung semula perjalanannya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Beliau menerima diplomanya pada 12 Jun 1953.

Guatemala

Selepas tamat belajar dari sekolah perubatan Universiti Buenos Aires pada tahun 1953, Guevara mengembara melalui Bolivia, Peru, Ecuador, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras, dan El Salvador, sebelum akhirnya sampai ke Guatemala di mana President Jacobo Arbenz Guzmán memimpin kerajaan populist yang, melalui pelbagai pembaharuan, terutamanya pembaharuan tanah, cuba mengembalikan revolusi sosial. Ketika masa ini Guevara mendapat nama gelarannya, "Che", disebabkan sering menggunakan kata Argentina Che (disebut /tʃe/), digunakan sama seperti "hey", "kawan" atau "sahabat" dan digunakan secara basahan dipelbagai negara penutur Inggeris. Uruguay, Paraguay, dan Argentina adalah negara yang menggunakan perkataan ini, menjadikannya tanda niaga kawasan Rioplatense.

Merujuk kepada Jon Anderson, orang penghubung utama di Guatemala adalah seorang sosialis Hilda Gadea, yang telah mengenalkan Guevara kepada orang kabinet peringkat tertinggi dalam kerajaan Arbenz. Hilda merupakan seorang ahli Persekutuan Revolusi Amerika Popular atau (American Popular Revolutionary Alliance) (APRA), sebuah pergerakan politik yang diketuai oleh Víctor Raúl Haya de la Torre. Beliau juga telah membuat hubungan dengan orang buangan Cuba yang ada pertalian dengan Castro, termasuklah Antonio "Ñico" López, yang dikaitkan dengan serangan ke atas berek "Carlos Manuel de Céspedes" di Bayamo dalam provinsi Oriente, Cuba dan orang yang mungkin mati di jambatan Ojo del Toro seketika lepas Granma mendarat di Cuba. Guevara menggabungkan "moncadistas" dalam penjualan barangan agama yang berkaitan dengan Black Christ, dan beliau juga telah menolong dua orang pakar malaria Venezuela. Keadaan ekonomi adalah merumitkan, dan beliau telah menggadaikan barang kemas Hilda. Kemudian, pada 15 Mei, 1954, satu barangan infantri Skoda berkualiti tinggi dan senjata artileri ringan telah dihantar daripada negara komunis Czechoslovakia untuk kerajaan Arbenz telah tiba di atas kapal Sweden Alfhem. Bilangan senjata yang dianggarkan sampai adalah kira-kira 2000 ton oleh CIA dan cukup mencurigalkan 2 tan oleh Jon Lee Anderson . (Anderson's tonnage estimate is thought to be a typo due to how few scholarly sources support it.) Guevara briefly left Guatemala for El Salvador to pick up a new visa, then returned to Guatemala. Meanwhile, the CIA-sponsored coup attempt led by Carlos Castillo Armas had begun. The anti-Arbenz forces were unable to stop the trans-shipment of the Czech weapons by train; however, after recovering energy, and apparently with the help of air support, they started to gain ground (Holland, 2005).

Guevara menyertai sepasukan tentera awam bersenjata yang dikendalikan oleh Belia Komunis untuk beberapa hari, tetapi kemudian kembali kepada tugas-tugas perubatannya. Selepas rampasan kuasa, Guevara bersukarela untuk bertempur, akan tetapi Arbenz menyuruh semua penyokong asing supaya meninggalkan negara itu. Selepas Gadea ditangkap, beliau melindungi diri di konsulat Argentina dan kemudian berpindah ke Mexico.

Penggulingan kerajaan Arbenz oleh sebuah rampasan kuasa yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat mengukuhkan pandangan Guevara bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa imperialis yang secara tekal akan menentang sebarang kerajaan yang mencuba menangani ketaksamaan sosioekonomi yang endemik di negara-negara Amerika Latin serta negara-negara membangun yang lain. Ini mengukuhkan lagi keyakinannya bahawa sosialisme melalui perjuangan bersenjata yang dipertahankan oleh para penduduk bersenjata merupakan satu-satunya cara untuk membaiki masalah-masalah tersebut.

Karya

Bahasa Inggeris

  • Back on the Road: A Journey to Central America (Harvill Panther S.), The Harvill Press, paperback, ISBN 0802139426.
  • Bolivian Diary, Pimlico, ISBN 0712664572
  • Che Guevara: Radical Writings on Guerrilla Warfare, Politics and Revolution, Filiquarian Publishing LLC, paperback, ISBN 1599869993.
  • Che Guevara Reader: Writings on Guerrilla Warfare, Politics and History, Ocean Press
  • Che Guevara Speaks, Pathfinder
  • Che Guevara Talks to Young People, Pathfinder
  • Critical Notes on Political Economy, Ocean Press
  • Guerrilla Warfare, Souvenir Press Ltd, paperback, ISBN 0285636804.
  • Manifesto: Three Classic Essays on How to Change the World, Consortium
  • Our America and Theirs, Ocean Press (AU), ISBN 1876175818.
  • Reminiscences of the Cuban Revolutionary War, Monthly Review Press, 1998
  • Self-Portrait: Che Guevara, Ocean Press, 320pp, 2005
  • Socialism and Man in Cuba: Also Fidel Castro on the Twentieth Anniversary of Guevara's Death, Monad
  • The African Dream: The Diaries of the Revolutionary War in the Congo, Grove Press.
  • The Diary of Che Guevara, Amereon Ltd,
  • The Motorcycle Diaries: Notes on a Latin American Journey, Perennial Press, ISBN 0007182228.

Bahasa Sepanyol

  • Pasajes de la Guerra Revolucionaria: Congo, (PDF)
  • Pensamiento y acción, (PDF)
  • Obras Escogidas, (PDF)


Rujukan

Bahan cetakan
  • "BBC News". Dicapai pada June 19.
  • "CNC TV". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-22. Dicapai pada February 26.
  • "Cuban Aviation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-10-08. Dicapai pada February 26.
  • "Radio Bayamo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-19. Dicapai pada February 26.
  • "The New Humanist". Dicapai pada February 26.
  • "Slate". Dicapai pada June 18.
  • "William Paterson University". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada June 18.
  • "Find Articles". Dicapai pada June 18.

Bacaan tambahan

Collection James Bond 007

Pautan luar

  • Exposition of photos by Guevara
  • The Che Guevara internet archive – written works, pictures, and speeches
  • Video collection of Che Guevara
  • Wikitree entry Diarkibkan 2006-05-24 di Wayback Machine - genealogical information about Guevara
  • Che Guevara - symbol of struggle -By Tony Saunois
  • Che Guevara - A legacy of struggle By Daniel Waldron in Socialist View, No. 13 Winter 2004, an Irish socialist journal.
  • Review - Motorcycle Diaries By Dave Reid in Socialist View, No. 13 Winter 2004.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Che Guevara by Wikipedia (Historical)



Benicio del Toro


Benicio del Toro


Benicio Monserrate Rafael Del Toro Sánchez lebih dikenali sebagai Benicio del Toro (lahir Februari 19, 1967) ialah seorang pelakon Puerto Rico. Beliau memenangi pelbagai anugerah untuk peranannya sebagai Javier Rodríguez dalam Traffic (2000). Beliau juga dikenali dengan peranannya sebagai Fred Fenster dalam The Usual Suspects (1995), Dr. Gonzo dalam Fear and Loathing in Las Vegas (1998), Franky Four Fingers dalam Snatch (2000), Jackie Boy dalam Sin City (2005) dan Che Guevara dalam Che (2008). Beloiau juga berperanan sebagai The Collector dalam Marvel Cinematic Universe.

Filmografi

Filem

Televisyen

Pautan luar

  • Benicio del Toro di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Benicio del Toro by Wikipedia (Historical)



Revolusi Cuba


Revolusi Cuba


Revolusi Cuba (1953-1959) merupakan revolusi yang pergerakan revolusi Pergerakan 26 Julai yang diketuai oleh Fidel Castro dan sekutunya terhadap Presiden Fulgencio Batista. Tujuan revolusi ini adalah untuk menggulingkan rejim Batista. Revolusi ini bermula pada Julai 1953 dan akhirnya berjaya menggulingkan Batista pada 1 Januari 1959. Akhirnya, Castro mengisytiharkan negara sosialis dan bermulanya pemerintahan komunisme di Cuba. Justeru, Amerika Syarikat juga mengenakan sekatan ekonomi terhadap Cuba dan menyebabkan Cuba menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kesatuan Soviet.

Hubungan Amerika Syarikat-Cuba semakin tegang apabila krisis peluru berpandu Cuba pada 1962. Revolusi ini juga diikuti oleh Perang Saudara Angola dan Revolusi Nicaragua.

Latar belakang

Fulgencio Batista, yang pernah menjawat sebagai Presiden Cuba sebanyak dua kali 1940-1944, menjadi Presiden buat kali kedua pada Mac 1952, setelah merampas kuasa dalam rampasan kuasa tentera dan membatalkan pilihan raya 1952. Batista telah menjadi progresivisme pada penggal pertama dan pada tahun 1950, Batista telah menunjukkan watak diktatornya yang lebih tegas dan agresif.

Pergerakan 26 Julai telah dibentuk pada 26 Julai 1953 apabila Fidel Castro bertemu dengan Che Guevara di Mexico dan mengasaskan perang gerilla di Cuba serta bermulanya Revolusi Cuba. Castro juga menentang Amerika Syarikat yang campur tangan terhadap politik, ekonomi dan banyak lagi yang berkaitan dengan Cuba.

Pemberontakan dan kemenangan

Pada 21 Ogos 1958, selepas kekalahan Batista, tentera Castro mula mengaturkan serangan mereka sendiri. Di wilayah Oriente (dalam kawasan wilayah hari ini daripada Santiago de Cuba, Granma, Guantanamo dan Holguin), serangan oleh Fidel Castro, Raúl Castro dan Juan Almeida Bosque diarahkan kepada empat cara. Menurun dari pergunungan dengan senjata baru ditangkap semasa Ofensiva dan diseludup dengan kapal terbang, tentera Castro memenangi satu siri kemenangan awal. Kemenangan Castro utama di Guisa dan berjaya menawan beberapa bandar termasuk Maffo, Contramaestre dan Central Oriente di bawah kawalannya.

Pada 31 Disember 1958, Pertempuran Santa Clara berlaku di mana Batista melarikan diri ke Dominika. Bandar Santa Clara jatuh kepada gabungan tentera pemberontak Che Guevara, Cienfuegos, Direktorat Revolusi (RD) yang diketuai oleh Comandantes Rolando Cubela, Juan ("El Mejicano") Abrahantes, dan William Alexander Morgan. Berita kekalahan ini disebabkan Batista panik. Dia melarikan diri dari Cuba untuk ke Republik Dominika hanya beberapa jam kemudian pada 1 Januari 1959. Comandante William Alexander Morgan, terus berjuang walaupun Batista dan telah menawan bandar Cienfuegos pada 2 Januari.

Castro segera memulakan rundingan untuk mengambil alih Santiago de Cuba. Pada 2 Januari, komander tentera di bandar Kolonel Rubido mengarahkan tenteranya untuk tidak melawan dan kuasa-kuasa Castro mengambil alih bandar. Kuasa-kuasa Guevara dan Cienfuegos memasuki Havana pada kira-kira masa yang sama. Mereka telah bertemu tiada bangkangan dalam perjalanan mereka dari Santa Clara. Castro sendiri tiba di Havana pada 8 Januari selepas kemenangan perarakan panjang. Pilihan awal presiden, Manuel Urrutia Lleó mengambil alih jawatan pada 3 Januari.

Kesan peperangan

"Revolusi kami membahayakan semua harta benda Amerika di Amerika Latin. Kami memberitahu negara-negara ini untuk membuat revolusi mereka sendiri."

Che Guevara, Oktober 1962

"Saya tahu apa yang ada di dunia berfikir kepada kita, kita adalah Komunis, dan sudah tentu saya telah berkata dengan jelas bahawa kami tidak Komunis; dengan jelas."

Fidel Castro, 1959

Beratus-ratus ejen-era Batista, anggota polis dan tentera telah dibicarakan awam bagi pencabulan hak asasi manusia, jenayah perang, pembunuhan dan penyeksaan. Kebanyakan orang tertuduh disabitkan oleh tribunal revolusi jenayah politik, dan telah dilaksanakan oleh skuad menembak; orang lain menerima hukuman panjang penjara. Satu contoh penting bagi keadilan revolusi adalah selepas penawanan Santiago, Raul Castro mengarahkan pelaksanaan lebih daripada tujuh puluh tawanan perang Batista. Untuk bahagian dalam mengambil alih Havana, Che Guevara telah dilantik pendakwa tertinggi di Kubu La Cabana. Ini adalah sebahagian daripada usaha besar-besaran oleh Fidel Castro untuk membersihkan pasukan keselamatan penyokong setia Batista dan lawan potensi kerajaan revolusioner baru. Walaupun ramai yang dibunuh atau dipenjarakan, yang lain bernasib baik kerana hanya dibuang kerja daripada tentera dan polis tanpa pendakwaan, dan beberapa pegawai kanan pentadbir Batista yang telah diusir sebagai orang bawahan.

Tidak lama selepas itu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Cuba kerana telah mengisytiharkan sebagai negara sosialis. Amerika Syarikat juga menutup kedutaannya di Havana. Selain itu, beberapa negara dari Amerika Latin turut memutuskan hubungan dengan Cuba. Namun demikian, Cuba terpaksa menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kesatuan Soviet dan beberapa negara komunis yang lain.

Amerika Syarikat telah memberi amaran terhadap Cuba dengan hentikan kegiatan sosialis di negara itu. Jadi, Fidel Castro mencari jalan untuk mengelakkan dari serangan Amerika Syarikat atau penjajahan. Kesatuan Soviet telah menawarkan untuk meletakkan beberapa peluru berpandu atau misil di negara itu. Justeru, Castro menerima cadangan itu. Kejadian ini mencetuskan krisis peluru berpandu Cuba apabila pesawat tentera udara milik Amerika Syarikat telah mengesan dari jauh. Akhirnya, keadaan kembali tenang apabila Soviet menarik balik peluru berpandu itu dengan janji Amerika Syarikat tidak menyerang atau menjajah Cuba melalui komunikasi dan surat-menyurat.

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Thomas M. Leonard (1999). Castro and the Cuban Revolution. Greenwood Press. ISBN 0-313-29979-X.
  • Julio García Luis (2008). Cuban Revolution Reader: A Documentary History of Key Moments in Fidel Castro's Revolution. Ocean Press. ISBN 1-920888-89-6.
  • Samuel Farber (2012). Cuba Since the Revolution of 1959: A Critical Assessment. Haymarket Books. ISBN 9781608461394.
  • Joseph Hansen (1994). Dynamics of the Cuban Revolution: A Marxist Appreciation. Pathfinder Press. ISBN 0-87348-559-9.
  • Julia E. Sweig (2004). Inside the Cuban Revolution: Fidel Castro and the Urban Underground. Harvard University Press. ISBN 0-674-01612-2.
  • Thomas C. Wright (2000). Latin America in the Era of the Cuban Revolution. Praeger Paperback. ISBN 0-275-96706-9.
  • Marifeli Perez-Stable (1998). The Cuban Revolution: Origins, Course, and Legacy. Oxford University Press. ISBN 0-19-512749-8.
  • Geraldine Lievesley (2004). The Cuban Revolution: Past, Present and Future Perspectives. Palgrave Macmillan. ISBN 0-333-96853-0.
  • Teo A. Babun (2005). The Cuban Revolution: Years of Promise. University Press of Florida. ISBN 0-8130-2860-4.
  • Antonio Rafael de la Cova (2007). The Moncada Attack: Birth of the Cuban Revolution. University of South Carolina Press. ISBN 1-57003-672-1.
  • Samuel Farber (2006). The Origins of the Cuban Revolution Reconsidered. The University of North Carolina Press. ISBN 0-8078-5673-8.
  • Jules R. Benjamin (1992). The United States and the Origins of the Cuban Revolution. Princeton University Press. ISBN 0-691-02536-3.
  • Comite central del Partido comunista de Cuba: Comisión de orientación revolucionaria (1972). Rencontre symbolique entre deux processus historiques [i.e., de Cuba et de Chile]. La Habana, Cuba: Éditions politiques.
  • David M. Watry (2014). Diplomacy at the Brink: Eisenhower, Churchill, and Eden in the Cold War. Baton Rouge: Louisiana State University Press. ISBN 9780807157183.
Collection James Bond 007

Pautan luar

  • "The Cuban Revolution (1952–1958)". Latin American Studies Organization.
  • Michael Voss. "Reliving Cuba's Revolution". BBC. 29 Disember 2008.
  • "The History of Socialist Revolution in Cuba (1953–1959)". World History Archives.

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Revolusi Cuba by Wikipedia (Historical)



Gerila


Gerila


Gerila (juga dikenali sebagai partisan) ialah istilah yang diserap daripada bahasa Sepanyol (daripada perkataan guerra bererti perang) yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pejuang kecil. Peperangan gerila beroperasi dengan kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi. Peperangan gerila merupakan bentuk paling tua peperangan tidak bersimetri. Penyumbang utama kepada teknik perang gerila termasuk Mao Zedong dan Che Guevara. Walaupun "peperangan tidak bersimetri" merupakan istilah ketenteraan kepada taktik gerila, ia sering dipandang rendah sebagai perang taktik "pengganas."


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Gerila by Wikipedia (Historical)



Thomas Sankara


Thomas Sankara


Kapten Thomas Isidore Noël Sankara [to-ma i-si-dor no-él sang-ka-ra] (21 Disember 1949 – 15 Oktober 1987) adalah seorang panglima tentera dan negarawan dariBurkina Faso. Beliau berkhidmat sebagai Presiden negara itu melalui sebuah kudeta pimpinan Blaise Compaoré pada 4 Ogos 1983 yang menggulingkan pemerintahan Jean-Baptiste Ouedraogo; pemerintahannya turut mengubah nama Volta Hulu menjadi Burkina Faso genap setahun setelah itu.

Peranan beliau dalam memimpin revolusi penting di negaranya serta perwatakannya yang banyak disegani rakyatnya serta di benua Afrika menjadikan beliau dianggap sebagai "Che Guevara Afrika".

Awal hidup

Thomas lahir di bandar Yako di bahagian utara Volta Utara (kini Burkina Faso) pada 21 September 1949 dalam sebuah keluarga menganut mazhab Gereja Katolik Rom. Ibunya berketurunan Mossi manakala ayahnya berdarah kacukan Mossi dan Fulani, ayahnya merupakan seorang anggota dalam Gendarmerie Perancis yang terlibat dalam pertempuran malah dijadikan tahanan perang semasa Perang Dunia Kedua. Kedudukan ayahnya dalam tentera ini mampu mengeluarkan keluarganya daripada kancah kemiskinan serta hidup dalam keadaan serba mewah.

Beliau bersekolah di Bobo-Dioulasso, sebuah bandar jauh di barat daya Volta Utara; beliau sangat tekun dalam pembelajarannya terutamanya dalam bifdang matematik dan bahasa Perancis. Beliau juga seorang yang warak pada usia mudanya dan kerap menghadiri majlis-majlis gereja.

Ibu bapanya mahukannya menjadi seorang paderi setelah beliau menghabiskan persekolahannya, namun Thomas lebih mahu menyertai Tentera Darat Burkina Faso sebagai seorang askar.;

Kerjaya ketenteraan

Pemerintahan

Pada tanggal 15 Oktober 1987, Thomas Sankara bersama 12 penjawat tertinggi pemerintahan Burkina Faso terbunuh dalam kudeta berdarah yang didalangi oleh bekas rakan seperjuangannya sendiri, Blaise Compaoré.

Lihat pula

  • Sejarah Burkina Faso

Rujukan

Sumber utama

  • (Perancis) Biographie de Thomas Sankara : La Patrie ou la Mort..., de Bruno Jaffré ISBN : 2-7384-5836-X • 1997 halaman 268
  • (Perancis) Les années Sankara de la révolution à la Rectification, de Bruno Jaffré ISBN : 2-7384-5967-6 • 1989 edisi baru pada 1997 halaman 336
  • Sawadogo, Alfred Yambanga (Mac 2001). Le president Thomas Sankara, Chef de la Revolution Burkinabe: 1983-1987 (dalam bahasa Perancis). L'Harmattan. ISBN 2-7475-0588-X.
  • Gakunzi, David (Januari 2005). Oser Inventer L'avenir: La parole de Sankara (dalam bahasa Perancis). PATHFINDER et HARMATTAN. ISBN 2-7384-0761-7.
  • Valere, Some (Januari 2005). Thomas Sankara, L'espoir Assassine (dalam bahasa Perancis). L'Harmattan. ISBN 2-7384-0568-1.
Collection James Bond 007

Pautan luar

  • (Inggeris) http://www.mathaba.net/www/black/sankara.shtml Diarkibkan 2006-04-28 di Wayback Machine
  • (Perancis) Thomas Sankara WebSite
  • (Perancis) http://www.afrik.com/article6258.html
  • (Perancis) http://fr.allafrica.com/stories/200308041051.html
  • (Perancis) http://www.togoforum.com/Ap/ap1015022.htm Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Thomas Sankara by Wikipedia (Historical)



International Affairs


International Affairs


International Affairs ialah jurnal akademik hubungan antarabangsa yang dikaji oleh ulasan sejawat. Sejak penubuhannya pada tahun 1922 jurnal tersebut berpusat di Chatham House, Royal Institute of International Affairs. Dengan faktor impak 3.748 dan kedudukan ke-5 di dunia dalam Journal Citation Reports ISI 2018, ia merupakan penerbitan yang sangat digemari dalam komuniti akademik kerana gabungan ketegasan akademiknya dan relevan dengan dasar. Ia diterbitkan enam kali setahun dalam bentuk cetak dan dalam talian oleh Oxford University Press bagi pihak Chatham House. Dalam sejarahnya yang panjang, International Affairs telah menampilkan karya beberapa tokoh terkemuka dalam politik dan akademik global; dari Mahatma Gandhi dan Che Guevara hingga Joseph S. Nye dan Susan Strange.

Rujukan

Pautan luar

  • International Affairs - via Oxford University Press
  • International Affairs - via Chatham House
  • International Affairs - blog

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: International Affairs by Wikipedia (Historical)



Economic Freedom Fighters


Economic Freedom Fighters


Economic Freedom Fighters ("Pejuang Kebebasan Ekonomi", EFF) ialah sebuah parti politik berfahaman kiri jauh di Afrika Selatan.

Ia ditubuhkan pada Julai 2013 hasil pecahan daripada Kongres Kebangsaan Afrika berikutan pemecatan Julius Malema daripada jawatannya sebagai Presiden Liga Belia Parti tersebut. Ia kini merupakan parti ketiga terbesar keanggotaannya dalam Parlimen Afrika Selatan.

Ideologi

Parti ini didirikan sebagai saingan kepada Kongres Kebangsaan Afrika dan Perikatan Demokratik yang dilihat sebagai pro-kapitalis serta dituduh mengeksploitasi rakyat kulit hitam Arika Selatan sebagai sumber buruh yang murahan. Ia didorong ideologi bawaan Frantz Fanon serta pergerakan Marxisme-Leninisme dalam melihat permasalahan antara budaya dan kelas sosial serta perjuangan mereka menentang sebarang bentuk imperialisme. Ia turut mendapat inspirasi daripada pemikiran Thomas Sankara, seorang revolusioner Burkina Faso yang dianggap sebagai "Che Guevara Afrika".

Ia memperjuangkan pembasmian korupsi dan tol jalan raya, penyediaan kemudahan yang bermutu kepada rakyat termasuk penjagaan kesihatan dan pendidikan sejagat, kenaikan upah minimum serta pengambilan semula tanpa pampasan tanah yang dianggap telah dicuri petani kulit putih (yakni daripada keturunan Afrikaner dan British) semasa zaman apartheid.

Keputusan pilihan raya

Peringkat kebangsaan

Perhimpunan Kebangsaan

Majlis Provinsi Negara

Peringkat perbandaran

Peringkat Perbandaran

Rujukan

Pautan luar

  • Laman web rasmi

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Economic Freedom Fighters by Wikipedia (Historical)



Sejarah Cuba


Sejarah Cuba


Sejarah Cuba bermula apabila Christopher Columbus tiba di pulau ini pada tahun 1492. Pada tahun 1511, Diego Velazquez dari Sepanyol telah membawa anak kapalnya untuk menjajah Cuba dengan masa yang singkat. Penjajahan Sepanyol di pulau ini berpanjangan sehingga kapal perang Amerika Syarikat, USS Maine telah diletupkan di pelabuhan Havana tanpa mengetahui apa puncanya. Tanpa berfikir panjang, Amerika Syarikat menyalahkan Sepanyol di atas kejadian ini.

Perang Sepanyol-Amerika bermula. Amerika Syarikat telah berjaya mengalahkan Sepanyol dengan menawan Filipina, Cuba, Puerto Rico dan kepulauan lain. Amerika Syarikat telah campur tangan dalam hal pentadbiran negara Cuba. Semasa Jeneral Fulgencio Batista menjadi presiden, hubungan diantara Cuba dan Amerika Syarikat menjadi lebih rapat dalam hal perdagangan dan ekonomi. Pada 26 Julai 1953, Fidel Castro telah mengasaskan Pergerakan 26 Julai di Mexico bersama dengan Che Guevara dan Raul Castro untuk memulakan Revolusi Cuba dengan menentang kerajaan Batista.

Pada 1 Januari 1959, revolusi ini berakhir apabila Batista melarikan diri ke Republik Dominika sebelum berpindah ke Portugal dan Sepanyol. Selepas revolusi, Castro telah mengisytiharkan negara sosialis. Oleh sebab itu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Cuba di atas perbuatan Castro itu. Namun, Castro menjalinkan hubungan dengan Kesatuan Soviet. Beberapa tahun kemudian, Soviet ingin meletakkan peluru berpandu di Cuba, takut dengan penjajahan Amerika Syarikat, Castro menerima cadangan itu. Dalam perjalanan membawa peluru berpandu, kapal terbang milik tentera udara Amerika Syarikat telah mengesan dari jauh kapal perang Soviet yang membawa ke Cuba. Lalu, mencetus krisis peluru berpandu Cuba. Namun, keadaan kembali tenang apabila Soviet menarik balik peluru berpandu dengan janji Amerika Syarikat tidak akan menjajah Cuba melalui surat-menyurat dan telekomunikasi.

Pada tahun 1991, kejatuhan Kesatuan Soviet telah menyebabkan Cuba mengalami kemelesetan ekonomi. Cuba mencari jalan untuk membuka pintu perlancongan untuk pelancong luar datang ke negara mereka. Keadaan ini dipanggil Tempoh Khas. Pada awal abad ke-21, Amerika Syarikat telah melonggarkan sekatan ekonominya dengan menjual beberapa buatan dari negara besar itu. Keadaan ini akan memulihkan ekonomi Cuba pada masa hadapan.

Peribumi Cuba dan Jajahan Sepanyol

Cuba merupakan tapak pertama dalam Dunia Baru yang dihuni kaum peribumi pra-Columbia. Pulau ini juga menjadi tapak asas bagi Sepanyol untuk menjejaki tanah benua Amerika. Sebelum zaman penjajahan Sepanyol, terdapat tiga kaum peribumi utama iaitu Taíno, Ciboney dan Carib. Antara ketiga-tiga etnik ini, kaum Taino lebih maju kerana menjalankan aktiviti pemburuan, perikanan dan pertanian manakala Carib lebih primitif dan ganas dari Taino. Mereka mengembangkan wilayah jajahan dengan pertempuran ganas dan mengahwini wanita puak yang kalah kemudian memakan kaum lelakinya.

Sejarah negara ini bermula apabila ketibaan Christopher Columbus di pulai ini pada tahun 1492 kemudian dijajah oleh Diego Velázquez de Cuéllar dari Sepanyol pada tahun 1511. Penjajah Sepanyol memaksa kaum Taino dan Arawak di kawasan perlombongan emas dan ladang tebu.

Imigrasi dari orang kulit hitam Afrika

Pada awal abad ke-16, Empayar Sepanyol meluaskan jajahan dengan menjajah Cuba. Penjajah Sepanyol ini menindas dan memperhambakan kaum peribumi malah menyebabkan populasinya berkurang. Oleh sebab itu, orang Sepanyol membawa masuk hamba Afrika yang kemudiannya menjadi sebahagian penduduk besar Cuba.

Perdagangan hamba abdi dan eksploitasi orang Sepanyol berterusan sehinggalah tercetus rusuhan besar-besaran hamba abdi kulit hitam dikenali Pemberontakan Aponte pada tahun 1812. Kebangkitan pemberontakan kemerdekaan Cuba juga berlaku pada tahun 1868 yang dikenali sebagai Perang Sepuluh Tahun yang menyatukan orang Cuba berbilang kaum menentang penjajah Sepanyol.

Kemerdekaan Cuba

Penjajah Sepanyol menjanjikan pembaharuan dan ekonomi serta membebaskan hamba selepas perang kemerdekaan Cuba pertama. Namun, mereka tidak menepati janji dan rakyat Cuba kecewa sehingga membawa kepada pemberontakan kedua iaitu Perang Kemerdekaan Cuba pada tahun 1895. Ribuan pejuang kemerdekaan terkorban termasuklah Ketua Parti Revolusi Cuba, José Martí. Pada tahun 1898, USS Maine milik Amerika Syarikat di pelabuhan Havana telah diletupkan tanpa diketahui puncanya. Justeru, Amerika Syarikat menyalahkan Sepanyol di atas kejadian ini.

Perang Amerika-Sepanyol pun bermula. Pada awal abad ke-20, konflik ini berakhir apabila Sepanyol menandatangani perjanjian damai di mana Amerika Syarikat diberi kuasa untuk mengawal Cuba. Sejak itu, Amerika Syarikat mula campur tangan dalam hal pentadbiran Cuba. Pada tahun 1902, Tomás Estrada Palma dipilih menjadi presiden Cuba dab menyenaraikan polisi Pindaan Platt yang banyak memanfaatkan Amerika Syarikat. Kerajaan dikawal secara diktatorial selama 30 tahun kemudian dalam serba kekurangan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Fulgencio Batista berjaya merampas kuasa melalui penggulingan pada tahun 1933.

Revolusi Cuba

Fidel Castro yang merupakan seorang peguam telah bergabung dengan angkatan gerila Che Guevara berjaya mengguingkan rejim Batista pada Januari 1959. Castro mengambil alih perniagaan persendirian dan industri komersial menjadikan milikan negara termasuklah hartanah milik Amerika Syarikat. Tindakannya memberi tamparan yang hebat kepada Cuba dan Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, Amerika Syarikat menghentikan perdagangan dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Cuba. Castro mengawal sepenuhnya sistem kerajaan dan ekonomi di mana ia meningkatkan kebergantungan subsidi dari Kesatuan Soviet. Castro juga mengenalkan sistem pendidikan dan kesihatan yang percuma kepada rakyat Cuba.

Bagaimanapun, kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990 telah menyebabkan Cuba turut berdepan masalah ekonomi. Justeru, Castro cuba menukar polisi ekonomi negara dengan meraih pendapatan melalui aktiviti perlancongan.

Rujukan

  • Kembara Khazanah Cuba m/s 42-43
Collection James Bond 007

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Sejarah Cuba by Wikipedia (Historical)



14 Jun


14 Jun


14 Jun merupakan hari ke-165 (hari ke-166 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 200 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini merupakan ;

  • Hari Pembebasan di Kepulauan Falkland dan Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (1982).
  • Hari Bendera di Amerika Syarikat.

Peristiwa

  • 1381 - Raja Richard II dari England bertemu dengan para pemimpin Pemberontakan Petani.
  • 1777 - Kongres Benua Kedua menerima reka bentuk bintang dan jalur untuk bendera Amerika Syarikat.
  • 1822 - Charles Babbage mencadangkan enjin bezaan (gambar) dalam satu kertas kerja kepada Persatuan Astronomi Diraja (Royal Astronomical Society).
  • 1940 - Perang Dunia Kedua: Empat hari selepas kerajaan Perancis meninggalkan Paris, angkatan Jerman Nazi mendudukinya, pada asasnya menamatkan Pertempuran Perancis.
  • 1982 - Angkatan Argentina di Pelabuhan Stanley menyerah kepada tentera British, pada dasarnya menamatkan Perang Falkland.
  • 1985 - Penerbangan 847 TWA dirampas sejurus selepas berlepas dari Athens, dan kemudian terbang beberapa kali di antara Beirut dan Algiers.
  • 1985 - Perjanjian Schengen, yang menghapuskan kawalan sempadan sistematik antara negara Eropah terlibat, ditandatangani lima daripada sepuluh negara anggota Komuniti Ekonomi Eropah.
  • 2012 - Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir membubarkan parlimen negara itu.

Kelahiran

  • 1864- Alois Alzheimer, pakar psikiatri dan neuropatologi Jerman (meninggal 1915)
  • 1928 - Ernesto "Che" Guevara, penulis, ketua gerila dan ahli politik Argentinan-Cuba (meninggal 1967)
  • 1946 - Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang terkini.
  • 1954 - Muammar Z.A., Qari nasional dan antarabangsa.
  • 1966 - Katon Bagaskara, pemuzik, penulis lagu, pelakon, dan penyanyi lelaki Indonesia.

Kematian

  • 767 – Abu Hanifah, cendikiawan dan pengajar dari Iraq (lahir 699)
  • 1801 – Benedict Arnold, jeneral tentera Amerika Syarikat sewaktu revolusi negara tersebut, kemudiannya perisik untuk pihak British (lahir 1741)
  • 1920 – Max Weber, pakar sosiologi dan ekonomi Jerman (lahir 1864)
  • 1971 - Carlos P. Garcia, Presiden Filipina ke-8.
  • 2007 – Kurt Waldheim, ahli politik Austria dan penjenayah perang, Presiden Austria ke-9 (lahir 1918)



Text submitted to CC-BY-SA license. Source: 14 Jun by Wikipedia (Historical)



Duniaisme Ketiga


Duniaisme Ketiga


Duniaisme Ketiga ialah konsep politik dan ideologi yang muncul pada akhir 1940-an atau awal 1950-an semasa Perang Dingin dan cuba menjalin perpaduan antara negara-negara yang tidak ingin berpihak di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Konsep ini berkait rapat tetapi tidak sama dengan teori politik Maoisme-Worldisme Ketiga.

Para pemikir politik dan pemimpin Dunia Ketiga berpendapat bahawa perpecahan dan konflik Utara-Selatan adalah kepentingan politik utama dibandingkan dengan pembangkang Timur- Barat masa Perang Dingin. Dalam Model Tiga Dunia, negara-negara Dunia Pertama adalah yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. Negara-negara ini mempunyai, dan masih mempunyai, kurang risiko politik, berfungsi lebih baik demokrasi dan kestabilan ekonomi, serta taraf hidup yang lebih tinggi. Perintah Dunia Kedua merujuk kepada bekas negara sosialis industri di bawah pengaruh Kesatuan Soviet . Dunia Ketiga kemudian menyatakan negara-negara yang tetap tidak selaras dengan baik NATO, atau Blok Komunis. Dunia Ketiga biasanya dilihat termasuk banyak negara dengan zaman purba di Afrika, Amerika Latin, Oceania dan Asia. Ia juga kadang-kadang diambil sebagai sinonim dengan negara-negara dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, yang terhubung ke bahagian ekonomi dunia sebagai negara-negara "pinggir" dalam sistem dunia yang dikuasai oleh negara "teras".

Worldisme Ketiga dihubungkan dengan pergerakan politik baru berikutan Dekolonisasi dan bentuk-bentuk regionalisme baru yang muncul di koloni-koloni Asia, Afrika, dan Timur Tengah yang sama, serta di negara-negara Amerika Latin yang lebih tua: pan-arabisme, pan-africanism, pan-americanisme dan pan-asianisme.

Tempoh pertama pergerakan Dunia Ketiga, "Era Bandung pertama", dipimpin oleh ketua negara Mesir, Indonesia dan India: Nasser, Sukarno dan Nehru. Mereka diikuti pada tahun 1960-an dan 1970-an oleh generasi kedua Dunia Ketiga-Dunia yang menekankan pada visi sosialis yang lebih radikal dan revolusioner, dipersonifikasikan oleh tokoh Che Guevara. Akhirnya pada akhir Perang Dingin pada akhir 1980-an, Worldisme Ketiga mula memasuki tempoh penurunan.

Beberapa pemimpin telah dikaitkan dengan gerakan Ketiga-Duniaisme.

  • Gamal Abdel Nasser
  • Carlos Andrés Pérez
  • Jawaharlal Nehru
  • Ho Chi Minh
  • Kwame Nkrumah
  • Josip Broz Tito
  • Houari Boumediene
  • Julius Nyerere
  • Salvador Allende
  • Robert Mugabe
  • Che Guevara
  • Patrice Lumumba
  • Michael Manley
  • Sukarno
  • Muammar Gaddafi
  • Amilcar Cabral
  • Thomas Sankara

Ahli teori

Frantz Fanon

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Bangura, Abdul Karim, "Toward a Pan-Third Worldism: A Challenge to the Association of Third World Studies (Journal of Third World Studies, Spring 2003)
  • Hadiz, Vedi R., The Rise of Neo-Third Worldism?: The Indonesian Trajectory and the Consolidation of Illiberal Democracy
  • Lopes Junior, Gutemberg Pacheco, The Sino-Brazilian Principles in a Latin American and BRICS Context: The Case for Comparative Public Budgeting Legal Research Wisconsin International Law Journal, 13 May 2015
  • Malley, Robert, The Call From Algeria: Third Worldism, Revolution, and the Turn to Islam (UC Press)
  • Malley, Robert, "The Third Worldist Moment", in Current History (November 1999)
  • Slobodian, Quinn, Foreign Front: Third World Politics in Sixties West Germany (Duke University Press)
  • Third Worldism or Socialism?, by Solidarity UK

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Duniaisme Ketiga by Wikipedia (Historical)