Aller au contenu principal

PlayStation


PlayStation


PlayStation (Jepun: プレイステーションcode: ja is deprecated , Hepburn: Pureisutēshon, dipendekkan secara rasmi sebagai PS) ialah sebuah jenama permainan video yang terdiri daripada empat buah konsol permainan video, dua buah konsol permainan video mudah alih, sebuah peranti telefon pintar serta beberapa buah majalah rasmi. Ia dicipta dan dimiliki oleh Sony Interactive Entertainment semenjak Januari 3 1994, pada masa konsol pertama Sony, PlayStation dilancarkan di Jepun

Konsol asal dalam siri produk ini merupakan konsol permainan video pertama yang mencapai hasil jualan sebanyak 100 juta unit, 9 tahun dan 6 bulan selepas pelancaran rasmi. Pengganti kepada konsol asal, PlayStation 2, yang dikeluarkan pada tahun 2000, merupakan antara konsol yang paling laris di pasaran, mencapai hasil jualan lebih daripada 155 juta unit sejak Januari 28 2012. Konsol PlayStation 3 yang merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 2, dikeluarkan pada tahun 2006, telah terjual lebih daripada 80 juta unit di seluruh dunia setakat Januari 2013. Manakala, konsol terkini daripada Sony, PlayStation 4, yang dikeluarkan pada tahun 2013, telah terjual sebanyak 1 juta unit pada masa 24 jam pertama selepas pelancaran, dan merupakan konsol yang paling cepat terjual dalam sejarah.

Konsol mudah alih pertama di bawah jenama ini, dikenali sebagai PlayStation Portable (PSP), telah terjual sebanyak 80 juta unit setakat November 2013. Penggantinya, PlayStation Vita, yang telah dilancarkan di Jepun pada Januari 17 2011 dan kebanyakkan kawasan lain pada bulan Februari 2012, telah terjual lebih daripada 4 juta unit setakat Januari 2013. Sony juga mengeluarkan sebuah mikrokonsol yang dikenali sebagai PlayStation TV. Selain itu, peranti lain yang dikeluarkan di bawah jenama PlayStation termasuklah PlayStation X, iaitu sebuah perakam video digital yang diintergrasikan daripada konsol PlayStation dan PlayStation 2 dan hanya dikeluarkan di kawasan Jepun sahaja.

Di bawah jenama PlayStation juga, Sony memperkenalkan beberapa aplikasi dan servis dalam talian yang dikenali sebagai PlayStation Network yang mempunyai pengguna berdaftar sebanyak 110 juta di seluruh dunia (setakat Julai 2013). Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah kedai dalam talian yang diberi nama PlayStation Store, yang membolehkan pengguna melakukan pembelian permainan video dan bahan multimedia lain; servis atas talian berbayar yang dikenali sebagai PlayStation Plus dan PlayStation Home, perkhidmatan media sosial berteraskan grafik 3D yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan pemain lain yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada 31 Mac 2015, dan PlayStation Mobile (sebelum ini dikenali sebagai PlayStation Suite) yang merupakan kerangka perisian yang membawakan kandungan PlayStation kepada peranti mudah alih yang disahkan memiliki keupayaan menjalankan fungsi kerangka PlayStation Mobile. Setakat ini hanya peranti berasaskan sistem operasi Android sahaja yang memiliki pengesahan daripada Sony untuk menjalankan fungsi PSM.Namun pada tahun 2020,Sony Dijangkakan Akan Mengeluarkan PlayStation 5 atau PS5.

Sejarah

Idea asal

Sejarah penciptaan jenama dan produk PlayStation bermula seawal tahun 1988, bilamana Sony dan Nintendo bekerjasama dalam membangunkan teknologi penggunaan CD-ROM untuk konsol Super Famicom. Walaupun Nintendo menafikan mengenai projek kerjasama dengan Sony lewat bulan Mac 1991, Sony memperkenalkan konsol Super Famicom dengan pemain CD-ROM terbina, yang menggunakan teknologi Green Book atau CD-i yang dikenali sebagai "Play Station" (atau dikenali sebagai SNES-CD) dalam acara Consumer Electronics Show pada Jun 1991. Sehari selepas Sony memperkenalkan konsol Super Famicom ini, pihak Nintendo mengumumkan bahawa mereka tidak ingin meneruskan projek kerjasama dengan Sony, dan memilih Philips sebagai rakan kerjasama baru dengan menggunakan teknologi dan konsep yang sama. Projek kerjasama ini dihentikan Nintendo oleh kerana mereka tidak mencapai kata sepakat mengenai persetujuan keuntungan yang akan dibahagikan antara dua syarikat ini. Pembatalan projek kerjasama ini membuatkan presiden Sony pada ketika itu, Norio Ohga sangat kecewa dan disebabkan perkara ini, Ohga melantik Ken Kutaragi untuk meneruskan projek PlayStation bagi menandingi konsol yang dikeluarkan Nintendo.

Walaupun projek kerjasama Nintendo-Sony dibatalkan, Nintendo masih lagi berunding dengan pihak Sony dengan menawarkan mereka kontrak yang bukan berasaskan pembangunan konsol permainan video di bawah projek kerjasama Nintendo-Philips. Tawaran ini ditolak serta-merta oleh Kutaragi yang semakin mendapat kritikan atas usahanya untuk memasuki pasaran konsol permainan video daripada pihak dalaman Sony. Akhirnya, projek kerjasama Nintendo-Sony secara rasminya berakhir pada bulan Mei 1992. Beberapa pihak atasan Sony termasuklah Kutaragi, presiden Sony pada ketika itu, Ohga, dan beberapa ahli lembaga pengarah mengadakan mesyuarat pada bulan Jun 1992 bagi membincangkan nasib projek PlayStation ini. Dalam mesyuarat tersebut, Kutaragi telah memperkenalkan prototaip konsol permainan video yang menggunakan CD-ROM dan mampu menjana grafik 3D. Ohga menyatakan pendiriannya untuk meneruskan projek ini, lebih-lebih lagi setelah Kutaragi mengingatkan beliau akan penghinaan yang dibuat Nintendo (berkaitan dengan pembatalan projek kerjasama Nintendo-Sony). Walaupun begitu, kebanyakan mereka yang berada dalam mesyuarat tersebut menentang idea Kutaragi ini. Disebabkan terlalu ramai yang menentang idea konsol permainan video Sony, Kutaragi dan pasukannya terpaksa dipindahkan dari ibu pejabat Sony ke Sony Music Entertainment, entiti yang berasingan yang dimiliki Sony bagi mengekalkan projek ini serta menjaga hubungan baik Sony dengan Philips bagi pembangunan projek MMCD (yang akhirnya membawa kepada penciptaan DVD).

Peranan SCEI

Semasa dalam Sony Music Entertainment, Kutaragi bekerja bersama-sama dengan Ketua Pengarah Eksekutif Sony Music pada ketika itu, Shigeo Maruyama dan Akira Sato untuk membentuk sebuah entiti yang diberi nama Sony Computer Entertainment Inc. (SCEI) pada 16 November 1993. Di awal penubuhan SCEI, Sony Music banyak membantu dalam mendapatkan mereka yang berpengalaman dalam dunia kreatif serta membantu dalam mereka cipta dan memasarkan cakera padat, sesuatu yang Sony Music telah lakukan pada cakera padat audio mereka. Beberapa ahli utama SCEI pada ketika itu ialah Terry Tokunaka, presiden SCEI dari ibu pejabat Sony serta Olaf Olafsson. Olafsson merupakan ketua pengarah eksekutif Sony Interactive Entertainment yang berpangkalan di New York, dan merupakan syarikat induk kepada Sony Computer Entertainment of America (SCEA) yang ditubuhkan pada tahun 1994.

Projek PlayStation, projek rasmi SCEI pertama, mendapat lampu hijau daripada ahli lembaga pengarah Sony pada tahun 1993 selepas melakukan beberapa siri penyelidikan dan pembangunan sebelum itu. Pada tahun 1993 juga, Phil Harrison direkrut oleh SCEI untuk menarik pembangun dan pengeluar untuk membangunkan permainan video bagi konsol PlayStation baru Sony; dan dilantik sebagai presiden Sony Computer Entertainment Worldwide Studios selepas itu.

Selepas Sony melakukan siri demonstrasi konsol terbaru mereka serta pelan promosi kepada pembangun permainan video dan pengeluar di Tokyo pada tahun 1994, beberapa pembangun mula menghubungi Sony untuk maklumat lanjut. Dua daripadanya kemudian menjadi rakan kongsi utama SCEI iaitu Electronic Arts di kawasan Barat dan Namco di kawasan Jepun. Faktor utama yang menarik perhatian pembangun dan pengeluar permainan video ialah keupayaan konsol menjana grafik 3D serta kos pengeluaran CD-ROM yang lebih rendah dan mudah untuk diproses berbanding penggunaan katrij yang digunakan untuk konsol keluaran Nintendo pada ketika itu. Konsol pertama Sony PlayStation akhirnya dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 1994, dan hasil jualan yang sangat memberangsangkan oleh kerana harga jualan yang lebih rendah berbanding konsol Sega Saturn yang telah dilancarkan lebih awal. Populariti konsol PlayStation ini juga tersebar dengan meluas selepas pelancaran di kawasan lain seperti di Eropah dan Amerika Utara.


Konsol utama

PlayStation

Konsol PlayStation asal ini mula dilancarkan di Jepun pada 3 Disember 1994 dan merupakan konsol pertama dikeluarkan di bawah jenama PlayStation. Konsol ini merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi kelima yang mana ia bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Nintendo 64 dan Sega Saturn. Beberapa model semakan telah dikeluarkan yang menyaksikan beberapa perubahan dari segi bilangan sambungan dan bicu dan lokasinya. Terdapat juga model yang dikhaskan untuk pembangun yang dikenali sebagai Net Yaroze. Konsol ini mencatatkan jualan sebanyak 102.49 juta unit di seluruh dunia sehingga Disember 2003, dan merupakan konsol permainan video pertama yang mencatatkan jualan lebih daripada 120 juta unit.

PS One

PS One ialah model semakan konsol PlayStation yang mengalami perubahan drastik berbanding model asal. Dari segi fizikal, konsol ini memiliki saiz badan yang lebih kecil dan ringan serta hadir dengan warna putih. Ia telah dikeluarkan pada 7 Julai 2000, serentak dengan pelancaran konsol PlayStation 2.

PlayStation 2

Konsol PlayStation 2 yang merupakan konsol pengganti kepada PlayStation telah dilancarkan pada tahun 2000. Beberapa fungsi tambahan telah ditambah dalam konsol ini seperti keupayaan memainkan media DVD yang menawarkan jalan cerita permainan video yang lebih panjang berbanding penggunaan CD-ROM. Walaupun begitu, PlayStation 2 masih juga boleh memainkan hampir kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation. Model semakan juga telah dikeluarkan yang memiliki badan konsol yang lebih kecil dan ringan serta memiliki sambungan Ethernet terbina di bahagian belakang konsol. PlayStation 2 merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi keenam dan bersaing bersama konsol utama lain seperti Nintendo GameCube dan Xbox yang telah dilancarkan lebih awal.

Model Slimline

Dikeluarkan pada tahun 2004, empat tahun selepas pelancaran rasmi model asal konsol PlayStation 2, model Slimline ini merupakan model semakan pertama bagi konsol ini. Berbanding dengan model terdahulu, model Slimline memiliki saiz badan konsol yang lebih kecil dan ringan, tidak mengeluarkan bunyi yang tinggi serta terdapat sambungan Ethernet terbina. Pada tahun 2007, Sony mengeluarkan model semakan daripada model Slimline ini dengan penawaran berat konsol yang semakin ringan. Manakala pada tahun 2008 pula, Sony mengeluarkan model semakan untuk Slimline sekali lagi dengan merombak reka bentuk dalaman konsol ini dan menggabungkan bekalan kuasa AC ke dalam konsol itu sendiri.

PlayStation 3

Konsol PlayStation 3 merupakan konsol utama ketiga di bawah jenama PlayStation. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 17 November 2006 di kawasan Amerika Utara. Konsol ini merupakan konsol pertama yang menawarkan alat kawalan yang menggunakan fungsi pengesanan pergerakan menerusi alat pengawal Sixaxis yang diperkenalkan pada masa awal konsol ini diperkenalkan sebelum alat pengawal DualShock 3 mengambil alih. Selain itu, konsol PlayStation 3 juga berkeupayaan memainkan permainan video dalam media cakera Blu-ray yang menawarkan grafik permainan video berdefinisi penuh. Pada awalnya, konsol ini menawarkan storan terbina berkapasiti 20GB atau 60GB, namun begitu, penawaran kapasiti ini meningkat secara mendadak lebih setahun kemudiannya dengan pengguna ditawarkan PlayStation 3 dengan kapasiti sehingga 500 GB. Beberapa model semakan juga dikeluarkan untuk konsol ini seperti Slim dan Super Slim yang berbeza dari segi fizikal.

PlayStation 3 merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi ketujuh dan bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Xbox 360 dan Nintendo Wii. Setakat November 2013, konsol ini telah terjual sebanyak 80 juta unit di seluruh dunia.

PlayStation 4

Konsol PlayStation 4 merupakan konsol utama yang paling terkini daripada Sony Computer Entertainment. Ia mula diumumkan pada 20 Februari 2013 semasa sidang akhbar di mana Sony juga turut mengumumkan beberapa spesifikasi mengenai konsol terbaharu mereka. Konsol ini dilancarkan secara rasmi pada suku tahun keempat 2013. Beberapa fungsi terbaharu diperkenalkan pada konsol ini seperti beberapa servis dalam talian serta pengenalan kepada PlayStation App yang membolehkan pengguna PlayStation 4 menggunakan peranti mudah alih mereka sebagai paparan kedua.

Konsol ini lebih menekankan media sosial yang mana alat pengawal DualShock 4 memiliki butang Share yang membolehkan pemain berkongsi paparan permainan video mereka kepada rakan-rakan lain. Beberapa model semakan telah dikeluarkan untuk konsol PlayStation 4 ini seperti model Slim dan Pro. PlayStation 4 merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi kelapan dan bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Nintendo Wii U dan Xbox One.


Konsol mudah alih

PocketStation

PocketStation merupakan konsol permainan video mudah alih yang dikeluarkan oleh Sony sebagai sebahagian daripada aksesori tambahan untuk konsol PlayStation. Ia telah dikeluarkan eksklusif untuk pasaran di Jepun sahaja pada 23 Disember 1999. Ciri-ciri yang terdapat pada konsol ini ialah LCD monokrom, pembesar suara terbina, jam masa nyata serta keupayaan berkomunikasi menggunakan inframerah. Ia juga boleh digunakan sebagai kad memori konsol PlayStation yang biasa dengan dengan menyambungkannya kepada sambungan kad memori pada konsol PlayStation. PocketStation mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan Sony merancang untuk mengeluarkan konsol ini ke pasaran Amerika Syarikat, namun begitu rancangan ini tidak menjadi akibat beberapa masalah berkaitan pengeluaran dan permintaan.

PlayStation Portable

PlayStation Portable (PSP) merupakan konsol permainan video mudah alih pertama Sony yang bersaing dengan konsol mudah alih utama lain seperti Nintendo DS. Model asal PSP (PSP-1000) telah dikeluarkan pada bulan Disember 2004 dan Mac 2005. Konsol ini merupakan konsol pertama yang menggunakan media berhak cipta yang dikenali sebagai Universal Media Disc (UMD), yang digunakan untuk menyimpan data berkaitan permainan video atau fail lain. PlayStation Portable memiliki storan terbina berkapasiti 32 MB, yang boleh ditingkatkan menggunakan kad memori Memory Stick PRO Duo.

Konsol PSP memiliki paparan butang yang sama seperti konsol-konsol PlayStation yang lain iaitu ('Segi tiga'), ('Bulat/O'), ('X') dan ('Segi empat'), yang kesemuanya berwarna putih.

PSP Go

PSP Go merupakan model semakan terbesar yang dibuat oleh Sony untuk PlayStation Portable dan dikeluarkan sekitar bulan Oktober 2009. Tidak seperti model-model PSP terdahulu, PSP Go tidak disertakan dengan pemacu media UMD tetapi memiliki ingatan kilat terbina berkapasiti 16 GB untuk menyimpan permainan video dan fail-fail lain. Kapasiti ini boleh ditingkatkan sehingga 32 GB dengan menggunakan kad Memory Stick Micro (M2). Bateri yang terdapat pada PSP Go juga tidak boleh dicabut atau ditukar oleh pengguna. Model ini menawarkan berat yang lebih ringan sehingga 43% dan lebih kecil sehingga 56% berbanding model asal PSP (PSP-1000), 16% lebih ringan dan 35% lebih kecil berbanding model PSP-3000. Model ini menawarkan paparan skrin LCD bersaiz 3.8 inci dengan resolusi 480 piksel x 272 piksel, dan boleh diluncurkan untuk mendedahkan alat pengawal yang terdapat di bawahnya. Kesemua permainan video yang ditawarkan untuk PSP Go hanya boleh dibeli dan dimuat turun menerusi PlayStation Store oleh kerana model ini tidak menyokong penggunaan UMD yang digunakan untuk model-model PSP sebelumnya. PSP Go juga memiliki sambungan tanpa wayar Bluetooth yang digunakan untuk bersambung dengan alat pengawal PlayStation 3 sama ada Sixaxis atau DualShock 3.

PlayStation Vita

Dilancarkan secara rasmi di Jepun pada 17 Disember 2011 dan di Amerika Utara pada 22 Februari 2012, PlayStation Vita sebelum itu dikenali dengan nama kod Next Generation Portable (NGP). Ia telah diumumkan secara rasmi oleh Sony pada 27 Januari 2011 semasa acara PlayStation Meeting 2011. Model asal konsol ini (PCH-1000) memiliki ciri-ciri seperti skrin sesentuh berjenis OLED bersaiz 5 inci, dua pengawal analog, pad sesentuh di bahagian belakang, pengesan pergerakan Sixaxis dan dijana dengan cip mikropemproses ARM Cortex-A9 MPCore empat teras.

Model berikutnya, PCH-2000, yang direka dengan reka bentuk yang lebih ringan diumumkan dalam sidang akhbar Sony pada September 2003 sebelum bermulanya acara Tokyo Game Show. Model ini dikemas kini dengan ciri-ciri seperti penggunaan bateri yang lebih lama, penggunaan paparan berjenis LCD, storan terbina berkapasiti 1GB dan memiliki sambungan USB mikro Type-B. Konsol ini dikeluarkan di Jepun pada 10 Oktober 2013 dan di Amerika Utara pada 6 Mei 2014 dan ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu putih, hitam, merah jambu, kuning, biru dan hijau muda.


Penerimaan

Pada tahun 2005, surat khabar The Age yang berpangkalan di Australia menulis artikel mengenai jenama PlayStation. Beberapa temu ramah telah dibuat bersama beberapa orang perseorangan, antaranya adalah bersama Dr Jeffrey Brand, professor madya dalam media dan komunikasi di Bond University yang menyebut, "PlayStation kembali mencetuskan imaginasi kita dengan permainan video". Pereka permainan video Yoshiki Okamoto menganggap jenama ini sebagai "revolusi yang mana PlayStation mengubah landskap industri permainan video secara keseluruhannya," dan Evan Wells daripada Naughty Dog berkata bahawa "PlayStation bertanggungjawab menjadikan bermain permainan video sesuatu yang hebat."

Pada tahun 2009, ViTrue, Inc. menyenaraikan jenama PlayStation di tangga ke-13 dalam senarai The Vitrue 100: Top Social Brands of 2009 (Vitrue 100: Jenama Sosial Paling Popular 2009). Kedudukan ini mengambil kira pelbagai faktor terutamanya yang berkaitan dengan laman-laman media sosial popular dalam aspek-aspek seperti rangkaian sosial, perkongsian video, perkongsian gambar dan blog.

Pada tahun 2010, Gizmodo menyatakan bahawa jenama PlayStation merupakan jenama Sony yang sememangnya mempunyai nilai tersendiri berbanding dengan pesaing lain, dengan berkata "Jika kita tanya orang biasa di jalanan apakah produk Sony yang paling diminati, selalunya kita akan mendengar PlayStation". Sehingga April 2012, jenama PlayStation merupakan jenama yang paling banyak diikuti dalam laman Facebook, dengan 22 juta pengguna.

Pada tahun 2016, jenama PlayStation disenaraikan pada kedudukan 10 teratas oleh beberapa media seperti 20 Jenama Paling Hebat oleh The Centre For Brand Analysis yang berpangkalan di United Kingdom dengan kedudukan ke-9 yang berdasarkan kepada kepopularan sesebuah jenama, serta Top 50 Prophet Brand Relevance Index UK oleh Prophet dengan kedudukan ke-4 yang berdasarkan kajian kepuasan pelanggan.


Rujukan


Pautan luar

  • Tapak web rasmi

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: PlayStation by Wikipedia (Historical)


PlayStation Vita


PlayStation Vita


PlayStation Vita (dipendekkan secara rasmi sebagai PS Vita atau Vita) merupakan sebuah konsol permainan video mudah alih yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol PlayStation Portable dan merupakan sebahagian daripada produk di bawah keluarga PlayStation. Ia telah dilancarkan di Jepun pada 17 Disember 2011 dan pada 22 Februari 2012 untuk pasaran seluruh dunia. Konsol ini bersaing bersama konsol mudah alih utama lain seperti Nintendo 3DS sebagai sebahagian daripada generasi kelapan konsol permainan video.

Model asal konsol ini mempunyai paparan sesentuh berjenis OLED bersaiz 5 inci, dua kayu ria analog, dan menyokong sambungan Bluetooth, Wi-Fi dan rangkaian 3G. Antara spesifikasi konsol ini ialah penggunaan cip mikropemproses ARM Cortex-A9 MPCore empat teras dan cip mikropemproses grafik SGX543MP empat teras. Model semakan, PS Vita siri 2000, dikeluarkan sepanjang tahun 2013 hingga 2014, memiliki perbezaan dari segi ketahanan bateri yang lebih lama, saiz konsol yang lebih kecil serta pengguna paparan skrin berjenis LCD. Sony juga mengeluarkan PlayStation TV, yang merupakan antara variasi PlayStation Vita yang membolehkan pengguna memainkan permainan video untuk Vita pada skrin televisyen; ia tidak lagi dikeluarkan pada penghujung tahun 2015.

Reka bentuk konsol direka dengan idea untuk menggabungkan pengalaman bermain permainan video pada konsol permainan video dengan trend permainan mudah alih yang akan datang menerusi peranti pintar atau tablet. Namun begitu, selepas setahun konsol ini berjaya dari segi hasil jualan, jualan konsol ini serta bajet yang lebih tinggi untuk membangunkan permainan video terhenti, menyebabkan Vita berdepan dengan masa jangka hayat dihentikan. Usaha bersepadu oleh pembangun bebas dan kecil-kecilan serta sokongan daripada beberapa syarikat Jepun membantu memanjangkan jangka hayat konsol ini. Walaupun Sony tidak mengeluarkan laporan hasil jualan Vita, penganalisis pasaran EEDAR menganggarkan sebanyak 10 juta unit telah terjual pada penghujung tahun 2015. Beberapa tahun mendatang menyaksikan Sony dalam cubaan untuk memainkan permainan video untuk konsol lain dalam Vita seperti memainkan permainan video PlayStation 4 menerusi penggunaan Remote Play.Azhar penipu

Sejarah

Latar belakang

Selepas era kegemilangan produk di bawah jenama Game Boy keluaran Nintendo pada era 1990-an sehingga awal tahun 2000 dengan saingan yang sedikit daripada pesaing lain, dan kejayaan terbesar Sony menerusi sambutan hangat pada konsol PlayStation dan PlayStation 2, Sony berhasrat untuk memasuki pasaran konsol permainan video mudah alih. Pada tahun 2004, Sony mengeluarkan konsol PlayStation Portable (PSP) untuk bersaing bersama konsol Nintendo DS sebagai sebahagian daripada generasi ketujuh konsol permainan video. Selepas permulaan yang agak hambar di pasaran dunia, jualan konsol ini kemudian dirancakkan di Jepun dengan beberapa judul permainan video siri Monster Hunter dibangunkan. Walau bagaimanapun, siri permainan video ini tidak begitu mendapat sambutan hangat di pasaran barat, menyebabkan konsol PSP gagal dijual dengan begitu baik. PSP akhirnya membawakan beberapa keputusan yang bercampur-campur kepada Sony. Dari sudut positif, konsol PSP dilihat sebagai pesaing utama buat pertama kali yang bersaing terus dengan konsol mudah alih keluaran Nintendo di mana ia telah terjual sebanyak 80 juta unit, jumlah yang lebih kurang sama dengan hasil jualan konsol Nintendo Game Boy Advance pada generasi keenam. Dari sudut negatif pula, PSP hanya mampu terjual lebih daripada separuh daripada hasil jualan konsol Nintendo DS yang mencatatkan jualan sebanyak 150 juta unit pada penghujung tahun 2011.

Khabar angin mengenai pengganti konsol PSP bermula seawal bulan Julai 2009 apabila laman sesawang Eurogamer melaporkan bahawa Sony sedang membangunkan konsol mudah alih yang akan menggunakan cip mikpemproses PowerVR SGX543MP dan menawarkan prestasi yang sama seperti konsol Xbox. Sepanjang tahun 2010, beberapa laman sesawang melaporkan khabar angin mengenai pembangunan konsol "PSP 2". Dalam acara Tokyo Game Show, laporan menyebut konsol terbaharu ini sudah didedahkan semasa mesyuarat tertutup pada pertengahan bulan September yang diadakan di ibu pejabat Sony Computer Entertainment di Aoyama, Tokyo. Sejurus selepas itu, ada laporan yang mengatakan bahawa kit pembangun untuk konsol terbaru Sony ini sudah dihantar kepada beberapa pembangun permainan video termasuklah pembangun pertama dan pihak ketiga bagi memulakan pembangunan permainan video untuk konsol terbaru ini, dan disahkan oleh penerbit eksekutif Mortal Kombat, Shaun Himmerick. Pada bulan November, naib presiden Electronic Arts, Patrick Soderlund mengesahkan beliau telah melihat sendiri kewujudan konsol yang bakal menggantikan PlayStation Portable, namun begitu beliau tidak mendedahkan butiran lanjut. Pada bulan yang sama juga, VG247 menerbitkan beberapa foto mengenai prototaip konsol yang memiliki persamaan seperti PSP-Go seperti paparan skrin yang diluncur, dua pengawal kayu ria analog, dua jenis kamera dan mikrofon terbina, di samping laporan itu juga menyebut masalah kepanasan melampau menyebabkan Sony terpaksa beralih kepada reka bentuk yang lebih terarah kepada model asal PlayStation Portable.

Sepanjang tahun 2010, Sony tidak dapat mengesahkan laporan mengenai pengganti kepada konsol PSP, namun begitu memberi komen mengenai konsol yang akan datang. Shuhei Yoshida, presiden Sony Computer Entertainment Worldwide Studios, mendedahkan bahawa walaupun bahagian mereka lebih kepada pembangunan perisian, mereka masih lagi berperanan terus dalam membangunkan perkakasan akan datang. Pada bulan Disember, ketua pengarah eksekutif Sony Computer Entertainment, Kazui Hirai, memberitahu bahawa Sony berhasrat untuk mengembangkan konsol akan datang mereka kepada kumpulan pengguna yang lebih besar dengan penggunaan beberapa input; butang dan pengawal kayu ria untuk pengguna konsol mudah alih biasa dan skrin sesentuh untuk pengguna yang biasa menggunakan peranti pintar. Konsol terbaharu ini diumumkan secara rasmi oleh Sony pada 27 Januari 2011 dalam sidang akhbar semasa acara PlayStation Meeting yang diadakan di Jepun. Konsol ini, yang hanya dikenali dengan nama kod Next Generation Portable, dijangka memiliki kualiti paparan visual setanding dengan konsol PlayStation 3, yang kemudiannya dijelaskan bahawa ia tidak semestinya perlu ke tahap sebegitu menurut David Coombes, pengurus penyelidikan sistem di Sony Computer Entertainment America, "Jadi, ia tidak akan dijana dengan kelajuan 2 GHz (seperti PS3) kerana bateri hanya akan bertahan selama lima minit dan mungkin seluar anda akan terbakar". Prestasi konsol terbaharu ini kemudiannya dijelaskan oleh jurutera Sony sebagai pertengahan antara konsol PSP dan PS3. Khabar angin juga menyatakan bahawa konsol ini bakal hadir dengan manfaat terbaik antara konsol mudah alih dan peranti pintar, menggunakan paparan skrin berjenis OLED bersaiz 5 inci, pad sesentuh di bahagian belakang berserta dengan butang fizikal dan dua pengawal kayu ria. Sony juga mendedahkan bahawa permainan video untuk konsol ini hadir dalam bentuk muat turun secara digital atau penjualan runcit. Lagi butiran lanjut kemudian didedahkan dalam acara Game Developers Conference 2011, termasuklah kemungkinan Sony tidak akan menggunakan media berjenis UMD bagi memberi laluan kepada katrij permainan video yang lebih kecil bersaiz 2 GB dan 4GB, mempunyai dua jenis kamera, berupaya untuk melakukan pengesanan wajah, kepala dan lokasi.

Pelancaran

Pada 6 Jun 2011, semasa dalam acara E3 2011, Sony mengumumkan nama rasmi konsol ini sebagai PlayStation Vita, di mana perkataan "Vita" diambil dari bahasa Latin yang bermaksud "kehidupan". Walaupun terdapat laporan yang menyatakan bahawa bencana gempa bumi besar yang berlaku di Jepun pada tahun tersebut menyebabkan kelewatan pelancaran konsol Vita ini, Sony mengesahkan bahawa mereka berada di landasan yang betul untuk melancarkan konsol Vita ini yang dijangkakan pada lewat penghujung tahun 2011 bagi pasaran Jepun dan pada bulan Februari 2012 untuk pasaran di seluruh dunia.

Tarikh pelancaran ini kemudiannya dikenalpasti pada 17 Disember 2011 bagi pasaran Jepun, dan pada 22 Februari 2012 bagi pasaran di Amerika Utara dan Eropah, walaupun terdapat edisi terhad yang dikeluarkan seminggu sebelumnya di kawasan Amerika Utara, yang terdiri daripada konsol Vita dengan sambungan 3G/WiFi terbina, permainan video Little Deviants, sarung konsol edisi terhad serta memori kad berkapasiti 4 GB. PlayStation Vita kemudiannya dilancarkan di Jepun bersama dengan 26 judul permainan video, dengan Sony menyatakan bahawa terdapat lebih 100 judul permainan video masih lagi dalam pembangunan. Di pasaran Amerika Utara pula, konsol Vita dilancarkan bersama dengan 25 judul permainan video, termasuklah judul asal seperti Uncharted: Golden Abyss dan Wipeout 2048 serta judul universal seperti FIFA 12 dan Rayman Origins.

Jualan konsol Vita dilihat sangat memberangsangkan pada waktu awal pelancaran, namun begitu menurun dengan mendadak. PlayStation Vita mendapat sambutan hangat di pasaran Jepun, di mana ianya telah terjual lebih dari 300,000 unit pada minggu pertama ianya dikeluarkan, yang kemudiannya menurun sehingga 78% iaitu di bawah 73,000 unit terjual pada minggu kedua, dan anggaran sebanyak 12,000 unit telah terjual pada minggu-minggu berikutnya. Situasi yang sama berlaku di Amerika Syarikat, di mana 200,000 unit telah terjual pada bulan pertama ianya dilancarkan di pasaran Amerika Utara, sebelum menurun sehingga 50,000 unit terjual pada bulan-bulan berikutnya. Dilaporkan 1.2 juta unit telah terjual sehingga setakat 26 Februari 2012, selepas konsol ini dilancarkan dalam hampir kesemua pasaran di dunia. Sepanjang tahun 2012, konsol Vita menerima beberapa judul permainan video berprofil tinggi seperti Gravity Rush, LittleBigPlanet PS Vita, Sonic & All-Stars Racing Transformed, Persona 4 Golden, Assassin's Creed III: Liberation, dan Call of Duty: Black Ops: Declassified. Walau bagaimanapun, konsol ini hanya mampu terjual sehingga 4 juta unit di seluruh dunia selepas 10 bulan ianya berada di pasaran, dan penganalisis menganggarkan hanya dapat dijual sehingga 6 juta unit selepas dua tahun di pasaran. Selepas tahun 2012, Sony tidak lagi mengeluarkan laporan hasil jualan konsol PlayStation Vita, dan mereka memilih untuk mengeluarkan laporan hasil jualan bersama PlayStation Vita dan PSP.


Rujukan


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: PlayStation Vita by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


Google TV (perkhidmatan)


Google TV (perkhidmatan)


Google TV (dahulunya dikenali sebagai Google Play Movies & TV) ialah video atas permintaan dalam talian yang dikendalikan oleh Google. Perkhidmatan ini menawarkan filem dan rancangan televisyen untuk pembelian atau sewa, bergantung kepada ketersediaan. Perkhidmatan ini pada mulanya dilancarkan pada Mei 2011 sebagai Google Movies dan kemudiannya dinamakan semula Google Play Movies & TV berikutan penyepaduannya ke dalam perkhidmatan pengedaran digital Google Play pada tahun 2012.

Google mendakwa bahawa kebanyakan kandungan tersedia dalam definisi tinggi dan pilihan video 4K Ultra HD ditawarkan untuk tajuk pilihan mulai Disember 2016. Kandungan boleh ditonton di laman web Google Play, melalui pelanjutan untuk penyemak imbas web Google Chrome atau melalui aplikasi mudah alih yang tersedia untuk peranti Android dan iOS. Muat turun luar talian disokong melalui aplikasi mudah alih dan pada peranti.

Pada September 2020, aplikasi Android untuk Google Play Movies & TV telah dinamakan semula kepada Google TV pada peranti Android di Amerika Syarikat, menambah pengagregatan kandungan merentas perkhidmatan penstriman. Penjenamaan semula itu bertepatan dengan penampilan sulung antara muka pengguna yang dinamakan sama untuk sistem pengendalian Android TV pada penstrim media Chromecast dengan Google TV. Pada Mac 2021, pengguna telah dimaklumkan bahawa aplikasi yang digunakan pada beberapa TV tidak akan tersedia lagi pada Jun 2021 dan pengguna harus menggunakan aplikasi YouTube sebagai gantinya. Perkhidmatan ini berkembang ke iOS pada Jun 2022.

Ciri-ciri

Google TV menawarkan filem dan rancangan televisyen untuk pembelian atau penyewaan, bergantung pada ketersediaan. Google menyatakan bahawa "Kebanyakan filem dan rancangan TV di Google Play tersedia dalam definisi tinggi", dengan resolusi 1,280×720 piksel (720p) atau 1,920×1,080 piksel (1080p). Google menambah pilihan video 4K Ultra HD untuk tajuk terpilih pada Disember 2016, dan mula menawarkan kandungan dalam kualiti 4K HDR di Amerika Syarikat dan Kanada pada Julai 2017. Pengguna boleh prapesan kandungan terpilih agar kandungan itu dihantar secara automatik pada masa dikeluarkan. Kandungan yang disewa mempunyai masa tamat tempoh, disenaraikan pada halaman butiran kandungan.

Platform

Pada komputer, kandungan boleh ditonton pada bahagian Filem & TV khusus di tapak web Google Play, atau melalui sambungan penyemak imbas web Google Play Movies & TV Google Chrome. Walau bagaimanapun, main balik HD atau 4K tidak tersedia pada PC. Resolusi akan dihadkan kepada SD (480p) kecuali apabila menggunakan Safari pada Mac.

Pada telefon pintar dan tablet yang menjalankan sistem pengendalian mudah alih Android atau iOS, kandungan boleh ditonton pada aplikasi mudah alih Google TV.

Muat turun dan tontonan luar talian disokong pada Chromebook melalui sambungan Chrome dan pada Android dan iOS melalui aplikasi mudah alih. Komputer yang menjalankan sistem pengendalian Microsoft Windows dan macOS tidak boleh memuat turun kandungan.

Untuk melihat kandungan pada televisyen, pengguna boleh sama ada menyambungkan komputer mereka ke TV dengan kabel HDMI, menggunakan aplikasi Google Play Movies & TV yang tersedia untuk TV pintar terpilih daripada LG dan Samsung serta peranti Roku, menstrim kandungan melalui Dongle Chromecast, melalui aplikasi YouTube pada peranti Amazon Fire TV, Apple TV, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Nintendo Switch atau melalui peranti Android TV.

Pada April 2021, Google mula menamatkan aplikasi Google Play Movies & TV pada TV pintar Roku, LG, Samsung dan Vizio, mengubah hala pengguna pada platform ini ke aplikasi YouTube. Aplikasi sedia ada telah ditutup pada 15 Julai.

Ketersediaan geografi

Movies di Google Play tersedia di lebih 111 buah negara.

Senarai negara penuh termasuk: Albania, Angola, Antigua dan Barbuda, Argentina, Armenia, Aruba, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Belarus, Belgium, Belize, Benin, Bolivia, Bosnia dan Herzegovina, Botswana, Brazil, Burkina Faso, Kemboja, Kanada, Cape Verde, Chile, Colombia, Costa Rica, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Republik Dominican, Ecuador, Mesir, El Salvador, Estonia, Finland, Fiji, Perancis, Gabon, Jerman, Greece, Guatemala, Haiti, Honduras, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Itali, Ivory Coast, Jamaica, Jepun, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Kuwait, Republik Demokratik Rakyat Laos, Latvia, Lubnan, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malaysia, Mali, Malta, Mauritius, Mexico, Moldova, Namibia, Belanda, Nepal, New Zealand, Nicaragua, Niger, Norway, Oman, Panama, Papua New Guinea, Paraguay, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Rwanda, Rusia, Arab Saudi, Senegal, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tajikistan, Tanzania, Thailand, Togo, Trinidad dan Tobago, Turki, Turkmenistan, Uganda, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uruguay, Uzbekistan, Venezuela, Vietnam, Zambia dan Zimbabwe.

Rancangan TV di Google Play hanya tersedia di: Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sejarah pengembangan

Perkhidmatan ini dilancarkan pada Mei 2011 sebagai Google Movies, dan dijenamakan semula di bawah sepanduk "Google Play" pada Mac 2012. Movies telah diperkenalkan di Korea pada September 2012, dengan pelancaran selanjutnya movies di Australia, Kanada, United Kingdom, Perancis dan Sepanyol pada Oktober 2012; movies di Brazil dan Rusia pada Disember 2012; movies di India dan Mexico pada Mac 2013; Rancangan TV di United Kingdom pada Julai 2013; dan movies di Itali pada November 2013. Pengembangan besar movies telah dibuat di 13 buah negara baharu pada Disember 2013 38 buah negara baharu pada Mac 2014. Pelancaran seterusnya berlaku untuk movies di Belgium, Filipina, Switzerland dan Uganda pada Mei 2014; movies di Ireland pada Julai 2014; movies di Austria pada September 2014; movies di Bosnia-Herzegovina, Cyprus, Hungary, Iceland, Macedonia, Malta, Slovenia, Taiwan dan Ukraine pada November 2014; movies di Indonesia, Malaysia, dan Singapura pada Julai 2015; movies di Turki pada Mac 2016; dan movies di Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam pada November 2016.

Rujukan

Pautan luar

Tapak web rasmi


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Google TV (perkhidmatan) by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


Mr. Bean (permainan video)


Mr. Bean (permainan video)


Mr. Bean ialah sebuah permainan video platform yang ditarikh oleh pelantar PlayStation 2, Nintendo DS, Nintendo Wii dan Microsoft Windows. Adaptasi langsung dari siri TV kenamaan Mr. Bean.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Mr. Bean (permainan video) by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)






Text submitted to CC-BY-SA license. Source: by Wikipedia (Historical)


PEUGEOT 205