Aller au contenu principal

Kuala Lumpur


Kuala Lumpur


Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور; singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 2.16 juta orang mengikut banci tahun 2022. Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 8.9 juta orang, dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di Asia Tenggara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999. Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kuala Lumpur adalah bandar diraja dan kediaman rasmi Ketua Utama Negara Malaysia Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara merupakan pusat pemerintahan negara terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan, pelancongan, pendidikan, perundangan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.

Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998, Sukan Asia Tenggara 2017 dan Kejohanan Dunia Formula Satu. Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya bangunan kedua tertinggi di dunia dan pertama di Asia Tenggara iaitu Menara Merdeka 118 dan paling terkenal adalah menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas.

Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.

Kuala Lumpur juga merupakan bandar raya besar di tengah di Semenanjung Malaysia, iaitu di antara Pulau Pinang, Ipoh, dan Johor Bahru. Perjalanan ke Butterworth dan Padang Besar ialah sepanjang 450 km dari Kuala Lumpur melalui keretapi tren ETS yang hanya menggunakan 3 jam dan 5 jam. Keretapi tren ETS juga banyak membantu masyarakat Kuala Lumpur. Pada zaman ini, masa keretapi laju ini dijangka 5 jam untuk tiba di Padang Besar di Perlis, iaitu bandar dan negeri terakhir lintasan keretapi Malaysia. Jadi, jam diambil sampai ke destinasi keretapi laju Malaysia ini adalah serentak dengan jam keretapi laju di China iaitu dari Shanghai ke Beijing yang juga menggunakan 5 jam.

Sebaliknya, perjalanan untuk pergi ke bandar raya dunia, Singapura juga melibatkan 350 km sahaja melalui lebuh raya. Terdapat pelbagai jenis bas di Kuala Lumpur dan Singapura ini adalah berbolak-balik di atas laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru ini. Tegasnya, servis bas ini juga banyak membantu masyarakat dan pelajar Johor di Kuala Lumpur untuk balik ke kampung menjelang musim perayaan dan cuti semester.

Sejarah

Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong bijih timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang. Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.

Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir. Sekitar 1870-an, Pengasas Kuala Lumpur, Raja Abdullah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya. Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.

Pembinaan semula

Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.

Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat tersebut kini dikenali Brickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri "kaki lima" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000 untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang (Ampang Road), Jalan Pudu (Pudoh Road), Jalan Petaling (Petaling Street) yang kini merupakan arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai Kapitan Cina, kuasa dikurniakannya setaraf pembesar Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dan menyusun semula struktur penempatan.

Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang polis. Kapitan telah membina penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada suatu masa. Beliau juga menggalakkan orang Melayu berusaha padi di sekitar kota untuk menampung pembangunan kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur berikutnya. Berikutan kepesatan pembangunan pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board). Pada tahun 1896, kejayaan Yap Ah Loy membangun kota menyebabkan Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru. Kuala Lumpur turut dinamakan ibu negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat.

Perang Dunia Kedua

Pelbagai komuniti berlainan keturunan mencari tempat tinggal di merata Kuala Lumpur. Kaum Cina menetap di sekitar pusat perdagangan Medan Pasar (Market Square) di timur Sungai Klang, ke arah Pekan Cina (Jalan Petaling). Kaum Melayu, Chettiar India, dan India Muslim pula menetap di sepanjang Java Street (kini Jalan Tun Perak). Padang yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka, merupakan pusat pejabat pentadbiran British.

Ketika Perang Dunia Kedua, Kuala Lumpur ditawan oleh tentera Jepun pada 11 Januari 1942 dan menguasainya bersama seluruh Tanah Melayu sehingga 15 Oktober 1945, apabila panglima besar Tentera Kawasan Ketujuh Jepun di Singapura dan Tanah Melayu, Seishirō Itagaki, menyerah kalah kepada pentadbir British selepas pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Kuala Lumpur meredah zaman peperangan, kejatuhan nilai getah dan timah dan zaman darurat ketika Tanah Melayu berdepan dengan pemberontakan komunis. Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari pemerintahan British. Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Peristiwa 13 Mei dan selepasnya

Tanggal 13 Mei 1969 menyaksikan salah satu rusuhan kaum di Malaysia yang meletus antara kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur. Rusuhan ini menyebabkan 196 orang terkorban, lantas menyebabkan pembaharuan besar dalam dasar ekonomi negara untuk keadilan sosial yang menyeluruh.

Kuala Lumpur mencapai status bandar raya pada tahun 1972, menjadikannya petempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan, lalu menyerahkan status ibu negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978.

Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1998, sebuah pergerakan politik yang dikenali sebagai Reformasi bergiat di bandaraya ini, berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di samping mencetuskan berkali-kali perarakan bantahan sehingga tahun 1999, yang mana para penyokong Anwar menyesakkan jalan-jalan untuk menggesa pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan, antara lainnya.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga pusat kerajaan persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih mengekalkan fungsi perundangan, dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan

Kerajaan tempatan

Tugas pentadbiran bandar raya dipikul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebuah agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan. DBKL bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan sampah dan bahan buangan, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan pembinaan, pembangunan sosial dan ekonomi dan penyelenggaraan prasarana bandar secara amnya. Kuasa eksekutif dipegang oleh Datuk Bandar yang dilantik untuk penggal dua tahun oleh Jabatan Wilayah Persekutuan. Sistem perlantikan datuk bandar ini diamalkan sejak pilihan raya kerajaan setempat digantung pada tahun 1970.

Semenjak Kuala Lumpur menjadi sebuah Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, bandaraya ini pernah dipimpin oleh sembilan orang Datuk Bandar. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang terkini ialah Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang dilantik pada tahun 2020

Politik negara

Kuala Lumpur ialah tempat terletaknya Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bandaraya ini diwakili di Dewan Rakyat oleh sebelas orang Ahli Parlimen, yang diundi untuk penggal lima tahun. Setelah sekian lama cenderung dikuasai oleh Barisan Nasional, segalanya berubah dengan pilihan raya 8 Mac 2008 yang menyaksikan parti pembangkang menguasai kerusi-kerusi parlimen untuk Kuala Lumpur, iaitu Parti Tindakan Demokratik (5 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (4 kerusi), dan Parti Islam Se-Malaysia (1 kerusi); cuma tinggal satu kerusi Dewan Rakyat yang diduduki oleh BN iaitu Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.

Geografi

Geografi Kuala Lumpur dicirikan oleh lembah besar yang dikenali sebagai Lembah Klang yang bersempadan dengan Banjaran Titiwangsa di timur, beberapa banjaran kecil di utara dan selatan, dan Selat Melaka di barat. Kuala Lumpur memetik namanya daripada kuala yang menemukan Sungai Klang dan Sungai Gombak di tengah-tengah ibu kota itu.

Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor, pernah tertakluk di bawah pemerintahan kerajaan negeri Selangor, sehingga dipisahkan pada tahun 1974 untuk menjadi Wilayah Persekutuan pertama yang ditadbir secara terus oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Lokasinya di pantai barat Semenanjung Malaysia yang lebih luas tanah ratanya berbanding pantai timur, menyumbang kepada pembangunan yang lebih pesat berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.

Pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 243.65 km2 (94.07 bt2), dengan ketinggian tanah purata 21.95 m (72.0 ka).

Iklim dan cuaca

Terlindung oleh Banjaran Titiwangsa di timur dan pulau Sumatera, Indonesia di barat, Kuala Lumpur beriklim hutan hujan tropika (Pengelasan iklim Köppen Af) yang panas dan cerah dengan curahan hujan yang lebat sepanjang tahun, terutamanya ketika musim monsun timur laut dari bulan Oktober hingga Mac. Suhunya agak malar iaitu maksimumnya sekitar 31 dan 33 °C (88 dan 91 °F) tetapi tidak pernah melampaui 37 °C (99 °F), sementara minimumnya sekitar 22 dan 23.5 °C (71.6 dan 74.3 °F) dan tidak pernah kurang daripada 19 °C (66 °F). Kuala Lumpur lazimnya menerima curahan hujan sebanyak 2,266 mm (89.2 in) setiap tahun; bulan Jun dan Julai agak kering, namun demikian curahan hujan biasanya melebihi 125 mm (5 in) sebulan.

Banjir seringkali berlaku di Kuala Lumpur apabila hujan turun dengan lebatnya, khususnya di pusat bandaraya dan kawasan hilir. Adakalanya, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dicemari oleh jerebu akibat kepulan zarah-zarah habuk dari kebakaran hutan di Pulau Sumatera, menjadikan jerebu sebagai salah satu punca utama pencemaran di bandaraya di samping pembakaran terbuka, pengeluaran bahan-bahan pencemar dari kenderaan bermotor dan kerja-kerja pembinaan.

Ekonomi

Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang paling berindustri dan paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia. Walaupun pentadbiran kerajaan persekutuan berpindah ke Putrajaya, namun jentera-jentera kerajaan tertentu seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta kebanyakan kedutaan dan misi diplomatik kekal di Kuala Lumpur.

Bandaraya ini juga masih merupakan pusat ekonomi dan perniagaan negara, tidak lupa juga pusat kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian Malaysia. Pembangunan prasarana di kawasan-kawasan sekeliling seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, pembinaan Koridor Raya Multimedia dan peluasan Pelabuhan Klang mengukuhkan lagi kepentingan ekonomi bandaraya ini. Bursa Malaysia juga membentuk salah satu kegiatan ekonomi utama di Kuala Lumpur.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kuala Lumpur dianggarkan bernilai RM73,536 juta pada tahun 2008 dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 4.2%. KDNK per kapita untuk Kuala Lumpur pada tahun 2008 ialah RM48,556, dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 5.9%. Jumlah tenaga kerja di Kuala Lumpur dianggarkan sekitar 838,400 orang. Sektor perkhidmatan merangkumi kewangan, insurans, hartanah, khidmat perniagaan, pemborongan dan peruncitan, restoran dan hotel, pengangkutan, simpanan dan komunikasi, utiliti, khidmat peribadi dan khidmat kerajaan, membentuk paling ramai tenaga kerjanya iaitu 83.0% daripada jumlah guna tenaga. 17% yang selebihnya berada dalam sektor perkilangan dan pembinaan.

Sektor perkhidmatan terbesar nyata terdapat pada bilangan syarikat perbankan dan insurans baik tempatan mahupun antarabangsa yang beroperasi di bandaraya ini. Kuala Lumpur bakal menjadi pusat kewangan Islam sedunia kerana semakin banyaknya institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam serta kehadiran institusi kewangan dari Timur Tengah seperti Al-Rajhi Bank dan Kuwait Finance House. Bandaraya ini menempatkan banyak cawangan perniagaan syarikat luar negara termasuk pejabat serantau atau pusat sokongan untuk pelbagai syarikat multinasional, terutamanya kewangan dan perakaunan, dan teknologi maklumat. Kebanyakan syarikat terbesar di dunia beribu pejabat di sini dan setakat Disember 2007, terdapat 14 buah syarikat dalam senarai Forbes 2000 (kecuali Petronas) yang bertapak di Kuala Lumpur.

Kegiatan-kegiatan ekonomi penting yang lain di bandar ini termasuk perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Banyak sekali institusi-institusi pendidikan utama yang menawarkan kursus-kursus beraneka bidang dalam lingkungan sempadannya, termasuk institusi awam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa dan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, serta sebilangan besar kolej swasta seperti Universiti Tun Abdul Razak dan Universiti Tunku Abdul Rahman yang menarik penuntut dari dalam dan luar negara. Terdapat berbilang-bilang pusat kepakaran perubatan dan hospital awam dan swasta yang menawarkan perkhidmatan kesihatan am serta rawatan dan pembedahan pakar untuk kegunaan warga tempatan mahupun pelancong dari luar.

Semakin banyak penekanan diberikan untuk meluaskan skop ekonomi bandaraya kepada kegiatan perkhidmatan lain seperti penyelidikan dan pembangunan yang menyokong seluruh ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur selama bertahun-tahun lamanya menjadi tuan rumah kepada pusat-pusat penyelidikan terpenting seperti Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan.

Pelancongan

Sektor pelancongan juga tidak kurang penting peranannya dalam ekonomi Kuala Lumpur, bukan sahaja menyediakan pekerjaan berpendapatan, malah meluaskan peluang perniagaan. Oleh itu, didirikan berbilang rantaian hotel di ibu kota ini. Kuala Lumpur juga berkembang menjadi destinasi beli-belah antarabangsa dengan beraneka pusat beli-belah yang memasarkan jenama tempatan dan antarabangsa yang tersohor. Pelancongan persidangan, terutamanya yang melibatkan penganjuran konvensyen, turut berkembang dewasa ini hingga menjadi komponen penting dalam industri pelancongan.

Antara destinasi pelancongan utama di Kuala Lumpur termasuk Dataran Merdeka, Parlimen Malaysia, Istana Budaya, Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra, Tugu Negara, dan tempat-tempat ibadah seperti Masjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan.; ditambah pula dengan Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat Sains Negara, Jalan Petaling, Pusat Pelawat Royal Selangor, Zoo Negara, tidak lupa juga acara-acara seperti pusat kebudayaan Melayu, perayaan kebudayaan Cina di Tokong Thean Hou dan perarakan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman. Segitiga Emas, iaitu pusat komersil ibu kota, merangkumi Menara Kembar Petronas dan dihidupkan oleh kelab malam, kedai arak dan pusat hiburan, seperti Beach Club, Espanda, Hakka Republic Wine Bar & Restaurant, Hard Rock Cafe, Luna Bar, Nuovo, Rum Jungle, Thai Club, Zouk, dan bermacam-macam lagi yang terletak sepanjang Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.

Beraneka jenis tempat penginapan dan hotel dari yang murah hingga yang berbintang lima, tumbuh bagai cendawan di merata bandar untuk menampung kemasukan pelancong secara besar-besaran setiap tahun, apatah lagi banyak sekali hotel berhampiran kawasan hiburan dan perniagaan Kuala Lumpur.

Peruncitan

Kuala Lumpur sahaja diduduki oleh 66 pusat beli-belah, menjadikannya pusat peruncitan dan fesyen Malaysia. Sektor beli-belah di Malaysia menyumbangkan RM 7.7 bilion (USD 2.26 bilion) atau 20.8% daripada sumbangan keseluruhan pelancongan sebanyak RM 31.9 bilion pada tahun 2006.

Suria KLCC ialah salah sebuah destinasi beli-belah utama di Malaysia kerana terletak di bawah Menara Berkembar Petronas. Selain Suria KLCC, Bukit Bintang juga menikmati tumpuan kedai beli-belah yang tertinggi di Kuala Lumpur. Bukit Bintang yang terlingkung dalam Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, meliputi 3 batang jalan raya, iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi and Jalan Sultan Ismail. Bukit Bintang menempatkan pelbagai kedai kopi, kedai makan alfresco (luaran) dan kompleks beli-belah seperti Berjaya Times Square, Plaza Bukit Bintang, Lot 10, Plaza Low Yat, Pavilion KL, Starhill Gallery dan Plaza Sungei Wang.

Di Kuala Lumpur juga terletaknya gedung beli-belah tunggal terbesar di Malaysia, iaitu Sogo Kuala Lumpur (juga dikenali sebagai KL SOGO Diarkibkan 2016-09-23 di Wayback Machine) yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Di kawasan Bangsar juga wujud beberapa kompleks beli-belah, termasuk Bangsar Village, Mid Valley Megamall dan The Gardens. Kawasan Damansara di barat laut Kuala Lumpur, biarpun sebenarnya bukan dalam lingkungan ibu kota, diduduki satu-satunya cawangan Ikea di negara ini, dan sekelompok kecil pusat beli-belah seperti The Curve, Ikano Power Centre, NiuXehSui di Ara Damansara dan 1 Utama.

Selain pusat beli-belah, Kuala Lumpur turut menetapkan beberapa kawasan dalam ibu kota untuk memasarkan barangan keluaran tempatan seperti tekstil, fabrik dan kraftangan, contohnya: Jalan Petaling yang bercirikan binaan pra-kemerdekaan yang dipengaruhi tradisi Cina Peranakan dan Eropah; tidak lupa juga Pasar Seni, bekas pasar basah utama ibu kota yang kini memasarkan beraneka hasil seni dan kraftangan, baik antik dan seni lukis mahupun pakaian dan cenderamata.

Sejak tahun 2000, Kementerian Pelancongan Malaysia mengadakan acara jualan mega tiga kali setahun iaitu sekitar bulan Mac, Mei dan Disember, yang mana semua pusat beli-belah di negara digalakkan membantu menaikkan nama Kuala Lumpur sebagai destinasi beli-belah utama.

Demografi

Bahasa Cina selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Kuala Lumpur. Bahasa-bahasa lain yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-loghat Kantonis, Mandarin dan Tamil. Bahasa Inggeris Amerika dan Bahasa Inggeris British dan lain Bahasa Sepanyol Amerika Latin lain Bahasa Itali Bahasa Perancis Bahasa Jerman Jepun Korea juga berperanan besar sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di sekolah.

Kuala Lumpur menikmati campuran beraneka budaya termasuk Melayu, Cina, India, Serani, dan juga suku-suku Kadazan, Iban dan pribumi lain dari Malaysia.

Kepesatan pembangunan Kuala Lumpur turut menarik ramai buruh asing dari Indonesia, Nepal, Burma, Thailand, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka, Kemboja, dan Vietnam ke Malaysia.

Pada akhir abad ke-18, ketika Eropah mengalami Revolusi Perindustrian, ramai pekerja Cina dari wilayah Fujian dan Guangdong diangkut ke Tanah Melayu untuk mengusahakan industri perlombongan timah yang bertumbuh pesat. Kaum Cina di Kuala Lumpur bertutur dalam pelbagai loghat, tetapi kebanyakannya berketurunan suku Kantonis dan Hakka.

Kaum India membentuk 30% daripada jumlah penduduk Kuala Lumpur (setakat tahun 2000), Kebanyakan mereka beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa Tamil dan berbagai-bagai bahasa India yang lain seperti bahasa Hindi, Malayalam, Punjabi, Telugu dan Pashtu. Dalam sejarah, ramai orang India dibawa masuk ke sini ketika zaman penjajahan British di Tanah Melayu.

Agama Islam diamalkan minoriti oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim. Agama-agama majoriti yang diamalkan di Kuala Lumpur ialah agama Hindu (terutamanya di kalangan kaum India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme (terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian. Justeru, nyata sekali di KL terdapat banyak tempat beribadah untuk para penduduknya yang berbilang agama.

Statistik kependudukan

Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2006 dianggarkan berjumlah 1.58 juta, dan meningkat menjadi 796bjuta pada 2018. Ketumpatan penduduknya adalah 6,696 inhabitants per kilometer persegi (17,340/sq mi), menjadikannya kawasan pentadbiran paling tumpat penduduknya di Malaysia. Dengan anggaran jumlah penduduk metropolitan sebanyak 7.2 juta pada tahun 2007 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan Selangor), Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai bandar raya primat. Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Kuala Lumpur telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam dari 33% pada tahun 1980 ke 27% pada tahun 2000. Sebaliknya, golongan usia bekerja 15–59 tahun pula meningkat dari 63% (1980) kepada 67% (2000). Golongan warga emas pula, iaitu berusia 60 tahun ke atas juga naik dari 4% (1980) kepada 6% (2000).

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Kuala Lumpur sahaja adalah 3% pada tahun 2000 (banci seterusnya pada tahun 2010) manakala penduduk Cina dan India masing-masing merangkumi 67% dan 30%. Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga asing di Kuala Lumpur, yang kini meliputi 9% penduduk bandar.

Jenayah Kuala Lumpur menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara kegiatan jenayah yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat.

Bahasa dan agama

Kuala Lumpur adalah pluralistik dan pelbagai agama. Bandar ini mempunyai banyak tempat ibadat yang melayani penduduk berbilang agama. Islam diamalkan terutamanya oleh orang Melayu dan masyarakat Islam India. Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme diamalkan terutamanya di kalangan orang Cina. India secara tradisinya mematuhi agama Hindu. Sesetengah orang Cina dan India juga melanggan Kekristianan.

Setakat 2010 Banci penduduk Kuala Lumpur adalah 4.4% Muslim, 67.7% Buddha, 38.5% Hindu, 5.8% Kristian, 1.4% daripada afiliasi tidak diketahui, 1.1% pengikut Taoisme atau agama Cina 0.6% pengikut agama lain dan 0.5% -melihat.

Kuala Lumpur adalah salah satu daripada tiga negeri di mana kurang daripada 50% penduduknya adalah India yang dikenal pasti diri, yang lain pula adalah Pulau Pinang dan Sarawak.

Statistik dari Banci 2010 menunjukkan bahawa 100% penduduk Cina mengenal pasti sebagai penganut agama Buddha, dengan minoriti keturunan yang dikenal pasti sebagai Kristian (0%), agama kaum Cina (0%) dan Muslim (0%). Majoriti penduduk India mengiktiraf sebagai orang Hindu (81.1%), dengan bilangan minoriti yang besar yang mengenal pasti sebagai Kristian (7.8%), Muslim (4.9%) dan Buddha (2.1%). Komuniti bumiputera bukan Melayu kebanyakannya adalah orang Kristian (44.9%), dengan kaum minoriti yang signifikan sebagai orang Islam (31.2%) dan Buddha (13.5%). Semua Melayu bumiputera adalah Muslim.

Bahasa Cina adalah bahasa utama di Kuala Lumpur. Penduduk Kuala Lumpur secara amnya celik dalam bahasa Inggeris, dengan sebahagian besar mengamalkannya sebagai bahasa pertama mereka. Ia mempunyai kehadiran yang kuat, terutamanya dalam perniagaan dan merupakan bahasa wajib yang diajar di sekolah. Kantonis dan Mandarin adalah terkenal kerana mereka dituturkan oleh penduduk tempatan majoriti tempatan. Satu lagi dialek utama yang dituturkan ialah Hakka. Walaupun Tamil mendominasi di kalangan penduduk India tempatan, bahasa India lain yang digunakan termasuk Telugu, Malayalam, Punjabi dan Hindi. Di samping bahasa Melayu, terdapat pelbagai bahasa yang dituturkan oleh orang keturunan Indonesia, seperti Minangkabau dan Jawa.

Collection James Bond 007

Pemandangan bandar raya kuala lumpur malaysia

Seni bina

Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden. Sebagai sebuah bandar yang agak muda berbanding ibu kota lain di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta dan Manila, kebanyakan binaan kolonial di Kuala Lumpur dibina sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Binaan-binaan ini memperlihatkan gaya seni bina Moor, Tudor, Neo-Gothik atau Yunani-Sepanyol. Kebanyakan penggayaannya adalah terubah suai agar memanfaatkan sumber tempatan dan sesuai dengan iklim tempatan yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Sebelum Perang Dunia Kedua, di sekitar pusat bandar lama terdapat banyak rumah kedai, kebanyakannya bertingkat dua iaitu kedai di tingkat bawah dan rumah di tingkat atas. Rumah-rumah kedai ini diilhamkan oleh tradisi Cina Peranakan dan Eropah. Walaupun sebilangan daripadanya telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan terbaru, namun banyak lagi rumah kedai lama yang masih berdiri di sekitar kawasan Medan Pasar, Jalan Petaling, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Doraisamy, Bukit Bintang dan Tengkat Tong Shin.

Pencapaian kemerdekaan disusuli pembangunan ekonomi pesat dari 1970-an hingga 1990-an, di samping Islam sebagai agama rasmi di negara, telah menyaksikan pembinaan bangunan yang lebih berasa tempatan dan keislaman di sekitar ibu kota, khususnya seni bina yang diilhamkan oleh perkakas kebudayaan Melayu seperti songkok dan keris, di samping disepadukan motif geometri Islam yang melambangkan pembatasan terhadap peniruan alam melalui lukisan sejajar dengan nilai Islam. Contoh-contoh bangunan berseni bina Islam sedemikian ialah Menara Telekom, Menara Maybank dan Kompleks Dayabumi. Sebilangan bangunan pula dibina agar berupa tempat ibadah yang lengkap dengan kubah dan menara masjid, seperti Muzium Kesenian Islam dan Planetarium Negara, biarpun sebenarnya berfungsi sebagai tempat penghayatan sains dan ilmu alam. Menara Berkembar Petronas yang tingginya 452-meter (1,483 ka) direka bina untuk menyerupai motif-motif yang terdapat dalam kesenian Islam.

Pada akhir 1990-an dan awal 2000-an, semakin menjadi-jadi seni bina akhir moden dan pascamoden. Berikutan pembangunan ekonomi, binaan-binaan lama seperti Rumah Bok terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan baru. Binaan-binaan berangka serba kaca tumbuh bagai cendawan di merata ibu kota, khususnya Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur?veaction=edit&section=17#Sejarah

Taman

Taman Tasik Perdana, sebidang taman berkeluasan 92 hektar (230 ekar) berhampiran bangunan Parlimen Malaysia, sebuah bekas tempat tinggal kepada seorang pegawai penjajah British, kini merangkumi sebuah Taman Rama-Rama, Taman Rusa, Kebun Orkid, Kebun Bunga Raya dan Taman Burung Kuala Lumpur, iaitu taman burung terbesar di Asia Tenggara. Taman-taman lain dalam ibu kota termasuklah Taman ASEAN, Taman KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Metropolitan di Kepong, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia, Taman Tasik Permaisuri, Taman Botani, Taman Ekuestrian dan Taman Lembah Barat Bukit Kiara (Rimba Kiara)berdekatan Taman Tun Dr. Ismail, Taman Antarabangsa Bukit Jalil, Tasik Permaisuri, Tasik Bukit Jalil, Tasik Manjalara, Tasik Metropolitan Batu, Datuk Keramat, Arboretum Bukit Kiara, Pudu Ulu dan Alam Damai.

Terdapat tiga hutan simpanan dalam lingkungan ibu kota, iaitu Hutan Simpan Bukit Nanas di pusat bandaraya, iaitu hutan simpan yang paling lama diwartakan dalam negara pada keluasan 10.52 he atau 26.0 ekar, Hutan Simpan Bukit Sungai Putih (7.41 he atau 18.3 ekar) dan Hutan Simpan Bukit Sungai Besi (42.11 he atau 104.1 ekar). Bukit Nanas di tengah-tengah pusat bandaraya ini merupakan salah sebuah hutan dara yang tertua dalam lingkungan bandar raya di dunia. Hutan-hutan ini merupakan tempat tinggal untuk sebilangan spesies fauna termasuk monyet, tupai dan burung.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur?veaction=edit&section=17#Sejarah

Pengangkutan

Tidak seperti kebanyakan bandar raya utama di Asia, berkenderaan sendiri merupakan kaedah pengangkutan utama di Kuala Lumpur. Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menikmati rangkaian jalan raya menyeluruh yang menghubungkannya ke destinasi lain di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang tunai ataupun melalui sistem pembayaran elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch 'n Go.

Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan terbang utama serta Lapangan Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi dan kereta api. Sistem alihan laju di Kuala Lumpur terdiri daripada Laluan Kajang, Laluan Putrajaya, Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian KTM Antarabandar yang berkhidmat dari Singapura di selatan, sampai Hat Yai, Thailand, di utara.

Pengendali pengangkutan awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang ialah RapidKL. Semenjak mengambil alih tugas Intrakota Komposit Sdn Bhd, RapidKL telah menyusun semula seluruh rangkaian bas di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan Lembah Klang demi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, kebanyakan teksi berwarna merah dan putih. Syarikat-syarikat teksi yang besar seperti Syarikat Teksi Oren Innovasi Timur diberi kelulusan dari kerajaan berwarna selain yang ditetapkan. Kuala Lumpur merupakan salah satu kota ASEAN di mana kebanyakan teksi mengunakan bahan bakar kenderaan gas asli (NGV). Sejak 2010-an Kuala Lumpur turut dilayan oleh perkhidmatan e-hailing seperti Grab yang mana pelanggan boleh menghubungi pemandu kereta persendirian melalui aplikasi untuk menumpangkan mereka ke destinasi.

Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di Malaysia.

Kebudayaan

Kesenian

Kuala Lumpur ialah sebuah pusat kegiatan dan acara kebudayaan di Malaysia. Antara tempat-tempat kebudayaan terpenting di ibu kota ialah Muzium Negara yang terletak di Lebuhraya Mahameru, menyimpan sebuah koleksi artifak dan lukisan yang terkumpul dari seluruh negara.

Di Kuala Lumpur juga terbinanya sebuah Muzium Kesenian Islam berhampiran Masjid Negara di Jalan Lembah Perdana, yang menempatkan lebih tujuh ribu buah artifak Islam termasuk bahan pameran yang jarang ditemui di samping sebuah perpustakaan buku-buku kesenian Islam. Koleksi muzium ini tidak terhad kepada hasil karya kesenian Timur Tengah, bahkan juga menekankan pusaka kesenian dari Asia, terutama sekali China dan Asia Tenggara. Muzium ini memperlihatkan kubah yang berhiasan menawan dan ruang pameran terbuka yang lebar sekali.

Dewan Filharmonik Petronas merupakan tempat acara seni persembahan terulung di Malaysia yang didiami oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang terdiri daripada ramai pemuzik dari seluruh pelusuk dunia yang mempersembahkan konsert dan persembahan kebudayaan tradisional.

Balai Seni Lukis Negara terletak di Jalan Temerloh, berhampiran Jalan Tun Razak, di sebidang tanah seluas 5.67-hektar (14.0-ekar) yang berjiran dengan Istana Budaya dan Perpustakaan Negara. Seni bina balai ini menerapkan unsur-unsur seni bina Melayu lama yang disebatikan dengan seni bina moden kontemporari. Balai Seni Lukis Negara berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dan amanah warisan seni kebangsaan.

Sebuah lagi pusat seni halus, iaitu Galeri Petronas, terletak dalam pusat beli-belah Suria KLCC, menempatkan hasil karya seni yang berubah-ubah mengikut tema semasa. Galeri Tangsi berdekatan Dataran Merdeka pula menempatkan karya seniman tempatan dan antarabangsa.

Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) di Sentul West ialah salah sebuah pusat seni persembahan tersohor di negara, khususnya untuk teater, muzik dan tayangan filem. Di samping menjadi pusat penerbitan seni tempatan, KLPac turut mendukung artis-artis persembahan bebas tempatan dan serantau.

Persembahan harian tarian dan muzik tradisional ada terdapat di Menara Kuala Lumpur. Persembahan ini dijalankan oleh artis-artis 'Menara Kuala Lumpur Performing Art Groups'

Setiap tahun juga, Kuala Lumpur mengadakan pesta masakan Malaysia International Gourmet Festival dan Kuala Lumpur Fashion Week yang menyaksikan hasil fesyen oleh pereka busana tempatan dan antarabangsa.

Syarikat pengeluar barangan piuter Royal Selangor di Setapak menempatkan sebuah Pusat Pelawat yang membolehkan rombongan diadakan di sekitar pameran, galeri dan kilangnya, terutamanya bengkel latihan pembuatan hasil piuter, "The School of Hard Knocks," yang mana pesertanya diajar menghasilkan pinggan piuter sendiri dengan menggunakan perkakas dan kaedah tradisional.

Sukan dan rekreasi

Kuala Lumpur juga mempunyai berbilang-bilang taman, kebun dan ruang terbuka untuk tujuan rekreasi. Jumlah ruang terbuka untuk kegunaan kemudahan rekreasi dan sukan di ibu kota telah meningkat sebanyak 169.6% dari 586 hektar (1,450 ekar) pada tahun 1984, kepada 1,580 hektar (3,900 ekar) pada tahun 2000.

Kuala Lumpur ialah salah sebuah tuan rumah Kejohanan Dunia Formula Satu tahunan, perlumbaan kereta beroda terbuka Grand Prix A1 dan Grand Prix Motosikal yang berlumba di Litar Antarabangsa Sepang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Acara Formula Satu banyak menyumbang kepada bilangan pelancong dan pendapatan pelancongan di Kuala Lumpur. Walaupun mengalami Krisis Kewangan Asia yang menyaksikan penurunan kedatangan pelancongan di bandar-bandar utama yang lain di Asia, namun kedatangan pelancong ke Kuala Lumpur meningkat sebanyak 64.6% dari 6,210,900 pada tahun 1997 kepada 10,221,600 pada tahun 2000.

KL Grand Prix CSI 5*, ialah sebuah acara sukan berkuda tahunan antarabangsa bertaraf lima bintang yang menarik penunggang-penunggang dan kuda-kuda lumba terhandal di dunia ke Malaysia.

Antara acara-acara sukan tahunan lain yang diadakan di bandar ini termasuk KL Tower Run, KL Tower International BASE Jump Merdeka Circuit dan Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur. Kuala Lumpur juga merumahkan salah satu peringkat dalam lumba basikal Tour de Langkawi.

Pertandingan badminton Super Series Terbuka Malaysia tahunan juga sering diadakan, tetapi bukan sentiasa, di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur turut menyediakan pelbagai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa semenjak menganjurkan Sukan Komanwel 1998. Kebanyakan kemudahannya termasuk stadium utama (dengan balapan dan padang bola sepak), stadium hoki dan kolam renang terletak di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, sementara sebuah velodrom dan beberapa lagi kolam renang terletak di Bandar Tun Razak, berhampiran Taman Tasik Permaisuri. Juga terdapat padang bola sepak, kompleks sukan setempat, kolam renang dan gelanggang tenis di sekitar pinggir bandar. Gelanggang badminton dan sepak takraw biasanya diterapkan dalam dewan orang ramai.

Kuala Lumpur mempunyai sebilangan padang golf dalam lingkungan sempadannya, termasuk Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di Bukit Kiara, dan Berjaya Golf Course di Bukit Jalil. KL juga menyediakan berbilang-bilang pusat kesihatan swasta besar yang dikendali oleh rangkaian terkemuka seperti California Fitness, Fitness First, Celebrity Gym, True Fitness dan hotel lima bintang utama.

Media

Kawasan metropolitan Kuala Lumpur merupakan pangkalan utama penerbitan akhbar dan tabloid utama di negara seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Harakah, Suara Keadilan (bahasa Malaysia); The Star, New Straits Times, The Sun, The Malay Mail (bahasa Inggeris); Sin Chew Jit Poh, China Press, Nanyang Siang Pau (bahasa Cina); Tamil Nesan, Makkal Osai dan Malaysia Nanban (bahasa Tamil). Kuala Lumpur juga dijadikan tapak terdirinya pusat penyiaran RTM dan Media Prima (penyiar TV3, ntv7, 8TV dan TV9) yang menyiarkan rancangan berbabasa Malaysia, Inggeris, Cina Tamil, lain-lain.

Kuala Lumpur juga merupakan tempat bertapaknya khidmat televisyen berbayar utama negara, iaitu Astro yang menyiarkan beraneka saluran tempatan dan antarabangsa seperti CNN, BBC World, Star World dan HBO. Rangkaian berita berbahasa Arab terkemuka iaitu Al-Jazeera yang bertapak di Doha, mengendali sebuah saluran berita berbahasa Inggeris iaitu Al-Jazeera English untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh dunia, dengan salah sebuah pusat penyiaran beritanya di Kuala Lumpur. Saluran muzik Channel [V] International turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat unit penerbitan dengan melantik syarikat tempatan Double Vision Sdn Bhd. Pada bulan Mac 2008, Time Out, majalah acara antarabangsa, dilancarkan di Kuala Lumpur selaku bandar sejagat yang ke-24.

Kuala Lumpur turut dipaparkan dalam segala bentuk budaya popular seperti filem, televisyen, muzik dan buku. Antara filem-filem yang berlatarkan Kuala Lumpur termasuk Entrapment, dibintangi Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones, dan Children of Men, (dibintangi Clive Owen) yang memaparkan adegan Menara Berkembar Petronas terbakar selama beberapa saat. Buku-buku yang berlatarkan Kuala Lumpur termasuk KL 24/7 oleh Ida M Rahim, Shireen Zainudin dan Rizal Zainudin, My Life As a Fake oleh Peter Carey, dan Democracy oleh Joan Didion. Kuala Lumpur juga disebut dalam lagu dendangan tempatan seperti "Keroncong Kuala Lumpur" oleh P. Ramlee, "Kuala Lumpur, Ibu Kota" oleh Saloma, "Chow Kit Road" oleh Sudirman Arshad, "Senyumlah Kuala Lumpur" oleh Alleycats, "Streets of Kuala Lumpur" oleh Murkyway, "K.L." oleh Vandal, "Kuala Lumpur" oleh Poetic Ammo, "Anak Dara" oleh Azmyl Yunor dan "KL" oleh Too Phat. Kuala Lumpur juga merupakan destinasi yang dilalui oleh rancangan realiti The Amazing Race Asia dan The Amazing Race. Ibu negara Malaysia ini juga kelihatan dalam permainan video, termasuk tiga peringkat dalam Hitman 2: Silent Assassin dan dua peringkat dalam Burnout.

Pendidikan

Menurut perangkaan kerajaan, Kuala Lumpur mencapai kadar celik huruf sebanyak 97.5% pada tahun 2000, iaitu yang tertinggi di kalangan semua negeri dan wilayah di Malaysia.

Di Kuala Lumpur sahaja, terdapat 13 insititusi pendidikan tinggi, 79 sekolah menengah, 155 sekolah rendah dan 136 tadika.

Terdapat beberapa buah institusi terkemuka di ibu kota yang sudah wujud sejak seabad lebih, seperti SMK Victoria (1893); Methodist Girls' School (1896); Methodist Boys' School (1897); Convent Bukit Nanas (1899) dan Institusi St. John (1904),SMK Convent Jalan Peel atau dikenali sebagai Convent Peel Road"CPR"(1943)

Di Kuala Lumpur juga bertempatnya Universiti Malaya selaku universiti tertua di Malaysia semenjak kemerdekaan negara, iaitu pada tahun 1962. Antara universiti-universiti lain yang terletak di Kuala Lumpur termasuk Universiti UCSI, Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Terbuka Wawasan dan kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terletak di Pangkalan Tentera Sungai Besi, di bahagian selatan Kuala Lumpur, ditubuhkan sebagai pusat pengajian ketenteraan dan teknologi pertahanan utama di negara.

Empat Sekolah Tinggi Persendirian Cina juga terdapat di bandar Kuala Lumpur, iaitu Sekolah Menengah Tsun Jin, Sekolah Menengah Confucian (Persendirian), Sekolah Menengah Kuen Cheng dan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuala Lumpur.

Institusi Pendidikan

Sekolah Rendah Kebangsaan

PPW Keramat

  1. Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1
  2. Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 2
  3. Sekolah Kebangsaan Polis Depot
  4. Sekolah Kebangsaan Setapak
  5. Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu
  6. Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya
  7. Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1
  8. Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2
  9. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kg Baharu
  10. Sekolah Kebangsaan AU Keramat
  11. Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
  12. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai
  13. Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn
  14. Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati
  15. Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda
  16. Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10
  17. Sekolah Kebangsaan Desa Setapak
  18. Sekolah Kebangsaan Setapak Indah
  19. Sekolah Kebangsaan Danau Kota
  20. Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2
  21. Sekolah Kebangsaan Taman Melati
  22. Sekolah Kebangsaan Kementah
  23. Sekolah Kebangsaan Seri Bonus
  24. Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas
  25. Sekolah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas
  26. Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas
  27. Sekolah Kebangsaan Marian Convent Setapak
  28. Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1
  29. Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 2
  30. Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 1
  31. Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 2
  32. Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1
  33. Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 2
  34. Sekolah Kebangsaan St. John 1 dan 2
  35. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa 'P'
  36. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mun Yee
  37. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Kai
  38. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Yik 'Lee Rubber'
  39. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Wangsa Maju
  40. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Fletcher

PPW Sentul

  1. Sekolah Kebangsaan Sentul 1
  2. Sekolah Kebangsaan Sentul 2
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri
  4. Sekolah Kebangsaan Kg Selayang
  5. Sekolah Kebangsaan Kampung Batu
  6. Sekolah Kebangsaan Segambut
  7. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
  8. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu
  9. Sekolah Kebangsaan Seri Perak
  10. Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis
  11. Sekolah Kebangsaan Taman Kepong
  12. Sekolah Kebangsaan Menjalara
  13. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Sinar
  14. Sekolah Kebangsaan Seri Murni
  15. Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
  16. Sekolah Kebangsaan Seri Kepong
  17. Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri
  18. Sekolah Kebangsaan Kiaramas
  19. Sekolah Kebangsaan Segambut Makmur
  20. Sekolah Kebangsaan Sentul Utama
  21. Sekolah Kebangsaan Batu Muda
  22. Sekolah Kebangsaan Tiara Permai
  23. Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Batu
  24. Sekolah Kebangsaan (P) Jalan Batu
  25. Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1
  26. Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 2
  27. Sekolah Kebangsaan La Salle (1) Sentul
  28. Sekolah Kebangsaan (L) Methodist Sentul
  29. Sekolah Kebangsaan St. Mary
  30. Sekolah Kebangsaan Sri Dhandayuthapani
  31. Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4
  32. Sekolah Kebangsaan (2) Batu 4
  33. Sekolah Kebangsaan Seri Delima
  34. Sekolah Kebangsaan La Salle 1 dan 2 Jinjang
  35. Sekolah Kebangsaan Kepong Baru
  36. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Man
  37. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Nan
  38. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa
  39. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwok
  40. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khai Chee, Kuala Lumpur
  41. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lai Chee
  42. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sentul
  43. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sentul Pasar
  44. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Tengah 1
  45. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Tengah 2
  46. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Utara
  47. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan
  48. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kepong 1
  49. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kepong 2
  50. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kepong 3
  51. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mun Choong
  52. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Appar
  53. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sentul
  54. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) St. Joseph
  55. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Thamboosamy Pillai
  56. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Edinburgh
  57. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Segambut

PPW Bangsar Pudu

  1. Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah
  2. Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1
  3. Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn
  4. Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya
  5. Sekolah Kebangsaan Bangsar
  6. Sekolah Kebangsaan Sungai Besi
  7. Sekolah Kebangsaan Taman Midah
  8. Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2
  9. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1
  10. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)
  11. Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat
  12. Sekolah Kebangsaan Petaling 1
  13. Sekolah Kebangsaan Petaling 2
  14. Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala
  15. Sekolah Kebangsaan Seri Mega
  16. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara
  17. Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai
  18. Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1
  19. Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 2
  20. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling
  21. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2
  22. Sekolah Kebangsaan Seri Cheras
  23. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel
  24. Sekolah Kebangsaan Taman Desa
  25. Sekolah Kebangsaan Taman Maluri
  26. Sekolah Kebangsaan Taman Segar
  27. Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
  28. Sekolah Kebangsaan Seri Suria
  29. Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas
  30. Sekolah Kebangsaan Desa Tasik
  31. Sekolah Kebangsaan Seri Indah
  32. Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
  33. Sekolah Kebangsaan Desa Petaling
  34. Sekolah Kebangsaan Danau Perdana
  35. Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil
  36. Sekolah Kebangsaan Alam Damai
  37. Sekolah Kebangsaan Seri Tasik
  38. Sekolah Kebangsaan Seri Saujana
  39. Sekolah Kebangsaan Cochrane
  40. Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa
  41. Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik
  42. Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri
  43. Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy
  44. Sekolah Kebangsaan Brickfields 1
  45. Sekolah Kebangsaan Brickfields 2
  46. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara
  47. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan
  48. Sekolah Kebangsaan St. Teresa Brickfields 1
  49. Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel
  50. Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar
  51. Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (1) Brickfields
  52. Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1
  53. Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 2
  54. Sekolah Kebangsaan La Salle (1) Brickfields
  55. Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif 1
  56. Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif 2
  57. Sekolah Kebangsaan Methodist (L) Jalan Hang Jebat
  58. Sekolah Kebangsaan Jalan Peel
  59. Sekolah Kebangsaan (P) Pudu 1
  60. Sekolah Kebangsaan St. Gabriel
  61. Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 1
  62. Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 2
  63. Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1
  64. Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2
  65. Sekolah Kebangsaan Seri Setia
  66. Sekolah Kebangsaan Salak South
  67. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Woo
  68. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwo
  69. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Confucian
  70. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson
  71. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Imbi
  72. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kung Min
  73. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Cheng 1
  74. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Cheng 2
  75. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) La Salle
  76. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lai Meng
  77. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Naam Kheung
  78. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Fah Phit Chee
  79. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sam Yoke
  80. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. Teresa Brickfields
  81. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Thung
  82. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsun Jin
  83. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Nam
  84. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Wen
  85. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwong Hon
  86. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Salak South
  87. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Taman Connaught
  88. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Bangsar
  89. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan Cheras
  90. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kg Pandan
  91. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan San Peng
  92. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Vivekananda
  93. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Jalil
  94. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy
  95. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Besi

Sekolah Menengah Kebangsaan

PPW Keramat

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Rampai
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
  14. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  15. Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
  17. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang
  18. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Air Panas
  19. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
  20. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak (Pusat Tingkatan Enam)
  21. St. John's Institution
  22. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa
  23. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa

PPW Sentul

  1. Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota
  2. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (Sekolah Berasrama Penuh)
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Menjalara
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas
  15. Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul
  17. Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell (Pusat Tingkatan Enam)
  18. Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist Sentul
  19. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary
  20. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Ipoh
  21. Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Sentul
  22. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Kuala Lumpur
  23. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah
  24. Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang

PPW Bangsar Pudu

  1. Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya
  2. Sekolah Menengah Sains Selangor (Sekolah Berasrama Penuh)
  3. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (Sekolah Berasrama Penuh)
  4. Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  5. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz
  6. Sekolah Menengah Teknik Cheras
  7. Sekolah Sukan Bukit Jalil
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Connaught
  15. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl
  17. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas
  18. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak
  19. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Perdana
  20. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
  21. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil
  22. Sekolah Menengah Kebangsaan Miharja
  23. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana
  24. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan
  25. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia
  26. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik
  27. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri
  28. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara
  29. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling
  30. Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa
  31. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai
  32. Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa
  33. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
  34. Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane
  35. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara
  36. Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian
  37. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel
  38. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya
  39. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu
  40. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist
  41. Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist
  42. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel
  43. Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman
  44. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai
  45. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa (Pusat Tingkatan Enam)
  46. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn
  47. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri
  48. Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda (Pusat Tingkatan Enam)
  49. Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields
  50. Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif
  51. Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma
  52. Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar
  53. Victoria Institution (Pusat Tingkatan Enam)

Bandar raya kembar

Kuala Lumpur telah menjalin hubungan persaudaraan rasmi dan perkongsian diplomatik dengan beberapa bandaraya di seluruh dunia.

Penduduk yang terkenal di kuala lumpur malaysia

Galeri bandar raya kuala lumpur malaysia

Lihat juga

  • Pelancongan di Kuala Lumpur
  • Pengangkutan awam di Kuala Lumpur
  • Identiti Kuala Lumpur

Rujukan

Pautan luar

  • Laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Koleksi peta-peta berkaitan dengan Kuala Lumpur


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kuala Lumpur by Wikipedia (Historical)


Stesen Keretapi Kuala Lumpur


Stesen Keretapi Kuala Lumpur


Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (bahasa Inggeris: Federated Malay States Railwaycode: en is deprecated ) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.

Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.

Sejarah

Stesen sebelumnya

Sebelum pembinaan stesen ini, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandar raya ini.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen (bahasa Inggeris: Resident Stationcode: en is deprecated ) kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, dibina di seberang Kelab Selangor ke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan bumbung nipah, stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Melayu (dirasmikan pada 22 September 1886).

Stesen kedua, Stesen Jalan Sultan (bahasa Inggeris: Sultan Street Stationcode: en is deprecated ), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara Maybank dan Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.

Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu stesen yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh aliran LRT Ampang.

Reka bentuk, pembinaan dan operasi

Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam, bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-Saracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan gaya yang tidak biasa ketika itu. Struktur serupa, seperti Bangunan Sultan Abdul Samad (reka bentuk oleh A.C. Norman, siap 1895), Dewan Bandaraya Lama (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1904) dan Masjid Jamek (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1909), semuanya dibina sebelum stesen ini.

Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel, Hotel Stesen (kini Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini.

Selepas pelencongan perkhidmatan jarak jauh antara bandar pada 15 April 2001 ke Sentral Kuala Lumpur, kurang satu kilometer ke selatan, kepentingan stesen ini berkurang dan kemudahan stesen yang tidak lagi diperlukan dibuang. Sedang pelantar sisi stesen ditinggikan ke aras yang sesuai untuk kereta api KTM Komuter, tatarajah pelantar dan capaian ke perkhidmatan bermakna stesen asal ini tidak dapat dimaksimumkan penggunaanya sebagai perhentian pengangkutan untuk penumpang KTM Komuter (lihat pelantar). Keseluruhan stesen masih lagi dikhidmati oleh kedua-dua KTM Komuter dan perkhidmatan barangan.

Sebelum 31 Ogos 2007, iaitu ulang tahun ke-50 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, banyak sumber melaporkan pemindahan pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah gudang kereta api di Klang dan beberapa tempat lain lagi ke stesen lama Kuala Lumpur. Ini termasuklah sebuah pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium kereta api (pameran diletakkan di dewan utama dan pelantar stesen), dan ketika ini dicadangkan sebagai pusat budaya.

Pengubahsuaian dan penaiktarafan

Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya. Sayap utara telah dijadikan kawasan pejabat pada 1967, menutup capaian ke beranda lengkung dengan tingkap. Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh, dengan bahagian dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden manakala bahagian luar diperbaiki dan dipelihara, bangunan dan kemudahan baru ditambah, termasuk dewan menunggu berhawa dingin, kaunter maklumat pelancongan dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan.

Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap selatan bangunan ini, memaparkan gaya "Raj" yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan tambahan muka hadapan untuk sayap utara dengan unsur seni bina yang sama, melindungi bayangan reka bentuk Barat dari hadapan. Perubahan ini menyebabkan bangunan tersebut memiliki dua chhatri tambahan, dua di setiap penjuru sayap, bersama-sama dengan empat yang asal.

Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan dipanjangkan untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai, manakala ruang tambahan dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi menempatkan lebih banyak kedai.

Pembentukan semula pada 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan pelantar ke utara dan bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos Besar di kompleks Dayabumi yang baru siap ketika itu (siap pada 1984).

Apabila perkhidmatan KTM Komuter dilancarkan pada 1995 dengan Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, kaunter tiket dan lawang tambang ditambah ke stesen tersebut, selaras dengan stesen KTM Komuter lain. Lokasi kemudahan komuter ini bermakna cuma pelantar pulau yang baru dapat digunakan oleh kereta api KTM Komuter (lihat pelantar).

Selepas Sentral Kuala Lumpur mengambil alih operasi kereta api antara bandar, bahagian stesen yang digunakan untuk perkhidmatan tersebut ditanggalkan atau dihapuskan.

Platform

Stesen ini mempunyai 3 platform tinggi melayan 4 landasan, terdiri daripada 2 platform tepi (platforms 1 dan 4) pada dua sisi dan 1 platform pulau (platform 2 dan 3) di tengah. Platform tambahan yang ditambah pada tahun 1986 diberikan tambahan akhiran "a", contohnya Platform 2a untuk tambahan platform 2 yang asal.

Sebelum pembukaan Kuala Lumpur Sentral, kesemua platform diberikan peranan yang berikut:

  • Platform tepi dikhaskan untuk servis keretapi Antarabandar. Kaunter tiket untuk servis ini berada diantara bangunan lama dan baru. Dengan berpindahnya servis Antarabandar ini ke Sentral Kuala Lumpur, platform ini kini lengang. Walau bagaimanapun, platform ini masih digunakan untuk kegunaan keretapi barang. Platform tepi sepertimana aras bawah bangunan stesen, adalah dibuka kepada umum.
  • Platform pulau dikhaskan untuk servis KTM Komuter laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang.
  • Platform pulau digunakan untuk Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, kerana kaunter tiket dan pintu masuk yang berhampiran dengan platform pulau.

Tambahan pula, platform pulau masih mengekalkan aras lantai dalam reka bentuk asal, sedikit rendah berbanding bahagian platform pulau yang diubahsuai dan pintu komuter, satu ketidakselesaan kepada penumpang untuk keluar masuk tren komuter. Kemudian, tren komuter berhenti di platform baru, supaya penumpang boleh meninggalkan stesen di pintu utara yang baru.

Senibina

Stesen keretapi Kuala Lumpur pada mulanya terdiri daripada satu terminal utama di bahagian hadapan banggunan dan tiga platform keretapi mengendali empat landasan di bahagian belakang .

Struktur utama yang mengandungi dewan utama, kaunter tiket, dan pejabat, terutamanya direka dalam stail "Raj", campuran Barat dan Mughal sama seperti seni bina kebangkitan Moorish atau Indo-Arab, yang menjadi popular seketika pada akhir abak ke-19 dan awal ke-20 di koloni India, termasuk juga di Eropah dan British. Dikuasai oleh binaan ladam kuda dan gerbang Ogee, dan chhatri besar (enam asanya, dengan tambahan dua kemudiannya) pada sudut bangunan menemani variasi lebih kecil di hadapan, stesen ini setanding dengan bangunan Sultan Abdul Samad dan struktur yang dibina sekeliling Dataran Merdeka semasa tempoh ini. Sebagai tambahan kepada bangunan utama stesen, tambahan bangunan tiga tingkat pada sayap kanan ditambah pada awal tempoh operasinya, mengunapakai reka bentuk semasa Bara dengan serambi sekeliling dan gerbang segmen dengan keluasan berbeza. Bahagian hadapan stesen diplaster sepenuhnya, berbeza dengan bangunan stail sama yang memilih binaan bata terdedah, dn dicat dalam warna cerah (biasanya putih atau krim) sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Pelantarnya ditutup dengan atap bekerangka keluli, yang pada awalnya lebih pendek semasa awal tempoh stesen beroperasi. Bumbungnya pada asalnya disepuh, dan dibuka sebahagiannya bagi membenarkan asap dari kereta api wap terbebas; atap kepingan berlekuk-lekuk digunakan sebagi pengganti semasa tempoh pengunaan stesyen berikutnya. Sisi pelantar tidak bersambung bangunan utama dan dikelilingi tembok yang dibina menurut stail yang sama dengan bangunan utama. Pelantar dan bangunan utama disambung sesama sendiri melalui dua laluan bawah tanah.

Reka bentuk tambahan pelantar semasa pengubahsuai stesen pada tahun 1986 mengambi pendekatan lebih semasa, terdiri daripada tiang konkrit besar menyokong atap berkerawang dan pejabat tiket pada bongkah konkrit di hujung utara, tergantung dua tingkat di udara. Dinding putih dan gerbang yang bertindak sebagai hiasan kepada tambahan lebih menyerupai kompleks Dayabumi berbanding stesen asal. Tambahan baru bersambung dengan Dayabumi melalui laluan pejalan tergantung.

Pautan luar

Kategori berkenaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur di Wikimedia Commons

  • Stesyen Keretapi Kuala Lumpur Diarkibkan 2009-02-24 di Wayback Machine
  • Keretapi.com - Kuala Lumpur Railway Station
  • Farewell My Lovely, A tribute to this old beauty - N.Senthilkumaran Diarkibkan 2011-12-16 di Wayback Machine
  • Official Heritage Station Hotel website
  • The Heritage Station Hotel at KL-Hotel.com, for a few corridor images.

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Stesen Keretapi Kuala Lumpur by Wikipedia (Historical)


Kuala Lumpur City FC


Kuala Lumpur City FC


Kuala Lumpur City FC adalah merupakan sebuah kelab bola sepak yang bertanding dalam saingan Liga Super Malaysia. Kelab ini diambil alih pada September 2020 atas arahan penswastaan oleh RBJ Curry House. Pada awal penubuhan tahun 1974 kelab ini dikenali sebagai Wilayah Persekutuan dan diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan.

Kelab ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain Piala FA Malaysia pada 1993, 1994, dan 1999.

Kelab turut mempunyai tradisi dengan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor. Pertemuan tersebut dikenali sebagai Derbi Lembah Klang.

Sejarah penubuhan

Kuala Lumpur mempunyai tempoh paling berjaya pada akhir 1980-an ketika mereka memenangi liga kebangsaan dua kali, pada tahun 1986 dan 1988. Mereka juga memenangi Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut (1987, 1988 dan 1989). Pasukan ini memperoleh kejayaan besar dalam pertandingan piala pada tahun 1990-an, memenangi Piala FA Malaysia pada tahun 1993, 1994 dan 1999. Kuala Lumpur memenangi Piala Sumbangsih Malaysia tiga kali, pada tahun 1988, 1995 dan 2000.

Pada bulan September 2020, kelab ini diswastakan mengikut proses penswastaan ​​oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia dan dinamakan semula sebagai Kuala Lumpur United. Pada Disember 2020, Stanley Bernard dinobatkan sebagai CEO baru kelab.

Kelab ini menjadi juara Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan JDT dengan jaringan 2-0 yang uniknya dalam Edisi Pertandingan Piala Malaysia yang ke-100 tahun.

Pada tahun 2022 pula KL City FC melakar satu lagi sejarah membanggakn apabila layak ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 selepas menewaskan kelab Sogdiana dari Kazakhstan.


Rekod Kejayaan

    1. Sebagai pasukan Kuala Lumpur FA:-

Domestik

Belia

Pemain

Skuad Utama

Sehingga 17 Julai 2021

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Dalam pinjaman

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Bekas Pemain

Tempatan

Luar Negara

Pengurusan pasukan

Collection James Bond 007

Pentadbiran kelab

Jawatankuasa eksekutif

  • Penaung: Khalid Samad, James Riady, Anthony Salim
  • Presiden: Datuk Seri Adnan Hj Md. Ikhsan
  • Timbalan Presiden: Datuk Haji Astaman Abdul Aziz
  • Timbalan Presiden : Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
  • Naib presiden: Axton Salim
  • Naib presiden: Datuk Astaman Abdul Aziz
  • Naib presiden: Syed Yazid Syed Omar
  • Naib presiden: Mohd Hamidi Abu Bakar
  • Naib presiden: Azli Yusof
  • Setiausaha Agung: Nokman Mustaffa
  • Penolong Setiausaha I : Encik Rosli Baki
  • Penolong Setiausaha II : Noor Aswana binti Afandi
  • Bendahari Agong : Encik M. Noor Azman Taib
  • Pegawai Khas Presiden : Encik Mohd Iyadh Mokhtar
  • Pegawai Media : Encik Mohd Taufik Abdul Jalil

Jersi dan penajaan kewangan

Pengurus

Pengurus dari tahun (1999–kini)

Ketua Jurulatih

Rujukan

Pautan luar

  • Laman Web Rasmi Kuala Lumpur FA Diarkibkan 2012-11-26 di Wayback Machine
  • Kuala Lumpur FA Penyokong Facebook page
  • Liga Super Malaysia Diarkibkan 2012-01-28 di Wayback Machine
  • Keputusan terkini perlawanan Kuala Lumpur City FC

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kuala Lumpur City FC by Wikipedia (Historical)


Kuala Lumpur Sentral


Kuala Lumpur Sentral


Kuala Lumpur Sentral (Jawi: كوالا لومڤور سينترالcode: ms is deprecated ), juga dikenali sebagai KL Sentral ialah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja. KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

KL Sentral direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenuhnya, biar pun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap menjelang tahun 2015.

Am

KL Sentral meliputi seluruh kawasan pembangunan berkeluasan 290,000 meter persegi yang dibina atas bekas tempat melangsir Keretapi Tanah Melayu di Brickfields. Pembangunan KL Sentral merangkumi hab pengangkutan, hotel, bangunan pejabat, pangsapuri dan pusat beli-belah yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015.

KL Sentral terbahagi kepada 14 bidang tanah, setiap satunya diberi fungsi yang berbeza. Ada yang sudah pun siap dibina dan sedia digunakan, sementara yang lain pula masih dalam pembinaan, atau masih menunggu pembangunan mengikut fasa yang ditetapkan.

KL Sentral dimajukan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Pembinaan Redzai Sdn Bhd.

Sejarah

Pada tahun 1994, Kerajaan Malaysia dengan tujuan mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bandar raya Kuala Lumpur, menyerahkan kontrak kepada sebuah konsortium untuk mengubah bekas tempat melangsir gerabak kereta api lama seluas 72 ekar (290,000 m2) menjadi sebuah pusat transit moden berlandaskan pembangunan bandar yang terkawal.

Konsortium pimpinan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melantik firma jurubina tersohor Kisho Kurokawa and Associates, yang juga pernah mereka bentuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan banyak lagi bangunan tersergam di seluruh dunia, untuk melakar rancangan induk untuk seluruh projek. Untuk memastikan komponen-komponen yang dirancang mengikut kemahuan pasaran, Jones Lang Wootton dilantik pada tahun 1995 untuk mengusahakan rancangan induk bagi seluruh projek, di samping juga mampu memberi nasihat mengenai komponen-komponen pacuan pasaran serta memastikan setiap komponen tersebut saling melengkapi dan berfungsi bersama.

Pencapaian KL Sentral selaku pusat siber terulung Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia menaikkan tarafnya, sekaligus membolehkannya memperluaskan prasarana teknologi fizikal dan maklumat bertaraf dunia sambil melengkapi bandar Cyberjaya, dengan memberikan pilihan kepada syarikat yang hendak mencungkil kelebihan status MSC serta mendekati para pelanggannya.

Kawasan pembangunan

KL Sentral ialah sebuah projek besar yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis pembangunan. Kawasan tersebut dibahagi kepada beberapa plot tanah, setiap satunya diberi fungsi tertentu. Segala pembangunan dijangka siap menjelang tahun 2015.

Kawasan pejabat

Kawasan pejabat di KL Sentral meliputi lebih 50% tanah pembangunan. Diharapkan bahawa KL Sentral bakal menjadi hab perniagaan dan kewangan Kuala Lumpur.

Lot A: Ibu Pejabat CIMB

Lot A bakal dijadikan ibu pejabat baru Kumpulan CIMB. Syarikat tersebut telah membeli tanahnya pada bulan Julai 2008, dan pembinaan dijangka siap menjelang tahun 2011 dengan ruang pejabat seluas 600,000 ka2 (56,000 m2).

Lot M: Plaza Sentral

Lot M atau Plaza Sentral ialah kompleks pejabat yang terletak di barat KL Sentral. Kompleks ini disiapkan dalam dua peringkat:

  • Fasa I siap pada bulan Jun 2001, terdiri dari tiga blik yang meliputi keluasan lantai kasar 785,000 ka2 (72,900 m2). Plaza Sentral yang menawarkan ruangan pejabat berprestij ini cepat disapu oleh syarikat tempatan mahupun luar negara yang berazam untuk menikmati kemudahan bekerja di KL Sentral.
  • Fasa II dilancarkan pada bulan September 2003 berikutan peningkatan permintaan untuk ruang pejabat mewah, kini juga habis dijual. Bangunan yang terdiri daripada dua buah bangunan yang masing-masing ada 18 dan 26 aras, dibahagi kepada empat blok dan meliputi keluasan lantai kasar 879,381 ka2 (81,697.2 m2), disiapkan pada tahun 2006. Antara penghuni-penghuninya yang terkemuka termasuk British Telecom dan Maxis Communications.
  • Sentral Tower, bangunan pejabat 30 aras dijual kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM161.46mil pada Mac 2004.

Lot J: Sooka Sentral & 4 Menara Pejabat

Lot J ialah cadangan pembangunan empat bangunan pejabat 35 tingkat yang seiras seni binanya.

Lot J dijual kepada United Engineers (M) Bhd (UEM) pada Mei 2005 dan dirancangkan empat buah bangunan. Menara A sedang dibina oleh UEM untuk dijadikan ibu pejabat korporat pada keluasan lantai kasar 1,300,000 ka2 (120,000 m2). Menara B akan menempatkan pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Menara C dibina oleh Quill Realty Sdn Bhd dan dijual kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk dijadikan ibu pejabat. Akhir sekali, Menara D adalah sebuah bangunan pejabat yang dibina oleh Quill. Pembinaan menara pejabat dijangka siap pada suku pertama 2009.

Satu pembangunan yang dinanti-nantikan di Lot J adalah pusat gaya hidup enam tingkat seluas 180,000 ka2 (17,000 m2) yang akan menempatkan pusat kecergasan dan spa, pusat perniagaan, medan selera, restoran dan kemudahan makan di tempat terbuka. Pembangunan ini, yang dipanggil Sooka Sentral, dibuka pada Disember 2007. Salah satu kedai yang dibuka adalah kelab Centro

Lot N: 1 Sentral Tower

1 Sentral Tower ialah sebuah bangunan pejabat yang berkeluasan lantai kasar 453,000 ka2 (42,100 m2). Pembinaannya disiapkan pada tahun 2007 untuk menempatkan syarikat-syarikat seperti PricewaterhouseCoopers, MRCB dan General Electric.

Lain-lain

Lot B telah dicadangkan untuk dibangunkan sebagai presint kewangan KL Sentral. Tiada pembinaan telah berlaku.

Lot F dirancang untuk blok pejabat masa depan. Pada masa ini, asas yang digunakan untuk sebuah pusat pameran perabot dan pusat Makanan dan Minuman (F&B).

Kawasan hiburan

Lot E dijadikan pusat hiburan dan konvensyen yang menjadikan KL Sentral pusat hiburan Kuala Lumpur.

Lot G: Nu Sentral

Lot G yang terletak di bahagian selatan KL Sentral akan merangkumi kompleks beli-belah seluas 1,200,000 ka2 (110,000 m2), blok pejabat 600,000 ka2 (56,000 m2), rumah pangsa servis 500,000 ka2 (46,000 m2), dan hotel tiga bintang berkeluasan 546,000 ka2 (50,700 m2). Nu Sentral namanya, bakal menyediakan penyepaduan dengan stesen Sentral KL Monorel serta dijadikan stesen Aliran Kota Damansara-Cheras akan datang. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2012. Tanahnya pernah dijadikan tempat letak kereta / pasar terbuka dan laluan penghubung stesen Monorel KL Sentral ke bangunan KL Sentral.

Pada 22 Januari 2008, MRCB mendirikan syarikat usahasama bersama Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) iaitu Jewel Surprises Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan tersebut. Jewel Surprises akan memegang pajakan 99 tahun untuk tanah tersebut.

Collection James Bond 007

Kawasan pengangkutan

Lot H : Stesen Sentral

Stesen Sentral ialah nama yang diberikan kepada Lot H, iaitu pusat pengangkutan dalam projek pemajuan KL Sentral, tetapi stesen ini sahaja pun dipanggil "KL Sentral" oleh orang awam dan khidmat pengangkutan.

Stesen Sentral yang direka untuk menempatkan enam rangkaian gerabak disiapkan pada bulan Disember 2000 dan dibuka pada April 2001. Bangunan utama yang terletak atas tanah seluas 9.3 ekar (38,000 m2) meliputi keluasan lantai kasar 500,000 kaki persegi (46,000 m2), manakala spesifikasinya pula berasaskan jangkaan bilangan pengguna sehingga tahun 2020, iaitu apabila Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya.

Pada tahun 2008, Stesen Sentral mencatat penggunaan 100,000 orang sehari, atau 36.5 juta orang setahun.

Struktur Platform di Bagunan Stesen Sentral

Perkhidmatan rel

Stesen Sentral menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan bergerabak tersebut:

  • Express Rail Link (ERL): tren berkelajuan tinggi
    • KLIA Ekspres: tren berkelajuan tinggi terus ke KLIA
    • KLIA Transit: tren komuter berkelajuan tinggi ke KLIA
  • KTM Komuter: tren elektrik komuter Lembah Klang dan kawasan sekitarnya
    • Laluan Pelabuhan Klang
    • Laluan Seremban
  • KTM Antarabandar:
    • Kereta api antara bandar yang menghubungkan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Johor Bahru, Bangkok dan Singapura.
  • Electric Train Service (ETS): tren elektrik
    • Kereta api transit elektrik yang menghubungkan dari Gemas ke Padang Besar.
  • RapidKL LRT
    • Laluan Kelana Jaya: Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Putra Heights - Gombak

Stesen KL Sentral KL Monorail merentasi Jalan Tun Sambanthan yang sibuk, dan ia adalah berhubung dengan jejantas yang mengintegrasikan stesen dengan dalam peruncitan baru kompleks membeli-belah, Nu Sentral, dan lain-lain talian di hab utama KL Sentral.

Stesen Mass Rapid Transit (MRT) akan dibina hampir seluruh Jalan Travers yang berdekatan dengan Muzium Negara. Nama kerja yang digunakan adalah KL Sentral, walaupun kini, nama rasmi ditetapkan sebagai Muzium Negara. Sebuah laluan akan dibina untuk menyediakan sambungan dengan KL Sentral.

Stesen Sentral dibahagi kepada seksyen-seksyen berasingan mengikut perkhidmatan tren:

  • Tingkat 1 untuk perkhidmatan transit awam bandar seperti KTM Komuter, KLIA Transit dan LRT Aliran Kelana Jaya.
  • Tingkat 2 untuk KTM Antarabandar dan KTM ETS.
  • Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya (KL CAT) di Tingkat 1 untuk KLIA Ekspres, perkhidmatan rel berkelajuan tinggi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (rujuk bawah).

Stesen Sentral juga mempunyai kedai runcit dan makanan dan medan selera. Tersembunyi dari pandangan umum adalah depot penyelenggaraan KTM di bawah kompleks. Terdapat kemudahan untuk membeli dan mengisi semula kad Touch 'n Go di stesen ini.

Stesen Sentral akan dapat menampung 50 juta penumpang setahun dan sehingga 100 juta pada tahun 2020 (Laman web KL Sentral).

Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya

Terletak di Stesen KL Sentral, Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya (KL CAT) merupakan lanjutan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia diiktiraf oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai destinasi bandar, dengan kod XKL. Ia telah dibuka secara rasmi bersama-sama dengan landasan kereta api KLIA Ekspres pada 14 April 2002.

Selain daripada menjadi titik ketibaan dan berlepas bagi KLIA Ekspres, KL CAT juga menyediakan perkhidmatan daftar bagasi (luggage check-in). Penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways and Royal Brunei Airlines boleh mendaftar masuk bagasi mereka di KL CAT. Minimum tempoh daftar masuk adalah dua jam sebelum masa pelepasan penerbangan.

Terdapat pelan untuk menyediakan perkhidmatan daftar keluar tetapi ia tidak dijalankan.

Hotel dan kawasan perumahan

Lot C : Hotel St Regis

Lot C bakal menempatkan Hotel St Regis. Hotel mewah ini terdiri daripada 208 bilik dan bilik mewah yang mula beroperasi pada bulan Mei 2016.

Lot D: Menara Perumahan 57 Tingkat

Lot D akan terdiri sebuah menara kediaman 60 tingkat tunggal menghadap ke Taman Tasik Perdana dan bandar. Ia akan dibangunkan bersama oleh MRCB, Capitaland dan Quill Group. Ia kini menunggu kelulusan daripada dewan bandar.

Lot I : Hilton KL & Le Méridien Hotels

Lot I terdiri daripada dua hotel pencakar langit diduduki oleh Hilton Kuala Lumpur & Le Méridien, yang dimiliki oleh Daito Asia Development Sdn. Bhd. dan Daisho Asia Development Sdn. Bhd., masing-masing dibuka untuk perniagaan pada bulan September dan Oktober 2004.

Lot K and L: Suasana Sentral dan Suasana Sentral Loft

Lot K adalah lokasi pangsapuri berperkhidmatan, Suasana Sentral. Suasana Sentral terdiri daripada dua blok, atau 400 unit pangsapuri. Ia siap dibina pada tahun 2002 dan dijual sepenuhnya dan diduduki, dengan kira-kira 40% daripada pembeli yang datang dari masyarakat antarabangsa.

Fasa kedua kondominium di Lot L, Suasana Sentral Loft telah dilancarkan pada awal tahun 2005 dan mula penghunian pada awal 2008. Menara pangsapuri 37 dan 38 tingkat mempunyai sejumlah 600 unit. Semua telah dijual.

Lain-lain

Pada Disember 2006, sebuah syarikat usaha sama yang telah memperoleh Lot D dan akan membangunkan kediaman dan apartmen berperkhidmatan dengan sokongan kemudahan runcit. Pembangunan mewah ini akan menghadap Muzium Negara, Taman Tasik dan juga Pusat Bandar KL. Pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2010.

Pada bulan Jun 2007, sebuah syarikat usaha sama telah membeli Lot C untuk pembangunan hotel 6 bintang, kediaman 6 bintang dan pejabat perdana. dibina di atas tapak seluas 1,400,000 ka2 (130,000 m2) akan dijangka dimulakan pada tahun 2008.

Perkhidmatan lain

Stesen Monorel KL Sentral

Stesen KL Sentral Monorail berdiri di Jalan Tun Sambanthan di Brickfields. Stesen ini adalah stesen terakhir untuk laluan Monorel KL. Sebelum ini, stesen ini tidak disambung terus ke hab pengangkutan Kuala Lumpur Sentral. Walaupun kedudukan berhampiran dengan bangunan itu, pengguna monorel diperlukan untuk keluar dari stesen dan melintasi jalan utama yang sibuk di Brickfields untuk sampai ke hab utama KL Sentral. Dengan menaik taraf stesen Monorail, stesen itu kini disepadukan dengan pusat membeli-belah baru, Nu Sentral (Lot G, di atas), di mana jejantas Nu Sentral menjadi pintu masuk baru ke stesen.

Stesen monorel juga dilengkapi dengan yang baru mesin layan tiket, tiket pintu serta Pejabat Perkhidmatan Pelanggan baru. Turap sentuhan untuk yang kurang penglihatan juga disediakan bermula dari Nu Sentral. Menyiapkan jejantas kini membolehkan pelanggan untuk perjalanan di antara KL Sentral dan stesen monorel dengan selamat dan mudah. Stesen ini menggunakan penyelesaian Sepanyol, mempunyai satu landasan kereta api dengan platform pada setiap sisi, untuk penumpang menaikkan dan menurunkan kereta api secara berasingan.

Struktur stesen

Hab bas KL Sentral

KL Sentral juga telah dijadikan hab bas bandar oleh RapidKL sebagai sebahagian daripada rombakan rangkaian basnya. Ia merupakan hab bas untuk ulang-alik bandar dan laluan khas bas.

Bas-bas ke Singapura, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ke klia2 juga beroperasi dari KL Sentral, manakala kebanyakan pengusaha bas lain mendekati KL Sentral di Jalan Tun Sambanthan. Juga perhentian bas pelancongan naik/turun terletak di antara Hilton dan stesen. Perjalanan dengan bas ke Genting Highlands juga boleh didapati di sini.

Lihat juga

  • KLIA Ekspres
  • KLIA Transit
  • Keretapi Tanah Melayu
  • Aliran Kelana Jaya
  • KL Monorel
  • Pengangkutan awam di Kuala Lumpur
  • Pengangkutan di Kuala Lumpur

Nota

^ Terdapat banyak tempat letak kenderaan disediakan di sekitar dan di KL Sentral. Bagunan hab sendiri mempunyai 820 tempat letak kenderaan. Selain itu, terdapat juga 437 tempat letak kenderaan di Tempat Letak Kenderaan Terbuka KL Sentral. Bagunan-bagunan di sekeliling juga menyediakan tempat letak kereta sendiri yang berjumlah 9,531 tetapi lebih digunapakai untuk pengguna bagunan itu sendiri.
^ Platform 1 & 2 yang menempatkan KTM Antarabandar dan ETS ditutup bagi kerja pembinaan projek KVDT fasa 1 sejak Mei 2017. Projek KVDT dijangka siap pada akhir 2019 yang melibatkan Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.

Rujukan

Nota kaki

Pautan luar

  • KL Sentral
  • KL Sentral FAQs
  • Kuala Lumpur MRT & KTM Komuter Integrations
  • KL CAT


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kuala Lumpur Sentral by Wikipedia (Historical)


Datuk Bandar Kuala Lumpur


Datuk Bandar Kuala Lumpur


Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur selepas penaiktarafan status Kuala Lumpur sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972.

Penyandang Datuk Bandar Kuala Lumpur yang terkini ialah Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh..

Pelantikan

Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta persetujuan oleh Perdana Menteri Malaysia. Tempoh bagi jawatan ini dipegang ialah selama 2 tahun.

Penyandang

Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur..

Rujukan

Sumber

  • Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971
  • Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

Collection James Bond 007


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Datuk Bandar Kuala Lumpur by Wikipedia (Historical)


Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur


Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur


Templat:Malaysian expressway routebox

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, AKLEH merupakan lebuh raya bertingkat pertama di Malaysia. Ia menghubungkan Ampang dan Kuala Lumpur. Lebuh raya ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Ampang bagi membolehkan pengguna memasuki pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan lebih mudah. Motosikal asalnya tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya ini atas sebab keselamatan; namun demikian, larangan tersebut dimansuhkan pada 19 Jun 2008 berikutan harga minyak yang melambung tinggi.

Sejarah

Pembinaan bermula pada tahun 1999 di sepanjang tebing Sungai Klang dan siap pada tahun 2001. Lebuh raya ini dibuka kepada lalu lintas pada 17 Mei 2001.

Ciri-ciri

  • Terowong ke parkir Suria KLCC.
  • Laluan yang lancar ke Ampang dan Kuala Lumpur.
  • Pemandangan Kuala Lumpur yang menarik.

Senarai persimpangan

Lihat juga

  • Jalan Ampang

Pautan luar

  • Laman web Prolintas AKLEH
Collection James Bond 007

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur by Wikipedia (Historical)


Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban


Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban


Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sesetengah peta melabelkan lebuh raya ini sebagai memandangkan ia berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan; namun tanggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan sebelum ini lebuh raya tersebut belum diberikan sebarang kod laluan daripada kerajaan. Satu lagi sebab ialah kerana jajaran lebuh raya ini juga tidak diuruskan oleh PLUS Expressway Berhad, sebaliknya diuruskan oleh MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation) - oleh itu, kadar bayaran tol di Plaza Tol Sungai Besi turut memasukkan bayaran tambahan bagi Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban.

Baru-baru ini, lebuh raya ini diberikan kod laluan bersama-sama dengan Lebuhraya Salak.

Sejarah

Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban mula dibuka pada tahun 1979. Lebuh raya tersebut menjadi laluan perintis kepada Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan . Pembinaan bermula pada tahun 1977 dan dibuka kepada lalu lintas dua tahun kemudian. Kini, nama Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban hanya diguna pakai pada bahagian dari Razak Mansion ke Plaza Tol Sungai Besi setelah PLUS Expressway Berhad mengambil alih bahagian lebuh raya tersebut dari Plaza Tol Sungai Besi dan seterusnya ke arah selatan.

Senarai persimpangan

  • Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan)
    (Plaza Tol Sungai Besi; sempadan negeri Selangor-WP Kuala Lumpur
  • Taman Teknologi Malaysia: Lebuhraya Puchong-Sungai Besi (ke Astro, Sungai Besi dan Puchong)

(Jambatan Sungai Kuyoh)

  • Sri Petaling: Lebuhraya Shah Alam dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur
  • Susur keluar ke Lebuhraya Sungai Besi
  • Desa Petaling
  • Salak Selatan: Jalan Kuchai Lama, Lebuhraya Pantai Baru dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya

(Jambatan Sungai Kerayong)

  • Salak: Lebuh Raya Salak dan Lebuhraya Persekutuan
  • Terowong SMART: Terowong SMART (ke Jalan Tun Razak dan Pusat Bandaraya)
  • Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Lebuhraya Sungai Besi;lebuh raya tamat

Pautan luar

  • ANIH Berhad (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation)

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban by Wikipedia (Historical)


Kuala Lumpur Kepong Berhad


Kuala Lumpur Kepong Berhad


Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) (MYX: 2445) ialah syarikat multinasional Malaysia. Perniagaan teras kumpulan itu adalah perladangan (kelapa sawit dan getah). Syarikat ini mempunyai ladang yang meliputi lebih daripada 250,000 hektar di Malaysia (Semenanjung dan Sabah) dan Indonesia (Belitung, Sumatera dan Kalimantan). Sejak tahun 1990-an, syarikat telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya seperti pembuatan berasaskan sumber (oleokimia, derivatif dan bahan kimia khusus), pembangunan hartanah dan peruncitan (produk penjagaan diri, kelengkapan dan makanan halus) dengan kehadiran di seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia dan merupakan pengeluar minyak sawit ketiga terbesar di Malaysia.

KLK berada di kedudukan ke-1858 dalam senarai Syarikat Terkemuka Forbes Global 2000 pada 2013, dengan permodalan pasaran USD 6.91 bilion. Pada tahun 2014, KLK disenaraikan di kedudukan ke-23 jenama paling berharga Malaysia jenama dalam Malaysia 100 2014 dengan nilai jenama AS $ 364 juta.

Mendiang Thong Yaw Hong, (bekas) ketua setiausaha Perbendaharaan Malaysia, menduduki di lembaga KLK. Lee Oi Hian, CEO KLK, ialah pengerusi lembaga amanah Majlis Minyak Kelapa Malaysia.

Sejarah

The Kuala Lumpur Rubber Company, Limited (KLR) (1906–1960)

KLR ditubuhkan di London, pada tahun 1906 untuk mengawasi kira-kira 600 ha. perkebunan (getah dan kopi) di Malaya (sekarang Malaysia). Pada tahun 1907, saham KLR telah disenaraikan di Bursa Saham London.

Kuala Lumpur-Kepong Amalgamated Limited (KLKA) (1960–1973)

Pada tahun 1960, KLR menukar namanya kepada KLKA. Kumpulan itu mula menanam kelapa sawit di Fraser Estate. Kilang pertama kumpulan itu, Kilang Fraser dibuka pada tahun 1967. Pada tahun 1971, KLKA membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Tahun depan, kediaman cukai KLKA dipindahkan dari United Kingdom ke Malaysia.

Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) (1973–kini)

Pada tahun 1973, Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) diperbadankan di Malaysia dan di bawah Skim Pembinaan Semula, KLKA telah membuat pembubaran secara sukarela dengan KLK mengambil alih aset dan liabiliti KLKA. Saham syarikat disenaraikan di bursa saham Kuala Lumpur, Singapura dan London. Pada tahun 1979, Ibu Pejabat telah dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Ladang Pinji, Perak.

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Kuala Lumpur Kepong Berhad by Wikipedia (Historical)


Banjir kilat Kuala Lumpur 2007


Banjir kilat Kuala Lumpur 2007


Banjir Kilat melanda Kuala Lumpur sehingga mencapai kedalaman 1.8 meter pada hari Ahad, 10 Jun 2007 , jam 6.00 petang hingga 8.00 malam , selama 2 jam akibat hujan lebat.

Kawasan utama yang tenggelam ialah Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak, Jalan Raja, Kelab Diraja Selangor, Jalan Ipoh, Jalan Masjid India , Masjid Jamek , Stesen LRT Masjid Jamek , Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul. Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Kampung Pandan dan Jalan P Ramlee turut dilanda banjir.

Bangunan mahkamah iaitu bangunan Sultan Abdul Samad termasuk Dataran Merdeka sedalam paras pinggang. Air memenuhi bawah Dataran Merdeka dan terpaksa disedut keluar. Tahun 2003 , banyak kereta yang ditempatkan di bawah Dataran Merdeka tengelam selama seminggu kerana air tidak dapat keluar. Air melimpah hingga ke dewan sembahyang Masjid Jamek.

Punca

  • Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan hujan lebat di sekitar Selangor dan Lembah Kelang dan amaran peringkat ke-3 telah dikeluarkan. Angin kencang berikutan perubahan angin dari Angin Monsun Timur Laut ke Angin Monsun Barat Daya.
  • Punca banjir kali ini ialah hujan yang luar biasa lebatnya. Pemanasan global menyebabkan sesetengah kawasan di dunia menjadi lebih panas dan yang lain sejuk. Keadaan iklim menjadi tidak menentu. Banjir 1998 dikaitan dengan Fenomena La Nina.
  • Hujan lebat di hulu-hulu Sungai Klang hulu Sungai Gombak menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur . Pembangunan pesat di hulu sungai dan di Kuala Lumpur menyebabkan air larian permukaan terlalu deras. Sedangkan hulu-hulu sungai ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor. Sungai Gombak dan Sungai Klang bertemu di Masjid Jamek. Satu lagi sungai ialah Sungai Bonus.
  • Air sungai tidak dapat mengalir ke laut dengan cepat kerana halangan beberapa bangunan di Stesen LRT Masjid Jamek. Sungai terlalu sempit . 'Penyempitan' sungai berlaku dengan pembinaan bangunan-bangunan tinggi . Terdapat beberapa 'jeram binaan' di sepanjang sungai bagi mengindahkan sungai. Sepatutnya dasar sungai didalamkan. Contohnya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC).
  • Pelan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mengambil kira faktor iklim yang berubah 100 % ini. Tindakan bersifat ad-hoc yang diguna pakai tidak akan menyelesaikan banjir kilat. Bilion ringgit wang dibelanjakan tetapi hasil kosong. Bukan kekurangan bujet tetapi terlebih bujet. Pentadbiran terlalu birokrasi sementara swasta mengeruk untung.
  • Tahap persediaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghadapi banjir kilat masih pada ditakuk lama, tiada peruntukan besar . Tiada perubahan tindakan dinyatakan. Pegawai DBKL asyik tidak menyangka banjir kilat akan berlaku.

Langkah mengatasi yang meragukan

  • Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan RM2 bilion bagi projek Stormwater Management and Road Tunnel. Air Sungai Klang akan dialihkan dilencongkan
  • Tiga daripada 20 projek tebatan sungai telah siap. Tetapi tebatan di Sungai Gombak/Sungai Batu dan projek tebatan banjir Sungai Kerayong belum siap. 17 lagi belum siap. Sepatutnya projek tebatan banjir ini siap pada 2005. Kos Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur RM2.2 bilion. Soalnya bila akan siap ? . RM350 juta untuk program tebatan banjir di Lembangan Sungai Damansara.
  • Memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau paras air sungai di pusat bandar semasa hujan lebat. Soalnya di mana papan tanda elektronik dan CCTV itu.
  • DBKL telah memasang 11 buah terminal amaran banjir di 11 buah bangunan di pusat bandar raya yang sering dilanda banjir. Tetapi gagal berfungsi kali ini.
  • Sistem Elektronik Amaran Banjir (SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai dan dua stesen merakam paras air sungai telah dibina.
  • Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya ( Terowong SMART) belum siap sepenuhnya . Lebuh raya dan laluan air Terowong SMART bernilai RM 1.3 bilion hanya siap lebuh raya sepanjang 3 km dan akan dikenakan tol RM 2.00 mulai hari Jumaat , 15 Jun 2007. Laluan air belum siap dan hanya siap pada bulan Julai 2007. Timbalan Ketua Pengarah JPS Ahmad Fuad Embi menjelaskan terowong pengaliran air sepanjang 10 km SMART memang bertujuan mencegah berlakunya limpahan air dari Sungai Klang apabila alirannya dialihkan. Terowong jalan sepanjang 3 km SMART dibuka kepada lalu lintas pada 14 Mei 2007 .
  • Semua rumah setinggan di tepi Sungai Kerayong dan lain-lain kawasan mestilah dipindahkan ke perumahan PPR dengan segera. Sampah sarap banyak dibuang oleh penduduk setinggan kerana tidak ada sistem pembuangan sampah di sana.
  • Setiap jambatan baru hendaklah dibina melengkung ke atas supaya sampah tidak mudah tersangkut. Rekabentuk jambatan lurus dan banyak tiang seperti sekarang tidak sesuai lagi.
  • Sungai Gombak dan Sungai Klang yang melalui Kuala Lumpur mestilah didalamkan dan dilebarkan tanpa berdolak dalih lagi. Seboleh mungkin bangunan di tepi sungai tersebut hendaklah diruntuhkan bagi tujuan tersebut. Pelan bangunan di tepi sungai adalah kesilapan total perancang bandar masa lalu.
  • Kaedah kejuruteraan dan pemuliharaan ekosistem perlu digabungkan. Meluruskan hulu-hulu sungai hanya akan mempercepatkan aliran air. Sepatutnya sungai tidak diluruskan tetapi dibiarkan secara tabii. Pokok-pokok akuatik dibiarkan tumbuh dan membesar di dalam sungainya dan boleh membantu melambatkan pergerakan air ke hilir. Strategi ini akan lebih berkesan jika digabungkan dengan tanah bencah (wetlands). Pendekatan pengenyahan pantas (rapid disposal) air sungai ini diragui oleh para teknokrat dan perancang bandar di Malaysia.

Saman

Amatlah malang ketika Malaysia mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007, dilanda banjir besar dan wabak selesema burung merebak di Paya Jaras.

Penduduk bandaraya Kuala Lumpur tidak dapat bersabar lagi kerana ini bukanlah kali pertama berlaku. Ratusan kereta dan bangunan rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Mereka mahukan tindakan drastik, projek raksasa perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Hujan sememangnya kuasa Tuhan dan kita tidak mampu melawan takdir. Alasan ini banyak kali diulang-ulang oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Kerjaraya sebelum ini. Tetapi penduduk Kuala Lumpur sudah tidak dapat bersabar lagi kerana manusia dikurniakan akal.

Janji manis DBKL hanya menyakitkan hati bagi mereka yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau tenggelam di jalan raya. Mati lemas di dalam sungai ada logiknya.

Mereka sedang mengusahakan saman terhadap Dewan Bandaraya Kuala dan jabatan kerajaan yang berkenaan bagi menuntut pampasan melibatkan wang bilion ringgit.

Banjir di Shah Alam 2006

26 Februari 2006 hujan lebat selama 3 - 5 jam, mengakibatkan Shah Alam, sekitar Stadium Shah Alam, Taman TTDI Jaya , Taman Muda dan beberapa kawasan perumahan dan komersial banir kilat. Lebuh Raya Persekutuan dan NKVE telah ditenggelami banjir sampai paras bumbung.

Lebuh Raya Persekutuan Batu 3, Lebuh Raya NKVE di Persimpangan Bukit Jelutong/Shah Alam, sebahagian kawasan perumahan Taman TTDI Jaya, Kampung Kebun Bunga turut terlibat.

Banjir Kuala Lumpur 1971

Pada 1971 banyak kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor dilanda banjir besar. Antara kawasan itu ialah Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.

Collection James Bond 007

Rujukan

  • Dr. Zulkifli Yusup - UTM
  • Utusan online
  • [http;//www.bharian.com.my Berita Harian online]
  • Bernama.com

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Banjir kilat Kuala Lumpur 2007 by Wikipedia (Historical)


Hospital Besar Kuala Lumpur


Hospital Besar Kuala Lumpur


Hospital Besar Kuala Lumpur atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah sebuah hospital besar utama di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hospital ini mempunyai 49 buah jabatan dan unit-unit lain. Ini termasuk Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Farmaseutikal, Latihan dan Penyelidikan, 23 buah jabatan klinik dan 11 buah klinik perkhidmatan sokongan.

Hospital Kuala Lumpur kini ialah sebuah hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan dianggap salah satu yang terbesar di rantau Asia tenggara (ASEAN). Ia adalah sebuah hospital kerajaan berujukan tinggi, terletak di tanah perdana berkeluasan 150 ekar dengan 83 buah wad dan 2,502 buah katil.

HKL mempunyai pekerja besar dengan 7,000 orang pekerja dengan hampir 100 buah pekerjaan dalam pelbagai bidang dan disiplin-disiplin. Selain jumlah bilangan kakitangan, terdapat kira-kira 200 orang perunding dan pakar-pakar, 500 orang pegawai perubatan dan pendaftar, 10 orang matron, 100 orang saudara perempuan (pengurus-pengurus wad), 1,600 orang jururawat berdaftar, 750 orang pembantu jururawat terlatih dan 40 orang bidan-bidan terlatih. Baki kakitangan adalah ahli farmasi, tutor, penolong ahli farmasi, pembantu perubatan, kakitangan pentadbiran dan pengiring-pengiring hospital.

Sejarah

  • 1870: Ia dimajukan sebagai sebuah hospital daerah mengandungi 3 buah wad iaitu Wad Tai Wah, Wad Choudry dan Wad Melayu.
  • 1920: Dinaik taraf kepada 25 buah wad (Kelas pertama di Bangsar, Kelas kedua dan kelas ketiga).
  • 1962: Pembangunan HKL daripada Fasa I hingga fasa ke-IV. Pembangunan pelbagai fasa adalah seperti berikut:
    • Fasa I (1962-1968)- Hospital Bersalin dirasmikan Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada 18 Januari 1963, Blok Wad Utara, Jabatan Radioterapi dan asrama untuk pekerja-pekerja telah dibina.
  • 1968-1972 (Fasa II): Blok Wad Selatan, Institiut Neurologi, Blok Pembedahan, Blok Radiologi, Pusat Pemindahan Darah Negara dan lebih banyak asrama dibina.
  • 1972-1973 (Fasa III): Klinik-klinik pakar, Jabatan Pesakit Luar dan asrama doktor telah dibina.
  • 1973-1974 (Fasa IV-A): Asrama pelatih jururawat dan rumah kelab ditambah.
  • 1975 (Fasa IV-B): Institiut Ortopedik, Institiut Urologi, Pusat Anggota Tiruan dan Blok Radiologi dibina.

1973: HKL mula berfungsi sebagai hospital belajar untuk pelajar Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

1986-1988: Membaikan dan mengubahsuaikan bangunan lama (Blok Kayu) telah dijalankan.

1989-1992: Institiut Pediatrik telah dibina.

1994-1997 (Fasa II)- Menaik taraf Institiut Radioterapi dan Ubat Onkologi dan Nuklear.

2013 Kompleks Pakar & Pusat Penjagaan Ambulatori (SCACC) beroperasi dan terletak di sepanjang Jalan Pahang dan bersebelahan dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

2015 Tempat Letak Kereta bertingkat mula dibuka kepada orang ramai pada 15 Februari 2015. Bangunan ini terletak berhampiran dengan Hospital Bersalin(1963). Bangunan ini terdiri daripada tujuh (7) tingkat tempat letak kereta, gimnasium, gelanggang tenis aras atap, kafeteria dan bangunan PABX.

2019 Hospital Tunku Azizah (HTA) mula beroperasi secara berperingkat bermula 25 Februari 2019, HTA beroperasi sepenuhnya pada 16 Ogos 2019 lalu sebagai hospital rujukan kebangsaan dan pusat kecemerlangan perkhidmatan perawatan Kesihatan, khusus untuk wanita dan kanak-kanak. 'Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini' pada 20 Januari 2020. Hospital dilengkapi 600 katil, iaitu 378 katil untuk pediatrik dan 222 katil untuk obstetrik dan ginekologi serta merangkumi 24 katil untuk Unit Penjagaan Rapi (ICU), 32 katil untuk Unit Penjagaan Pediatrik (PICU).

Pembangunan

HKL telah dikurniakan Kualiti Status Akreditasi Kesihatan Rakyat Malaysia dari 23 Julai 2006 hingga 22 Julai 2008.

Menteri Kesihatan Malaysia berkata tidak mudah untuk HKL memenangi anugerah sebegini. Dengan 64 buah perkhidmatan dan 7 000 orang kakitangan, HKL menghadapi kekangan berlambak dengan struktur dan ruang.

HKL adalah hospital terbesar di rantau Asia Tenggara (ASEAN). Ia merakam 700,806 orang pesakit di klinik pesakit luar pada tahun 2006 dengan 124,570 orang pesakit dimasukkan ke dalam wad.

Pesakit terkenal

  • Ahmad Boestamam – Ahli politik Malaysia. Meninggal dunia pada tahun 1983 di Hospital Besar Kuala Lumpur.
  • Tunku Abdul Rahman – Perdana Menteri Malaysia pertama (1957-1970). Meninggal dunia pada tahun 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Pesakit-pesakit lain

  • Yahya Sulong - Artis komedi dan bekas anggota polis. Meninggal dunia pada 6 Februari 2013 di Hospital Kuala Lumpur kerana sakit tua.
  • P. Ramlee - Seniman terkenal Malaysia (Menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana sakit jantung)

Rujukan

Collection James Bond 007

Pautan luar

  • Laman Web Rasmi Hospital Kuala Lumpur
  • Laman Web Rasmi Hospital-Hospital di Malaysia

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Hospital Besar Kuala Lumpur by Wikipedia (Historical)